Eksiklopedia Kanak-kanak Muslim
Eksiklopedia Kanak-Kanak Muslim (EKM) terbitan Aras Mega (M) Sdn. Bhd. menyajikan asas-asas agama dan ilmu pengetahuan secara bersepadu. Kanak-kanak akan seronok diajak menghayati kekuasaan Allah s.w.t melalui pelbagai unsur dalam buku ini.
Tema yang luas mencakupi manusia, kehidupan masyarakat, sejarah, seni, tumbuh-tumbuhan, haiwan, geografi, geologi, astronomi, sains dan teknologi dari perspektif Islam.
Bahasa yang mudah difahami dan bersifat ilmiah. Dilengkapi ayat al-Quran, Hadis Nabi, Mutiara Kata dan Doa.
Kosa kata menyajikan kamus mini serta memperkenalkan istilah-istilah agama dan teknikal pelbagai disiplin ilmu. Ini dapat membantu perkembangan kecerdasan linguistik kanak-kanak.
Jejak Info membantu kanak-kanak menghubungkan satu tema dengan tema yang lain. Data-data yang lebih terperinci disajikan di dalam Catatan Kecilku. Informasi tambahan dan tips keibubapaan disajikan dalam ruang khusus Untuk Ayah dan Ibu.
Lebih daripada 8000 ilustrasi yang berbentuk lukisan, gambar foto, kartun dan vignette membantu mengasah kecerdasan visual / spatial kanak-kanak. Serta elemen-elemen lain yang membantu mengembangkan 9 jenis kecerdasan kanak-kanak.
EKM dirancangan khusus untuk menyokong perkembangan IQ, EQ dan SQ.
Maklumat lanjut di sini.









