wm.azmi

April 17, 2008

Rasuah dan pembaharuan

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 8:16 am

Suatu rencana yang dipaparkan oleh Bernama pada hari ini menarik perhatian saya. Rencana bertajuk “Rasuah dan Pembaharuan” yang ditulis oleh felo undang-undang dan sains politik daripada IKIM merupakan rencana yang paling ringkas saya pernah baca tetapi padat dengan input, ulasan, kritikan dan pandangan. Rencana ini saya kira ditulis dengan merujuk kepada keadaan semasa di tanahair pasca PRU12.

Penulis yang menceritakan penyakit yang berterusan melanda dalam masyarakat iaitu rasuah dan mengaitkan dengan kekuasaan dan pemimpin. Disamping beliau telah melontarkan idea kepada usaha mengeluarkan masyarakat dari belenggu penyakit ini.

Penulis memetik daripada karangan Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya “Islam dan Sekularisme”, dengan merumuskan bahawa pengetahuan yang tercemar adalah punca kepada lahirnya penyelewengan.

Penulis kurang bersetuju bahawa kebebasan media daripada pengaruh politik dapat menjamin masyarakat mendapat kebebasan membuat pilihan. Sebaliknya, penulis menekan bahawa masyarakat perlu dibebaskan daripada kejahilan.

Orang ramai perlu dibebaskan daripada kejahilan.

Mereka perlu mempunyai kesedaran akan anggapan, kecelaruan dan percanggahan ahli-ahli politik terhadap isu-isu utama yang membabitkan mereka.

Siapa lagi yang boleh melakukannya dengan berkesan selain daripada golongan cendekiawan.

Ini, bagaimanapun, tidak boleh berlaku jika golongan cendekiawan sendiri korup.

Ia lebih buruk daripada ahli politik dan pentadbir awam yang korup.

Universiti-universiti tidak harus menjadi tempat mengeluarkan pemimpin korup yang tidak mempunyai integriti intelektual dan moral.

Seorang profesor yang berpihak kepada pemimpin politik berkuasa sebenarnya tidak harus mengajar di universiti-universiti kita.

Mereka akan hanya meneruskan kesinambungan sifat pengecut and kaki ampu.

Saya bersetuju dengan cadangan penulis tersebut bahawa kejahilan perlu dikikis dan dilenyapkan dengan menghidupkan dan menyuburkan budaya ilmu yang baik dan sahih. Saya juga menyokong bahawa institusi pendidikan perlu independant dan bebas menjalankan kegiatan penyebaran ilmu tanpa sekatan (melainkan yang bercanggah dan menyeleweng). Dalam masa yang masa, mereka juga wajar menegur dan mengkritik kerajaan dengan memberikan cadangan dan alternatif kepada penyelesaian masalah yang melanda masyarakat.

Tidak ada masalah untuk institusi pendidikan mempunyai hubungan dua hala dengan pemimpin politik dan kerajaan, tetapi perlu dilaksanakan dengan tatacara yang betul dan tidak membawa unsur-unsur negatif sehingga mencemar institusi pendidikan itu sendiri.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: