wm.azmi

Hakikat insan

with 4 comments

Hakikat manusia menurut Allah adalah makhluk yang dimuliakan, dibebani tugas, bebas memilih dan bertanggungjawab. Sebagai makhluk, manusia mempunyai sifat fitrah, lemah, bodoh dan fakir.

Namun ia diberikan kemuliaan kerana mempunyai ruh, mempunyai pelbagai keistimewaan serta ditundukkan alam ini baginya.

Manusia juga dibebankan oleh Allah swt untuk beribadah dan menjalankan peranannya sebagai khalifah di bumi untuk mengatur alam dan seluruh isinya.

Allah memberikan manusia kesempatan untuk memilih beriman atau kafir kepadaNya. Hal ini berbeda dengan makhluk lain yang tiada punya pilihan lain.

Selain itu manusia diberikan tanggungjawab oleh Allah swt. Mereka yang bertanggungjawab pada amal yang dikerjakannya aan diberikan syurga sebagai ganjaran sedangkan mereka yang tidak beramal saleh akan dibalas dengan azab neraka.

Hakikat penciptaan manusia dapat dibahagikan kepada beberapa sudut;

1. Makhluk

  • Berada dalam fitrah
  • Lemah
  • Bodoh
  • Fakir

2. Dimuliakan

  • Ditiupkan ruh
  • Memiliki keistimewaan
  • Ditundukkan alam baginya

3. Dibebani

  • Ibadah
  • Khalifah

4. Bebas memilih

  • Iman
  • Kufur

5. Balasan (pertanggungjawaban)

  • Ganjaran syurga
  • Balasan neraka

Bersambung…

Written by wan muhamad azmi mamat

May 20, 2008 at 12:05 pm

Posted in General, Religious

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. [...] Hakikat manusia sebagai makhluk Posted in General, Religious by wan muhamad azmi mamat on May 20th, 2008 Sambungan tajuk Hakikat insan [...]

  2. [...] Tujuan penciptaan manusia Posted in General, Religious by wan muhamad azmi mamat on May 26th, 2008 Sambungan tajuk hakikat insan [...]

  3. [...] June 7, 2008 at 2:43 pm (General, Religious) Sambungan tajuk hakikat insan [...]

    Dua jalan « wm.azmi

    June 10, 2008 at 11:24 am

  4. a’kum. Terima kasih atas usaha kamu. ‘Mengenali siapa hamba (sifat yg serba lemah), siapa Tuhan’ adalah perkara pertama and paling penting utk semua manusia. Jika ini dibuat dgn betul, perkara baik yg lain akan ikut sekali.

    Hamba

    January 13, 2009 at 8:58 am


Leave a Reply