wm.azmi

Alternatif kepada barangan boikot

leave a comment »

Kempen boikot yang dianjurkan oleh badan-badan NGO serta disebarkan oleh blogger masih berterusan walaupun sudah semakin perlahan. Terdapat pelbagai pihak yang memberi reaksi terhadap kempen boikot ini. Kerajaan seperti kurang bersetuju sebaliknya memberi pendekatan kempen membeli produk tempatan. Bagus juga tu, sokong produk tempatan, boikot produk Israel (bukan tempatan).

Seperti yang terpapar pada sidebar blog ini, terdapat 7 produk utama yang menjadi sasaran boikot. Produk-produk tersebut antara yang mempunyai pasaran yang meluas dan sebati dengan kebanyakan masyarakat khasnya di Malaysia. Penjualan ubat gigi Colgate memang laris daripada zaman saya kecik lagi, hinggalah keluar isu halal pada produk kesihatan. Sekarang iklan Colgate bertubi-tubi keluar di kaca televisyen, dangan penekanan kepada logo halal yang baru diperolehi setelah lebih daripada 20 tahun di pasaran.

Produk
Boikot

Produk
Alternatif

Cola-cola

Madura, Bota Best

Kit-Kat

VanHouten, Kopiko

MacDonald

Mary Brown, RFC, kedai mamaks

Maggi

Mee Sedap, Adabi

Colgate

Halalgel, Mukmin

Johnson&Johnson

Shurah, Safi

Starbucks

Power root, Radix, Kopi Larat

Kalau anda kurang selesa dengan istilah boikot, maka sokonglah kempen beli produk tempatan, lebih-lebih lagi produk yang halal dan berkualiti. Kawan saya ada menulis mengenai satu syarikat tempatan yang semakin meningkat maju dalam menyediakan alternatif bagi produk-produk halal di sini.

Written by wan muhamad azmi mamat

March 14, 2009 at 5:27 pm

Posted in General

Leave a Reply