wm.azmi

February 13, 2008

Tanggungjawab muslim

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 4:12 pm

Tanggungjawab muslim

Tanggungjawab muslim sebenarnya telah digariskan dalam oleh Allah Taala dalam sepoting ayat dan kemudian diulangi beberapa kali pada ayat-ayat yang lain dalam al-Quran. Ayat yang menggariskan peranan umat Islam dalam kehidupan ini ialah firman Allah Taala:

alhajj77.jpg

alhajj78.jpg

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan solat), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dial ah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “Orang-orang Islam” semenjak dahulu dan dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang member keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah solat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 77-78)

Ungkapan yang cukup jelas, tiada kekeliruan dan tiada kekaburan. Demi Allah, ungkapan ini amat indah dan menarik. Apakah umat Islam tidak pernah mendengarnya atau mereka pernah mendengarnya tetapi hati mereka terkunci? Oleh kerana itu mereka tidak pernah menyedarinya?

Allah memerintahkan umat Islam agar rukuk, sujud dan mendirikan solat yang merupakan induk ibadah, tiang agama Islam dan imej Islam yang paling ketara. Allah memerintahkan mereka agar menyembah Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Mereka hendaklah melakukan kebaikan menurut kemampuan mereka. Di samping itu Allah juga memerintahkan mereka melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan. Kebaikan pertama yang perlu dilakukan ialah dengan tidak melakukan kejahatan. Suatu ungkapan yang ringkas dan padat. Setelah itu Allah berikan jaminan bahawa mereka akan memperolehi kejayaan. Inilah tanggungjawab individu bagi setiap muslim yang perlu dilakukannya sendiri samada secara berseorangan atau berkumpulan.

Setelah itu Allah perintahkan mereka supaya berjuang di jalan Allah dengan bersungguh-sungguh demi mengembangkan dakwah ini kepada seluruh manusia dengan hujah yang mantap. Jika manusia enggan menerima sebaliknya membalasnya dengan tindakan kejam dan zalim barulah digunakan kekuatan senjata:

“Tika manusia menzalimi kebenaran dan engkar

Perang adalah jalan utama di dunia ini bukan lagi keamanan”

Alangkah tepat sekali kata hikmah yang menyebut: Kekuatan adalah cara paling selamat untuk menegakkan kebenaran. Alangkah baiknya jika kekuatan dan kebenaran berjalan seiringan.”

Jihad bagi mengembangkan dakwah Islam terutama bagi memelihara kesucian Islam adalah suatu kawajipan yang diletakkan oleh Allah ke bahu umat Islam sama sepertimana Allah mewajibkan mereka solat, puasa, zakat, haji, membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Allah mewajibkan dan juga menggalakkan mereka memiliki kekuatan dan kemampuan. Ayat yang menyebut perintah ini datang dengan amaran yang cukup keras dan suatu nasihat yang perlu diberikan perhatian.

altaubah41.jpg

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (at-Taubah: 41)

Allah telah mendedahkan rahsia di sebalik segala perintah dalam kewajipan ini kepada umat Islam. Allah jelaskan bahawa Dia memilih mereka supaya menjadi peneraju manusia, pemelihara syariat-Nya, menjadi wakil-Nya di bumi ini dan sebagai pewaris Rasulullah s.a.w. memikul dakwah baginda. Allah telah bentangkan kepada mereka agama ini. Allah telah memantapkan syariat-Nya, memudahkan segala hokum-hakam-Nya dan menjadikan hokum-hakam ini sesuai untuk semua zaman dan tempat supaya ia boleh diterima oleh seluruh manusia. Melalui syariat ini manusia akan meletakkan segala harapan dan impian yang mereka nantikan.

Inilah tanggungjawan sosial yang telah diserahaln oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Mereka hendaklah berada dalam satu barisan, satu ketumbukan dan satu kekuatan. Mereka hendaklah menjadi tentera penyelamat yang akan menyelamatkan seluruh manusia dan membimbing mereka ke arah jalan yang betul.

Selepas itu Allah Taala menjelaskan hubungan antara perintah solat dan puasa dengan perintah social tadi di mana perintah pertama adalah sebagai langkah awal untuk perintah kedua. Akidah yang sahih pula adalah asas untuk kedua-dua perintah. Tujuannya, supaya manusia tidak menjadi perintah tadi sebagai alasan untuk tidak melakukan kewajipan individu mereka dengan alasan mereka telah beramal untuk semua manusia. Dalam masa yang sama ia tidak menjadi alasan kepada manusia lain untuk tidak berbakti kepada semua manusia dengan alasan mereka sibuk dengan ibadah mereka dan menghabiskan sepenuh masa menghadap Tuhan. Bukankah ayat ini tepat dan bijaksana.

annisa87part.jpg

Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (an-Nisa’: 87)

Wahai umat islam, mengabdikan diri kepada Tuhan kamu dan berjihad demi memartabatkan agama dan syariat kamu adalah tanggungjawab kau dalam hidup ini. Jika kamu telah menunaikan tanggungjawab ini dengan bersungguh-sungguh, kamu adalah golongan yang beroleh kejayaan. Jika kamu hanya laksanakan separuh atau kamu abaikannya sama sekali perhatikanlah firman Allah Taala:

almukminun115.jpg

almukminun116.jpg

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam; tidaj ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Tuhan (yang memiliki) Arasy yang mulia (Al-Mukminun: 115-116)

2 Comments »

  1. tanggungjawab seorang muslim yakni dakwah

    Comment by dakwah maksud hidup — December 14, 2011 @ 10:29 am | Reply

  2. tanggung jawab seorang muslim adalah dakwah

    Comment by dakwah maksud hidup — December 14, 2011 @ 10:34 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: