wm.azmi

September 4, 2009

Beberapa Soalan dan Jawapan Berkaitan Puasa

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 3:01 pm

SOALAN ( S )  BERKAITAN PUASA DENGAN JAWAPAN ( J ) RINGKAS

 

NIAT

S :Adakah batal puasa seseorang yang membatalkan niat berpuasa ketika waktu siang Ramadhan?

J ;Menurut mazhab Shafei tidak batal puasa orang yang membatalkan niat berpuasa selama mana ia tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

 

FIDYAH UNTUK SI MATI

S Orang yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadhan kemudian mati pada 2 Syawal pada tahun yang sama, adakah wajib dikeluarkan fidyah untuknya?

J :Tidak wajib dikeluarkan fidyah untuknya kerana ia meninggal dunia dalam tempoh yang tidak membolehkan ia qhada puasa yang ditinggalkan.

 

TANGGUH QADHA PUASA

S : Apakah hokum seseorang yang tidak mengqadha puasa yang  ia tinggalkan sehingga berlalu tiga kali Ramadhan ?

J :Ia wajib mengqadha bilangan hari yang ia tinggalkan dan wajib ia mengeluarkan fidyah secupak untuk satu hari bagi satu tahun yang ia tinggalkan. Dalam kes di atas ia wajib mengeluarkan tiga cupak bagi setiap hari kerana telah berlalu tiga kali Ramadhan.

 

MEMBERI FIDYAH DENGAN MAKANAN YANG DIMASAK

S :Adakah sah dikeluarkan fidyah dengan makanan itu dimasak terlebih dahulu?

J :Tidak sah.

TIDAK HARUS SATU FIDYAH DIBAHAGI DUA ATAU LEBIH

S :Adakah sah seseorang memberi satu cupak setengah sebagai fidyah kepada setiap seorang miskin?

J : Tidak sah dibahagi satu fidyah menjadi dua atau lebih. Oleh itu pemberian secupak setengah kepada setiap orang miskin adalah tidak sah. Namun begitu perlu diingat bahawa fidyah yang tidak sah itu ialah yang setengah cupak itu sahaja. Adapun yang secukap genap itu sah hukumnya.

 

MANDI JUNUB SELEPAS  SUBUH

S : Apakah hukum orang yang mandi junub selepas subuh pada bulan Ramadhan?

J ;Hukumnya makruh .

 

TERLUPA NIAT

S :Adakah boleh seseorang yang  terlupa niat pada malam hari, makan pada siang Ramadhan?

J : Orang yang terlupa niat atau sengaja membatalkan puasa  haram ke atasnya melakukan apa-apa yang diharamkan ke atas orang berpuasa wajib. Maka wajib ia menahan dirinya dari makan dan minum sekalipun ia tidak berpuasa.

 

YANG BERHAK MENERIMA FIDYAH

: Siapakah yang berhak menerima fidyah?

J  :Yang berhak menerima fidyah ialah dua golongan sahaja iaitu orang yang miskin dan fakir sahaja.

 

SEGERA QADHA

S :Adakah wajib orang yang uzur segera mengqadha puasa ?

J :Sunat segera mengqadha puasa bagi mereka yang uzur. Manakala orang yang sengaja meninggalkan puasa wajib ke atasnya segera mengqadha puasa.

 

 

BERSAHUR KETIKA AZAN BERKUMANDANG

S :Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,adakah sah puasanya?

J :Sah puasanya dan hendaklah ia berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.

 

MENELAN AIR LIUR

S :Seseorang yang menelan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?

J :Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut . Tetapi perbuatan tersebut adalah makruh.

 

MAKAN DALAM KEADAAN TERLUPA

S :Apakah hukum orang  berpuasa  makan dengan terlupa pada siang hari kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?

 

J :Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dalam keadaan terlupa maka jangan ia berbuka puasa kerana sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.

 

NIAT PUASA RAMADHAN PADA 30 RAMADHAN

S :Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hati seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya bulan Ramadhan?

J :Tidak sah niat tersebut. Ini kerana di antara syarat niat ialah tidak teragak-agak atau jazam.

 

HUKUM PEREMPUAN MENGANDUNG BERBUKA PUASA

S :Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau

menyusukan anak membatalkan puasanya?

J :Harus ia membatalkan puasa tersebut dengan salah satu dari dua sebab berikut:

a. Kerana keuzuran dirinya sendiri

b. Kerana menjaga kesihatan anak

Keterangan:

a. Kalau si ibu itu berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya sahaja ,maka wajib qada’ sahaja.

 

b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak sahaja bukan dirinya, wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.

 

c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga dirinya sahaja atau dirinya  dan anak wajib qadha’ .

 

Akan tetapi jika puasa itu tidak memberi apa-apa kemudaratan kepadanya, maka haram ke atasnya berbuka puasa. Perempuan yang mengandung di nasihatkan merujuk kepada ahli perubatan islam yang adil untuk mengetahui kedudukan sebenarnya berkenaan kesan puasa ke atas kandungannya itu.

 

QADHA PUASA UNTUK ORANG YANG MASIH HIDUP

S :Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadha puasa untuknya?

J :Tidak boleh diqadha puasa kepada orang yang masih hidup.

 

QADHA PUASA UNTUK SI MATI

S :Adakah boleh diqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati?

J :Menurut mazhab Shafei yang baru ( mazhab jaded ), tidak boleh mengqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Bahkan wajib dikeluarkan satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ia tinggalkan.

