Archive for May 6th, 2008
Hormati aspirasi rakyat
(Sempena Sidang Parlimen Malaysia ke-12, sesi pertama 29 April 2008 – 27 Mei 2008 )
Sambungan asas politik Islam yang ke-3, hormati aspirasi rakyat.
Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah. Rakyat perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik. Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat dan menghormati kehendak mereka. Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh rakyat. Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadikan perkara ini sebagai amalannya:
“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.” (Aali-Imran: 159)
Allah turut memuji orang-orang yang beriman kerana amalan baik mereka ini:
“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.” (as-Shura: 38 )









