wm.azmi

January 24, 2008

Apa agenda kita?

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 9:55 am

Hujung minggu ni aku nak buat ape ek? Hm… nak pergi pusing-pusing kat mana ek? Gaji bulan ni aku nak beli mp4! Perkara-perkara di atas menjadi suatu kelaziman pada remaja dan belia masa kini. Memikirkan perkara-perkara yang ingin dilakukan pada masa lapang.

Proton Saga BLM yang baru ni cantik jugak, harga RM30k – RM40k je, boleh ambik satu ni! Rumah baru kat shah alam tu lebih baik aku booking dulu, kalu tak melepas lagi aku nak dapat rumah keempat! Untung la aku tahun ni, USD jatuh, ringgit naik skit.. Ini pula antara ragam orang-orang yang telah berkerja. Sentiasa memikirkan peluang untuk meningkat diri samada dari segi kedudukan kewangan, keselesaan dan sebagainya yang ada kaitan dengan duit.

Bagi ahli korporat, mereka pasti ada target yang ingin dicapai dalam tempoh masa-masa tertentu. Contohnya ingin memperolehi 20 % saham sesebuah syarikat. Bagi ahli perniagaan pula, pasti mereka teringin untuk meluaskan lagi perniagaan dan pasaran dengan membuka cawangan baru dan sebagainya. Bagi ahli politik sudah pasti mereka sentiasa mencari isu dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka agar survival politik mereka tidak berkubur.

Apa pula malamat atau target golongan masyarakat yang lain? Pekerja kilang, buruh binaan, petani, nelayan.. adakah mereka ada menetapkan target mereka? Bagaimana pula dengan warga pendidik seperti guru dan pensyarah? Ya, pasti kebanyakan guru mahu pelajar mereka lulus cemerlang dalam pelajaran. Pensyarah-pensyarah memberi kuliah kepada mahasiswa, dan menanda soalan peperiksaan. Ini adalah tugas rutin mereka, tugas yang difahami oleh orang kebanyakan terhadap profesion masing-masing.

Bagaimana pula dengan tanggungjawab sosial? Adakah kita menyumbangkan apa-apa kepada pembangunan sosial masyarakat kita? Adakah guru-guru hanya mengajar di kelas tanpa mengambil kira perihal peribadi pelajar mereka? Kebanyakan majikan hanya menjaga kebajikan pekerja sekadar melepaskan batuk di tangga. Dan ramai juga ibu bapa hanya membekalkan anak-anak mereka dengan wang dan keselesaan hidup!

Apa agenda kita? Adakah kita mempunyai agenda? Agenda pembangunan diri, agenda kebahagian keluarga, agenda pemurnian masyarakat, agenda pembangunan negara! Apakah yang kita lakukan setiap hari hanya untuk kepentingan diri sendiri semata-mata? Andai demikian, alangkah sombong dan merugikan masyarakat dan negara.

Cuba kita semak agenda diri. Adakah kita berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan? Adakah kita berusaha untuk memperbaiki akhlak dan sikap kita kepada yang lebih baik? Adakah kita mencari-cari peluang untuk membantu orang lain?

Apakah agenda keluarga yang kita boleh semak di sini. Pernahkah kita membantu mak ayah, keluarga supaya beban lebih ringan? Pernahkan kita berbincang dengan adik-beradik untuk membawa mak ayah kita menunaikan fardhu haji? Pernahkan ahli keluarga kita melakukan pertemuan keluarga untuk mengikat keakraban dan keharmonian (selain hari raya, tu pun mungkin tak semua ada)?

Apa yang kita boleh sumbangkan kepada masyarakat? Banyak! Terlalu banyak! Terlibat dalam aktiviti gotong royong, mengadakan program motivasi untuk anak-anak kecil. Solat berjemaah di masjid atau surau, hadir kuliah dan ceramah agama. Membantu majlis-majlis kenduri dan lain-lain aktiviti yang biasa dilakukan dalam kawasan setempat.

Jangan kita hanya memikirkan kepentingan diri sahaja, tetapi peka dan prihatin dengan rantaian masyarakat disekeliling kita. Saranan saya bukan bermaksud mengada-ngada untuk menjaga tepi kain orang lain, tetapi lebih kepada untuk menghidupkan budaya bantu-membantu, hormat-menghormati dan saling hidup dalam harmoni.

2 Comments »

  1. salam, nice article. not many people have the golden mentality though. perempuan, duit, kereta, bola selalunya menjadi perencah perbualan harian. acara dakwah ditertawakan, arena islah diremeh-remehkan. Tawa hilai dek kerana jenaka tak bermanfaat menjadi darah daging. bukan sahaja mat rempit malah golongan mahasiswa pun tak kurang hebatnya. 🙂

    Comment by hilmi — March 6, 2008 @ 12:00 am | Reply

  2. thanks hilmi for reading my opinion and comment on this article. i agree with you that even university student (not all) right now have low attitude and they are not really concern about others except their own life. we are too far if compared to previous muslim generation. but let try our best to change and colour the environment with the beuty of islam.

    Comment by wan muhamad azmi mamat — March 6, 2008 @ 7:58 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: