wm.azmi

January 29, 2008

Bonjour Parc

Filed under: Travel — wan muhamad azmi mamat @ 11:13 pm

Bonjour! Itu merupakan kata sapaan yang sinonim dengan warga Perancis. Seperti kata sapaan ‘hello’ yang biasa digunakan oleh penutur bahasa Ingeris, bonjour digunakan di seluruh Perancis.

p1270538.jpg

Kota Paris merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular di Eropah. Ramai yang mengatakan bahawa Paris merupakan tempat yang paling romantik untuk berbulan madu. Ramai juga melawat perancis kerana kepelbagaian dan trend terkini dalam dunia rekaan fesyen. Dan satu bidang yang juga popular di Perancis ialah seni dalam perlbagai cabang seperti penulisan, lukisan potret dan pemandangan serta ukiran arca.

p1260331.jpg

Banyak tempat-tempat bersejarah yang menjadi tarikan ke kota Paris. Salah satu keajaiban dunia iaitu menara Eiffel juga terletak dikota ini. Menara setinggi 300 meter ini dibina sepenuhnya menggunakan besi tempa. Antara tempat-tempat menarik di kota Paris ialah Notre Dame, Arc de Triomphe dan La Defense Grande Arche. Muzium yang sering dilawati ialah Musee du Lourve (La Pyramide) yang berbentuk piramid dan terletak di Lourve Rivoli. Bangunan Opera juga sering dilawati bagi penggemar seni.

Perjalanan untuk ke setiap tempat-tempat tumpuan pelancong sangat mudah dengan menggunakan jaringan sistem keratapi bawah tanah yang lebih dikenali sebagai metro serta jaringan keretapi dilandasan (foreground) yang sebagai RER. Kecekapan tersebut ditambah dengn bilangan kekerapan yang tinggi iaitu sekitar setiap 5 minit. Tiket yang digunakan bagi metro juga boleh digunakan bagi RER kerana mesin slot tiket bagi setiap hentian menggunakan mesin yang sama. Selain itu, tiket yang dibeli adalah untuk satu hari (all day ticket) yang memudahkan perjalanan.

p1250275.jpg

Jangan lupa, ucapkan mehrsee (terima kasih) apabila bertanya kepada seseorang!


Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: