wm.azmi

March 1, 2008

Kisah pembentukan sebuah bangsa

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 12:58 pm

Lemah

Kita sekarang sedang menyaksikan seorang pemerintah yang angkuh dan memperhambakan manusia. Menindas manusia dan menjadikan mereka khadam dan hambanya. Kita juga sedang menyaksikan sebuah bangsa mulia yang sedang dijadikan hamba oleh yang angkuh ini. Allah mahu mengembalikan semula kebebasan bangsa yang mulia ini dan mahu mengembalikan semula kehormatan mereka yang telah dirampas. Allah juga mahu mengambalikan keagungan yang telah lenyap pada bangsa ini. Langkah pertama kea rah pembebasan bangsa ini dipancarkan melalui pemimpin agung mereka (Musa) yang lahir sebagai anak kecil yang masih menyusu:

Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesunguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberi pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu. (Maksud al-Qasas: 3-6)

Pimpinan

Seterusnya kita saksikan pemimpin ini yang kini sudah meningkat remaja. Dia memperolehi lindungan Ilahi setelah terselamat daripada kezaliman dan penganiayaan. Dia membawa diri bagi menyelamatkan kebebasannya. Dalam keadaan ini Allah sendiri mendidiknya dan menyerahkan risalah-Nya. Allah juga menyerahkan kepadanya tanggungjawab menyelamatkan bangsanya. Dengan itu dia kembali berbekalkan iman dan keyakinan. Dia berdepan dengan pemerintah yang angkuh dan menuntut supaya kebebasan dan kehormatan bangsanya dikembalikan seterusnya mengimani dan mengikutinya. Alangkah menarik kecaman yang begitu keras yang lahir daripada utusan yang agung ini seperti yang diceritakan oleh al-Quran:

asshuara22.jpg

Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israel. (al-Shua’ara’: 22)

Wahai pemerintah zalim yang menindas hamba Allah, mereka bukan hamba engkau, apakah kerana nikmat yang engkau ungkitkan itu dan layanan baik yang engkau berikan kepada aku itu boleh menjadi alasan untuk engkau memperhambakan bangsaku, engkau hina dan tindas bangsaku. Ia adalah suara kebenaran yang lahir dari mulut seorang nabi yang mulia hingga menyebabkan singgahsana pemerintah yang kejam ini mula goyah:

Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israel mengikut kami. Firaun menjawab: Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engaku telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi baik? Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurnaiakan daku ilmu pengetahuan agama, dan menjadikan daku seorang Rasul-Nya. (Maksud al-Shua’ara’: 16-21).

Pertembungan

Kita kini saksikan kesan kemarahan pihak yang berkuasa terhadap pihak yang benar. Bagaimana kuasa ini bertindak balas dan menyeksa pihak yang benar. Bagaimana pula pihak yang benar bersabar menghadapi segala ujian ini. Bagaimana pimpinan mereka menghidangkan harapan dan impian yang indah kepada mereka supaya jiwa mereka tidak lemah.

Dan berkatalah pula ketua-ketua dari kaum Firaun: Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarakan Musa dan kaumnya melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun menjawab: Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka. (Pengkiut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dkehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertqwa. (Maksud al-A’raf: 127-128)

Keimanan

Alangkah menarik ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan kepada kita. Pegangan yang teguh dengan kebenaran. Kesediaan mengorbankan segala yang ada dalam hidup ini demi keimanan dan keyakinan seperti yang ditonjolkan oleh pengikut pemimpin yang agung ini. Mereka mencabar pemerintah zalim ini dengan memandang remeh segala ugutannya.

taha72part.jpg

taha73.jpg

Oleh itu, hukumlah apa sahaja yang engkau hemdak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan-Nya segala kesalah-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala-Nya. (Taha: 72-73)

Kemenangan

Setelah melihat kesemua babak ini, kita akhirnya dapat melihat kesduahannya dalam babak kelima ini. Apakah kesudahannya? Kejayaan, kemenangan dan berita gembira buat mereka yang melaluinya. Tercapai cita-cita buat mereka yang mengimpikannya. Suara kebenaran kini berkumandang ke seluruh pelusuk bumi:

taha80part.jpg

Wahai Bani Israel! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu daripada musuh kamu. (Taha: 80)

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: