wm.azmi

Sebuah Tesis

with 5 comments

Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya aku selesai menyiapkan tesis program master pada minggu lepas. Tajuk tesis MSc aku ialah, Web-Based Data Acquisition System using a 32 Bit Single Board Computer and GNU/Linux atau dalam bahasa Melayu, Sistem Perolehan Data Berasaskan Laman Sesawang menggunakan Komputer Papan Tunggal 32 Bit dan GNU/Linux.

Selama kira-kira 3 tahun telah aku gunakan untuk menyiapkan tesis ini, di mana 1 1/2 tahun sepenuh masa dan 1 1/2 tahun lagi separuh masa. Lamanya!!!

Setelah draf tesis terakhir di hantar pada hujung April 2009, aku mendapat notis daripada Ijazah Tinggi mengenai viva pada awal bulan 7. Tarikh viva ialah pada 13 Julai 2009 pada jam 9.30.

Aku telah mngetahui nama pemeriksa lebih awal. Pemeriksa dalaman ialah Professor Dr Nukala S. Murthy, pensyarah kontrak daripada India. Ramai di kalangan staf dan pelajar UniMAP khasnya daripada PPK komputer dan perhubungan menyatakan bahawa beliau banyak bertanya dan soalannya juga hebat. Aku pernah berjumpa di kluster dan beliau ada bertanya tentang projek yang aku lakukan, dan ternyata dia harapkan sesuatu yang lebih tinggi bagi tahap MSc. Aku tidak dapat membendung keresahan, hingga kadang-kadang aku sengaja bertanya kepada penyeliaku, Professor Madya Dr R. Badlishah Ahmad, jika masih ada ruang untuk menukar pemeriksa dalaman yang lain. Namun, aku cuba positifkan pemikiranku dengan menerima cabaran ini.

Manakala pemeriksa luar pula ialah Professor Madya Dr Razali Jidin dari UniTEN. Aku pernah jumpa beliau di PECIPTA 2007. Dan memang kena dengan bidang yang aku lakukan, beliau telah lama membuat kajian dalam sistem terbenam khususnya menggunakan FPGA.

Ketika sedang menunggu untuk masuk bilik viva, dekan ijazah tinggi, Professor Dr Yusof bertanyakan kepadaku siapakah pemeriksa yang diputuskan. Setelah memberitahu nama-nama pemeriksa, beliau memberikan tips menghadapi saat-saat genting itu. Aku menjadi sedikit gelisah, kerana kata Prof Yusof, pengerusi viva ialah Professor Farid Ghani, juga pensyarah kontrak daripada Yaman, juga seorang yang banyak bertanya. Gandingan Prof Farid dan Prof Murthy, bagaimana agaknya keadaan dan kesudahan viva nanti.

Aku sudah bersiap sedia lebih awal di bilik viva. Slaid pembentangan diuji beberapa kali, sambil meneliti beberapa pembetulan yang akan disampaikan sebelum pembentangan dimulakan.

Ketibaan penyeliaku yang sedikit lewat membuatkan duduk ku sedikit terganggu. Akhirnya pembentangan dimulakan sekitar jam 10 pagi.

Aku mengambil masa sekitar 30 minit untuk pembentangan, sedangkan aku mengambil sekitar 1 jam semasa praktis. Huhu, nasib baik.. jadi pulak aku express kan pembentangan tadi. Maka, bermula lah sesi pertanyaan, perbincangan dan percambahan minda.

Setelah sejam sesi Q&A, aku di minta keluar daripada bilik viva. Walaupun aku berada diluar, namun aku masih dapat melihat gerak geri panel dalam bilik kerana dinding berkaca tranparent, dan gelak ketawa mereka juga didengari.

“Kami bersetuju menganugerahi kamu Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruetraan Komputer, dengan syarat kamu membuat dan menyiapkan pembetulan yang kami lampiran dalam laporan dalam tempoh 3 bulan daripada sekarang”, kata Prof Farid.

Alhamdulillah, aku tersenyum.

“Terima kasih.”

Gembira dan lega.

“Aiseh… rasa kurang menyengat la viva tadi Mi .. soalan macam biasa je”, kata penyeliaku setelah beredar daripada bilik viva.

“Tu la, tapi yang penting dah lepas…” jawabku.

Setelah sampai di kluster, aku terus menyiapkan pembetulan yang telah diputuskan oleh panel viva. Hanya 10 perkara yang mereka putuskan untuk diperbetulkan, termasuklah menambah perkataan ‘a’ pada tajuk tesisku.

Setelah penyeliaku berpuas hati dengan pembetulan yang telah disiapkan, maka aku terus menghantar untuk penjilidan. Selepas solat Jumaat, aku bergegas mengambil tesisku di kedai, dan RM250 perlu dibayar untuk 5 jilid. Tak kisahlah, janji sudah selesai. 3 salinan dihantar ke ijazah tinggi.

Inilah hasil usaha selama 3 tahun, dengan izin Allah.

Tesis Sarjana

Tesis Sarjana

Written by wan muhamad azmi mamat

July 20, 2009 at 2:47 pm

Posted in General

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam.
    TAHNIAH!!!
    doakan ana pulak ekk..

    albanna

    July 20, 2009 at 5:49 pm

    • Terima kasih, semoga viva nta juga dipermudahkan.

      wan muhamad azmi mamat

      July 24, 2009 at 12:52 pm

  2. salam wbt,

    congrats!

    ps kirim salam kat kak wahidah

    iffa

    July 27, 2009 at 6:58 am

    • Terima kasih. Bile doctor2 dari newcastle nak balik kampung?

      wan muhamad azmi mamat

      July 29, 2009 at 2:18 pm

  3. Salam ..taniah mie…

    jemput dtg kenduri kawen on 2 jan 2010 di rembau

    tj

    November 17, 2009 at 1:12 pm


Leave a Reply