 

S :Bagaimana pula dengan mazhab lama ( mazhab qadim )?

J :Menurut mazhab lama imam Shafei, harus wali mengqhada puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Menurut Imam Nawawi pendapat ini adalah pendapat yang kuat.

 

HUKUM BERSAHUR

S :Apakah hukum bersahur?

J :Hukumnya sunat.

 

HUKUM TIDAK BERBUKA PUASA

S :Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya?

J :Sah puasa tetapi makruh. 

 

WAKTU SAHUR

S :Bilakah bermulanya waktu sahur? Bila pula waktu berakhir dan waktu afdhal?

J :Waktu permulaan sahur ialah selepas separuh malam, manakala tamatnya waktu sahur ialah dengan masuknya waktu subuh. Adapun waktu afdhal pula ialah ketika hamper waktu subuh.

 

KELEBIHAN BERAMAL DI BULAN RAMADHAN

S :Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?

J :Pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan adalah berganda. Hadis yang diriwayatkan olej Al Bazzar menyatakan bahawa amalan sunat pada bulan Ramadhan adalah menyamai amalan fardu yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

 

KENTUT DALAM AIR

S :Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?

J :Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

 

TIDAK BERPUASA KERANA BERSALIN

S :Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?

J :Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain. Sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.

 

BERLAFAZ DENGAN NIAT PUASA

S: Adakah niat untuk berpuasa itu perlu dilafazkan atau tidak. Adakah sahur itu niat puasa?

J :Yang disyaratkan adalah niat. Adapun berlafaz , maka tidak disyaratkan. Jika seseorang itu bangun makan sahur dengan menyedari bahawa ia bangun makan sahur itu bertujuan untuk berpuasa pada besok hari , maka ini dikatakan niat.

 

BERPUASA TAPI MELIHAT AURAT WANITA

S :Saya berpuasa tetapi tidak terlepas daripada melihat aurat wanita kerana setiap hari di persekitaran pejabat saya para wanitanya selalu berpakaian singkat dan mendedah aurat. Disebabkan saya berada di persekitaran sedemikian itu secara langsung atau tidak langsung saya hampir setiap saat melihatnya, saya berusaha untuk menghindari tapi sukar kerana ia bersangkutan dengan pekerjaan saya yang selalu berhubungan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah pakaiannya.

J :Kalau dalam diri kita sudah ada keimanan dan ketaqwaan, maka diri kita tidak akan terpengaruh dengan hal-hal yang demikian, kerana yang demikian itu bagi orang-orang yang beriman merupakan ujian.

 

Dalam masa yang sama, kita memberi nasihat kepada yang berkenaan dengan hikmah.

 

Sumber: Kertas kerja ‘Diskusi Fiqh Puasa dan Ibadah Ramadhan’ oleh Ustaz Ahmad Tirmizi bin Taha (Pensyarah UDM). Beliau boleh dihubungi melalui email jawabsoal@yahoo.com.

10 Comments »

  1. adakah kentut itu membatalkan puasa?

    Comment by murid islam — August 16, 2010 @ 4:07 pm | Reply

    • kentut tidak membatalkan puasa, walaupun di dalam air (sila baca artikel di atas sampai akhir). kentut salah satu perbuatan yang membatalkan wudhu’ (sesuatu yang keluar daripada lubang dubur)

      Comment by wan muhamad azmi mamat — August 17, 2010 @ 9:18 am | Reply

  2. klo keluar mani tdk d sengaja krn mimpi bsah saat bln puasa hukm ya apa…

    Comment by fachlepi — August 23, 2010 @ 7:18 am | Reply

    • Pada pemahaman saya, setiap perkara yang berlaku tidak sengaja (diluar kawalan/sedar), maka tidak membatalkan puasa.

      Comment by wan muhamad azmi mamat — August 23, 2010 @ 9:56 am | Reply

  3. kalau puasa ganti,,lpas 2 x boleh solat,boleh berbuka x??
    kalau dah niat boleh cancel2 x??

    Comment by clare — September 25, 2010 @ 7:39 am | Reply

  4. haruskah saya mengqadhakan puasa untuk si mati. walaupun ahli keluarga yang lain sudah membayar fidyah untuk nya

    Comment by shasha — May 26, 2012 @ 7:54 am | Reply

    • lebih elok jika bertanya ustaz/ustazah. kefahaman saya, dosa atau pahala orang lain tidak ditanggung oleh orang lain. jika si mati ada mewasiatkan menqadhakan puasa yang pernah ditinggalkan, maka perlu dilaksanakan wasiat itu.

      Comment by wan muhamad azmi mamat — January 3, 2013 @ 11:33 pm | Reply

  5. apakah hukum memakai pakaian selepas mandi wajib yang dimana pakaian itu dipakai sewaktu kedatangan haid..walaubagaimanapun pakaian itu tidak terkena darah dan masih bersih…

    Comment by wawa — June 29, 2012 @ 6:55 pm | Reply

  6. assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya apa hukum dan batalka puasa seseorang apabila dia tidur selepas sahur setelah menunaikan solat subuh dan bermimpi bersetubuh?adakah puasanya terbatal dan perluka dia qada puasanya?

    Comment by insan — August 9, 2012 @ 3:33 pm | Reply

    • lebih baik bertanya kepada ustaz/ustazah. kefehaman saya, mimpi suatu perkara tanpa kawalan, maka tiada batal puasa, namun wajib mandi.

      Comment by wan muhamad azmi mamat — January 3, 2013 @ 11:31 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: