E-Maj Ubuntu for Malaysian
Satu majalah elektronik yang dinamakan “E-Maj Ubuntu for Malaysian” telah dihasilkan oleh Zulkifli bin Abdullah secara peribadi bagi keluaran edisi pertama pada 1 Mei 2008.
Beliau merupakan pengendali laman Ubuntu for Malaysian banyak mendedahkan dan berkongsi maklumat mengenai sumber terbuka dengan menggunakan platform Ubuntu.
Antara kandungan E-Maj bagi edisi pertama seperti pengenalan kepada sumber terbuka, pengenalan kepada Ubuntu Linux dan penggunaan kata arahan (command line) dalam platform Linux. Selain itu pengenalan kepada OpenOffice (setara dengan Microsoft Office bagi platform Windows) dan GIMP ( GNU Image Manipulation Program – setara dengan Paint bagi platform Windows) yang merupakan perisian atau aplikasi secara sedia ada (by default) bagi platform Linux juga disentuh.
Apa yang lebih menarik, perbandingan antara Ubuntu dan Windows (serta Vista) juga dimuatkan. Maklumat ini dapat memberikan gambaran kepada pengguna tentang kelebihan dan kekurangan kedua-dua platform secara asas.
Perbandingan antara Ubuntu dan Windows (daripada majalah elektronik E-Maj)
Selain itu, pendedahan kepada Ubuntu versi 8.04 yang menggunakan nama panggilan Hardy Heron turut disentuh secara ringkas. Hardy Heron merupakan versi terkini bagi distro Ubuntu yang dilancarkan pada bulan April 2008 baru-baru ini.
Secara keseluruhan, penerbitan majalah E-Maj ini sangat baik dan pasti memberi manfaat kepada pengguna terutamanya yang masih baru dengan dunia Linux dan sumber terbuka.
Saya secara peribadi amat kagum dengan kesungguhan Zulkifli bin Abdullah dalam menghasilkan majalah elektronik ini serta hasrat murni beliau mahu mengembangkan penggunaan perisian sumber terbuka dengan lebih meluas di Malaysia. Tahniah kepada beliau dan semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak khasnya yang menggunakan sumber terbuka.
Kredit kepada; melayubuntu dan mirror joomla.my











Trima kasih review emaj kat sini..
Smoga sumber terbuka tersebar luas kt mlesia !
melayubuntu
May 12, 2008 at 10:42 am