wm.azmi

June 22, 2008

Memasukkan malam ke dalam siang, Mengeluarkan yang hidup dari yang mati

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 7:33 am

Bagi kawasan yang berada di atas daripada garisan khatulistiwa dan tropika, kawasan tersebut mengalami beberapa perubahan musim. Antara Jun hingga Ogos, kawasan utara mengalami musim panas manakala kawasan selatan seperti Australia mengalami musim sejuk.

Perubahan musim berlaku di kawasan tersebut kerana Bumi menerima kadar pencahayaan daripada matahari dengan kadar yang berbeza. Berbeza dengan kawasan khatulistiwa dan tropika yang menerima cahaya matahari yang sekata setiap tahun. Dua kawasan ini hanya mengalami perubahan musim kerana faktor jumlah hujan tahunan yang lebih dikenali sebagai monson.

Pada musim panas, kadar penerimaan cahaya matahari lebih banyak kerana pada ketika ini kawasan bumi tersebut lebih dekat dengan matahari. Oleh itu siang menjadi lebih panjang sehingga menjangkau 16 – 17 jam.

“Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati” (al-Hadid, 57: 6)

Jika ayat tersebut difahami secara literal, maka kita tidak dapat memahaminya kerana perkara yang disentuh ialah berkenaan dengan masa. Andainya suatu ayat menyatakan tentang memasukkan tangan ke dalam baju, kita mudah memhaminya.

Namun ayat di atas memang jelas menerangkan tentang fenomena perjalanan musim yang terbentuk di dunia ini. Dalam keadaan normal, kadar masa siang dan malam adalah setara atau lebih kurang sama panjang. Tetapi pada musim panas, malam lebih singkat dan sebahagian waktu pada malam (antara pukul 7 – 9 malam) telah berada atau dimasukkan ke dalam waktu siang.

“Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya.” (Ya-sin, 36: 40 )

Dalam ayat sebelumnya iaitu ayat 38 dan 39, Allah menjelaskan tentang peredaran matahari dan bulan. Selanjutnya Allah menjelaskan lagi dalam ayat 40 seperti di atas kaitan antara kedua-dua peredaran matahari dan bulan tersebut dengan fenomena siang dan malam.

Dalam ayat lain yang biasa kita baca dan menjadi hafalan bagi pelajar di sekolah turut menyentuh tentang kejadian siang dan malam serta perihal hidup dan mati.

“Engkau Masukkan malam ke dalam siang dan Engkau Masukkan siang ke dalam malam. Dan Engkau Keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau Keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau berikan rezeki kepada siapa yang Engkai kehendaki tanpa perhitungan.” (Aali-Imran, 3: 27)

Contoh kepada ayat yang menyentuh tentang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam telah jelas dengan contoh fenomena kejadian musim yang berlaku di kawasan utara dan selatan bumi.

kubur

Bagaimana pula dengan ayat berkenaan mengeluarkan yang hidup dari yang mati? Dalam terjemahan yang saya gunakan ini, ada diberikan nota kaki yang tertulis seperti berikut;

“Sebahagian mufasir memberi misal (contoh) untuk ayat ini dengan mengeluarkan anak ayam dari telur, dan telur dari ayam”

Nota kaki tersebut menyatakan tentang suatu contoh yang selalu kita dengar terutamanya di kalangan percakapan kanak-kanak. Adakah anda sudah jelas dengan ayat tersebut?

Kita perlu memahami maksud ayat tersebut secara umum dan tidak membataskan kepada suatu contoh tertentu sahaja. Namun al-Quran ada juga memberi contoh sebagai penjelasan kepada ayat di atas.

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami Tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami Keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami Keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang mengjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami Keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikanlah pula) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (al-An’am, 6: 99)

Allah telah menyatakan bahawa Dia yang menciptakan siang dan malam melalui beberapa ayat dalam al-Quran seperti dalam surah Ibrahim, 14: 33, surah ar-Ruum, 30: 23 dan surah Ya-sin, 36: 37. Ayat 27 daripada surah Aali-Imran menyentuh tentang kejadian penggantian siang dan malam melalui fenomena kejadian musim. Ini menunjukkan bahawa Allah berkuasa mengatur alam ini mengikut kehendakNya.

Manusia diertikan hidup secara jasadiah di dunia ini kerana dikurniakan nyawa setelah beberapa minggu dalam kandungan. Namun pengertian yang lebih mendalam ialah kehidupan ini ada kaitan dengan ruh yang hanya diketahui sedikit sahaja oleh kita dan menjadi salah satu rahsia Yang Maha Pencipta.

Manakala ayat selanjutnya daripada ayat 27 tersebut menyentuh tentang kejadian hidup dan mati. Sekiranya Allah berkuasa mengatur alam ini dengan mudah, menumbuhkan hidupan di bumi yang kering setelah diberikan hujan, maka adalah mudah juga bagiNya menghidupkan manusia yang telah mati.

Ayat ini sedikit sebanyak ada menyentuh tentang kebangkitan manusia setelah mati di dunia ini.

“Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak berasa payah kerana menciptakannya, berkuasa menghidupkan yang mati? Ya (bahkan) sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Ahqaf, 46: 33 )

Apabila membandingkan kejadian alam ini dengan apa yang di firmankan oleh Allah dalam kitabNya, kita tidak boleh menyangkal lagi akan ketepatan fakta dan kebenaran kalamNya yang dinyatakan dalam al-Quran. Kita dikurnikan pancaindera yang hebat; mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. Apabila kita melihat kejadian alam, mendengar peringatanNya, adakah kita menjadi orang yang berfikir?

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, laludengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) –nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala macam jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (al-Baqarah, 2: 164)

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Theme: Rubric. Get a free blog at WordPress.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: