wm.azmi

Archive for May 5th, 2008

Kerajaan menurut pandangan Islam

without comments

(Sempena Sidang Parlimen Malaysia ke-12, sesi pertama 29 April 2008 – 27 Mei 2008 )

BangunanParlimenMalaysia

Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem sosial kerana Islam tidak mahu kepada suasana yang tidak stabil. Islam juga membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

“Apabila kamu tiba di sebuah negeri yang tiada pemimpin hendaklah kamu beredar meninggalkannya.”

Pada ketika yang lain baginda bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

“Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seseorang mengetuai kamu.”

Sesiapa yang mendakwa agama Islam tidak menyentuh aspek politik atau politik tidak termasuk dalam bidang Islam, dia sebenarnya telah menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya. Saya tidak mengatakan dia menzalimi Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah silap dan cacat celanya.

Read the rest of this entry »

Written by wan muhamad azmi mamat

May 5, 2008 at 12:27 am

Posted in General, Siasah