wm.azmi

April 13, 2008

Mengenali Al-Quran

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 6:47 pm

Al-Quran adalah Kalam Allah. Ia telah diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW sebagaimana kitab Taurat, Injil dan Zabur diturunkan kepada nabi-nabi sebelum baginda SAW. Al-Quran merupakan rujukan asal kepada risalah Islam. Siapa yang tidak berpedomankan kepada Al-Quran bererti dia jauh dari panduan dan rujukan Islam. Al-Quran juga merupakan kitab petunjuk dan pembawa rahmat untuk seuluruh alam.

Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 138 )

Segala panduan terhadap aturan hidup dan kehidupan antara manusia dengan Tuhan, alam, masyarakat dan diri sendiri termuat dalam Al-Quran. Siapa yang mendekati sumber hidayah ini insyaAllah akan tersentuh dengan petunjukNya dan siapa yang tidak mendekatinya akan jauh dari hidayahNya.

Al-Quran yang merupakan Kalamullah itu adalah Mukjizat yang hebat, tetap dan kekal walaupun melalui berbagai zaman. Mukjizat ini menentang jin dan juga manusia serta menjadikan semua pendukung kesesatan dan nafsu tunduk membisu. KeranaNya, Allah telah menjadikan Al-Quran sebagai pembasuh hati bagi mereka yang mempunyai hati penglihatan dan makrifat. Mukjizat ini tidak akan usang kerana putaran waktu dan penolakan dari golongan yang tidak beriman. Al-Quran akan tetap dijaga oleh Allah seperti yang dijanjikanNya dalam surah al-Hijr.

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra (Al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran). (al-Hijr: 9)

Allah SWT telah menyebutkan dalam Al-Quran berbagai sebutan terhadap kitabNya. Ada yang disebut sebagai hudaa (petunjuk) kerana ia betul-betul membawa petunjuk kepada bagi manusia, rahmatan (rahmat) kerana siapa yang mengikuti petunjukNya akan mendapat rahmat, nur (cahaya) kerana ia menyinari jalan hidup manusia, syifa’ (penawar) dan lain-lain lagi yang jumlahnya tidak kurang dari sepuluh nama. Setiap nama menunjukkan ciri-ciri yang dimiliki oleh Al-Quran itu sendiri.

Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) … (al-Baqarah: 185)

Al-Quran adalah kitab lengkap sebagai pedoman hidup manusia dalam segala aspek. Ia adalah kitab yang menerangkan hukum-hukum syariat dari segi halal-haram dan hal lain yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Ia juga membawa kisah-kisah dan berita-berita pengajaran sebagai bahan renungan terhadap peristiwa-peristiwa di dalam sejarah seperti ashabul kahfi, tentera gajah, kaum ‘Aad, kaum Tsamud, kaum Firaun dan lain-lain. Al-Quran juga merakamkan panduan seluruh manusia beriman tentang masalah jihad dan pelaksanaannya. Al-Quran menerangkan fungsi utama di dalam mendidik dan mentarbiyah jiwa-jiwa manusia agar menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.

Bacalah! Dengan nama tuhanmu yang Menciptakan. (al-Alaq: 1)

Sehubungan dengan itu, kita perlu mengetahui betapa pentingnya mengambil faedah dari Al-Quran ini, syarat-syaratnya dan bagaimanakah cara berinteraksi yang benar dengannya. Semoga dengan panduan ringkas ini kita dapat menjadi orang yang paling baik hubungannya dengan Al-Quran dan dapat memaksimakan nilai Al-Quran terhadap kehidupan jiwa dan raga kita dalam rangka beribadah kepada Allah SWT.

Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Quran ini).(al-Qamar: 17)

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: