wm.azmi

February 22, 2008

Politik: Salah satu cabang kehidupan

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 11:59 am

Saya sengaja menulis berkenaan tajuk ini sempena musim pilihanraya umum yang telah bermula dengan pembubaran parlimen pada 13 Februari yang lepas. Namun saya tidak berminat untuk menyentuh secara langsung pentas politik tanahair, tetapi hanya melontarkan beberapa pandangan dari sudut asas sahaja.

Pemerhatian umum saya menunjukkan orang kebanyakan memahami politik dalam bentuk parti samada pada pihak pemerintah atau pembangkang. Pemahaman seperti ini amat sempit dan tidak mengembangkan daya pemikiran. Dari segi bahasa, salah satu definisi politik ialah kepelbagaian taktik atau startegi. Definisi ini adalah hasil gabungan dua perkataan iaitu ‘poli’ yang bermaksud banyak atau pelbagai dan suku kata ‘tik’ adalah singkatan bagi taktik. Saya minta maaf kerana tidak menyatakan sumber rujukan bagi definisi ini, anda boleh rujuk kamus dewan edisi ketiga.

Dalam bahasa Arab, tiada istilah politik tetapi wujud istilah siasah (siyasah). Definisi siyasah daripada wikipedia di sini. Mungkin terdapat di kalangan kita yang memahami bahawa siyasah dan politik adalah sama. Saya tidak berani membenarkannya, tetapi kefahaman saya menyatakan bahawa ianya berbeza dari segi skop. Walaupun kefahaman terhadap definisi juga penting, namun intipati kepada siyasah atau politik tersebut lebih penting, dan ingin saya lontarkan di sini.

Ramai juga di kalangan kita yang bersetuju dengan konsep pemisahan antara pemerintahan dengan agama, mengasingkan urusan dunia dengan urusan akhirat. Konsep ini yang telah sebati dengan masyarakat Eropah dan Barat dikenali sebagai sekularisme. Sekularisme mula berkembang di Eropah setelah revolusi rakyat tercetus akibat rasa tidak puas hati kerana kongkongan dan kawalan yang dominan daripada pihak gereja terhadap pemerintah yang menyekat perkembangan tamadun mereka. Kesan daripada sekularisme dapat dilihat pada hari ini di mana ramai rakyat Eropah yang penuh dengan material tetapi jiwa kosong.

Islam tidak pernah memisahkan apa jua cabang kehidupan daripada aspek ketuhanan dan agama. Semuanya akan bersangkut paut melalui hukum halal dan haram serta antara pahal dan dosa. Ini dijelaskan memalui salah satu hadis yang bermaksud: “Tegakkan agama, dan mentadbir dunia dengannya”. (maaf tidak dapat memberikan perawi dan sumber). Maka jelas di sini bahawa Allah menyuruh dunia ditadbir dengan agama dengan menegakkan agama. Seandainya agama tidak tertegak, maka mustahil dunia ditadbir mengikut landasan yang Allah tetapkan.

Secara umumnya, saya memahami politik sebagai perlakuan mengurus atau mentadbir apa jua dalam kehidupan ini. Cara kita mengurus diri juga boleh dikatakan sebagai suatu politik. Cara kita bangun pagi, cara kita mencari rezeki, cara kita bergaul, dan segala yang berkaitan dengan diri kita juga adalah politik. Namun kita tidak memandang ianya sebagai suatu yang serius kerana dilihat perkara kebiasaan sedangkan ianya memberi kesan kepada kehidupan kita.

Bahkan dalam solat, kita diajar asas-asas politik. Antaranya, makmum tidak boleh mendahului imam tetapi perlu mengikut imam setelah diberi arahan. Solat berjemaah dilakukan dalam saf yang teratur, walaupun tidak dikatakan sebagai syarat sah solat. Solat mesti dilakukan dalam keadaan berdiri tegak bagi yang mampu tetapi dibolehkan berada dalam keadaan yang lain mengikut rukhsah atau kelonggaran yang tertentu.

Dari segi politik dalam pentadbiran negara, kita dapat melihat contoh yang jelas apabila baginda Rasulullah saw mengasaskan yathrib atau madinah sebagai pusat pemerintahan islam yang pertama. Baginda telah menggubal piagam madinah yang menjadi rujukan setelah dipersetujui oleh pelbagai kaum dalam madinah. Maka mengapa kita tidak mengikut Rasulullah dalam urusan pentadbiran negara?

assaff4.jpg

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (as-Saff: ayat 4)

Allah telah menggariskan banyak panduan untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti dalam ayat 4 surah as-Saff di atas, Allah memberikan panduan ketika berperang. Bahkan dalam ayat lain, Allah menegaskan beberapa etika bagi kaum muslimin ketika berperang seperti tidak boleh membunuh kaum wanita, kanak-kanak, orang-orang yang berada dalam rumah ibadat (agama lain), tidak boleh merosakan tanaman dan tidak boleh meracuni sumber air. Pernahkan kita lihat perlakuan atau etika ini ditunjukkan oleh tentera (penganut agama) lain? Pernahkan kita terfikir kenapa Allah menetapkan peraturan tersebut dalam suasana yang sangat kritikal iaitu ketika berperang? Apakah muslihat atau hikmah yang Allah ingin sampaikan kepada kita?

Banyak lagi panduan yang Allah berikan samada melalui al-Quran dan melalui tutur kata dan perbuatan Rasul-Nya. Bahkan etika untuk makan juga diajakan dengan membaca doa sebagai tanda syukur dan mengingati nikamt tuhan. Satu lagi contoh, etika untuk menunaikan hajat (melepas la..). Ada juga doa diajarkan supaya kita terhindar daripada gangguan syaitan dan penyakit. Bahkan semasa (melepas), juga ada kaedah-kaedah seperti berdeham, menutup kepada dan memberatkan kaki (sebelah) kiri.

Oleh yang demikian, kita tidak dapat dipisahkan dengan politik dalam kehidupan ini. Berkenaan dengan politik parti, juga tidak boleh diabaikan bagi kita kerana Malaysia adalah negara demokrasi berpelembagaan. Rakyat perlu menyedari kepentingan politik yang pasti mempunyai pengaruh atau kesan dalam kehidupan diri kita seharian. Kefahaman terhadap politik dan dalam apa jua perkara perlu dilandaskan kepada ilmu pengetahuan yang betul. Sikap taasub atau fanatik tidak membawa kebaikan tetapi hanya melemahkan keupayaan diri sendiri serta merugikan sumber manusia negara. Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata seseorang tetapi adalah amat wajar untuk kita selidiki kesahihan sesuatu perkara yang di sampaikan. Boleh baca pandangan tentang pilihanraya oleh ustaz zaharudin di sini.

Kita perlu merujuk kepada panduan atau manual penggunaan komputer supaya dapat menggunakan komputer dengan kaedah yang betul. Dalam kehidupan ini, apakah manual yang boleh kita rujuki? Rujuklah Al-Quran dan as-Sunnah. Berita-berita harian hanyalah bahan bacaan semata-mata.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan diri saya sebagai makhluk-Nya. Maaf jika ada yang silap, tolong tegur untuk kebaikan bersama.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: