wm.azmi

March 26, 2008

Bandar Durham

Filed under: Travel — wan muhamad azmi mamat @ 4:01 pm

dsc_1681.jpg

Perkataan “Durham” berasal daripada bahasa Enggeris lama “dun-holm” yang bermaksud “pulau-bukit”. Ia dinamakan sedemikian berdasarkan lokasinya yang curam di atas bukit dan membentuk seperti tembok atau benteng. Bandar Durham merupakan bandar yang kecil dan dikelilingi oleh Sungai Wear.

dsc_1714.jpg

Durham Cathedral merupakan satu tempat tumpuan pelancong yang utama dan menjadikan ia sebagai simbol atau identiti utama bagi bandar kecil ini. Durham Cathedral merupakan gereja bagi mazhab Anglikan dan di sinilah terletak kubur Bishop bagi Durham iaitu St Cuthbert. Durham Cathedral merupakan salah satu gereja yang mempunyai struktur bangunan yang menarik seperti mempunyai tiang-tiang sebesar empat pemeluk orang dewasa. Ia juga merupakan antara gereja yang paling besar di Eropah.

Durham Castle terletak di atas bukit berhadapan dengan Durham Cathedral dan dipisahkan dengan Taman Hijau. Kota ini dibina oleh Raja Norman pada kurun ke-11 bagi menghalang kaum yang liar dan berubah-ubah bagi kawasan taklukan beliau di Utara England.

dsc_1696.jpg

Tidak banyak tempat-tempat menarik di sini kerana bandar Durham adalah kecil dan kebanyakan kawasan sekelilinginya adalah ladang.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: