wm.azmi

May 30, 2008

The Evolution of Mobile Phones

Filed under: Technology — wan muhamad azmi mamat @ 11:18 pm

The video below shows cellphones – from 1985 through to today – morph into one another in chronological order. It’s interesting to see how little the basic design of the things has changed.

Advertisements

May 26, 2008

Tujuan penciptaan manusia

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 8:16 pm

Sambungan tajuk hakikat insan

Teori evolusi manusia yang diperkenalkan oleh Darwin merupakan suatu penipuan yang besar dalam dunia keilmuan bahkan merupakan suatu penghinaan terhadap penciptaan manusia. Teori ini ternyata tidak pernah menemukan bukti yang kukuh dan ‘valid’ sehingga penggunaannya telah terhakis dan semakin berkubur.

Manusia mempunyai kelebihan akal untuk melakukan kajian dan membuat analisa terhadap jirim yang wujud di alam semesta. Namun seringkali kelebihan akal disalahguna dengan penipuan untuk kepentingan tertentu. Pemikiran sebegini disandarkan kepada material dan logik semata tanpa melihat kepada aspek keadilan berteraskan petunjuk Pencipta.

Penemuan-penemuan melalui kajian saintifik mampu memberi kesedaran kepada manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras untuk mengakui kewujudan kuasa Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mencipta. Meneliti kepada penciptaan (sistem) manusia yang kompleks dan sangat teliti, dan melihat kepada kewujudan alam semesta yang variasi, saling berkait dan mengagumkan, adakah ia terjadi dengan sendirinya?

(more…)

May 25, 2008

Pemakaian Gelang Bermagnet Harus Jika Penuhi Empat Syarat – Jabatan Mufti Negeri Perak

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 12:24 pm

Updated!

Sila lihat video di bawah, penjelasan ringkas daripada ustaz Ismail Kamus tentang pemakaian gelang bermagnet.

Gelang Magnetik

IPOH, 25 Mei (Bernama) — Pemakaian gelang bermagnet yang dikatakan mempunyai unsur perubatan dan menjadi satu trend kini adalah harus sekiranya memenuhi empat syarat yang ditetapkan, kata Ketua Penolong Mufti Negeri Perak Ustaz Zamri Hashim.

Beliau berkata syarat pertama ialah pemakai gelang bermagnet itu tidak beri’tiqad (kepercayaan atau keyakinan di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kerana yang memberi kesan adalah Allah S.W.T.

“(Kedua) Tidak berniat memakai gelang berkenaan kerana menyerupai wanita dan bukan bertujuan untuk bermegah-megah kerana semakin lahir kebelakangan ini trend menghiasai gelang-gelang berkenaan dengan aksesori-aksesori seperti perhiasan wanita.

Haram memakai gelang yang diperbuat daripada emas,” katanya di dalam satu kertas kerja ringkas yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak di sini.

Beliau berkata syarat seterusnya ialah gelang bermagnet itu mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa.

“Bukti itu mestilah datang daripada para doktor atau ahli sains yang amanah lagi thiqah (boleh dipercayai). Tidak memadai hanya dengan penerangan jurujual sahaja,” katanya.

Menurut Zamri syarat yang terakhir ialah jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai maka adalah lebih baik pemakai gelang bermagnet itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan pemakaian gelang berkenaan.

Beliau mengakui bahawa terdapat dua pandangan berkenaan isu pemakaian gelang bermagnet iaitu pandangan pertama menyatakan ia haram dipakai kerana menyerupai perempuan manakala pandangan kedua mengatakan ia harus dipakai kerana bertujuan berubat dengan masing-masing mengemukakan dalil mereka.

“Oleh kerana perkara ini telah menimbulkan perselisihan pandangan antara para ilmuan, maka kaedah yang dicadangkan oleh Imam As Suyuti iaitu keluar dari khilaf (keliru) adalah digalakkan,” katanya.

Beliau berkata kertas kerja ringkas itu sekadar membawakan penghujahan kedua-dua pihak dan cuba membuat kesimpulan sekadar yang mampu supaya masyarakat mendapat gambaran terhadap perbincangan yang berlaku.

“Perbincangan ringkas ini masih boleh diberi pandangan oleh para pembaca dengan membawa dalil-dalil dan hujah-hujah tetapi janganlah sampai memanjang-manjangkannya sehingga terlupa kepada isu yang lebih penting,” katanya.

BERNAMA

May 23, 2008

Kisah Ashabul Kahfi

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 8:14 am

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat lagi petunjuk. (al-Kahfi: 13 )

Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah. Peluh menitis membasahi dada dan tengkuk. Terikan matahari menambah lagi rasa haus. Mereka sungguh letih, mereka juga lapar. Tetapi mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat menghidu gerak langkah mereka. Mudarat terlalu besar jika mereka terus berada di kota atau bertahan lebih lama. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua. Oh Tuhan, Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Gua yang gelap menjadi pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka. Bukan!..bukan! Mereka bukan sahaja bermusuh tetapi ingin merejam dan membunuh mereka.

(more…)

May 21, 2008

Bala: Antara ujian, peringatan dan takdir

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 9:10 am

NargisCyclone

Selepas solat subuh semalam, seperti biasa saya akan mengaji (bertadarus) bersama-sama isteri saya. Dan surah yang menjadi turutan pada pagi tersebut ialah surah al-Hadid.

Apabila membaca terjemahan ayat 22 dan 23, akal dan hati saya terus berlegar kepada peristiwa yang berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini. Dua kejadian yang besar dan mengejutkan dunia, Taufan Nargis yang membadai Myammar dan gempa bumi yang mengegarkan wilayah Sichuan, China.

SichuanEarthquake

Allah menguji hambaNya untuk melihat siapakah yang bersikap benar dan sebaliknya. Ujian ini bukannya sia-sia bahkan bertujuan mengangkat darjat hambaNya agar keyakinan kepadaNya bertambah padu. Allah menguji hambaNya dalam dua bentuk, kepayahan dan kesenangan.

(more…)

May 20, 2008

Hakikat manusia sebagai makhluk

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 7:33 pm

Sambungan tajuk Hakikat insan

Kita perlu mengenal manusia tidak dari segi kelebihannya sahaja, tetapi juga perlu mengenal kelemahannya supaya dapat memberi kesedaran dalam setiap tindakan dan perbuatan. Kelemahan ini perlu diwaspadai oleh manusia agar dapat mengawal diri dan mengatasi kelemahan diri dengan cara mengamalkan ajaran Islam.

Manusia sebagai makhluk

Fokus kepada tajuk hakikat insan kali ini ialah hakikat manusia sebagai makhluk yang lemah. Allah menciptakan manusia dengan segala keterbatasan dan kelemahan di samping kelebihan dan kekuatannya.

Manusia diciptakan oleh Allah berdasarkan fitrahnya. Manusia yang dapat memelihara fitrahnya dengan Islam akan berjaya di dunia dan di akhirat. Sedangkan mereka yang tidak dapat memerlihara fitrah tersebut serta tidak menjalankan amanah tersebut akan termasuk ke dalam golongan yang bodoh (jahil).

(more…)

Hakikat insan

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 12:05 pm

Hakikat manusia menurut Allah adalah makhluk yang dimuliakan, dibebani tugas, bebas memilih dan bertanggungjawab. Sebagai makhluk, manusia mempunyai sifat fitrah, lemah, bodoh dan fakir.

Namun ia diberikan kemuliaan kerana mempunyai ruh, mempunyai pelbagai keistimewaan serta ditundukkan alam ini baginya.

Manusia juga dibebankan oleh Allah swt untuk beribadah dan menjalankan peranannya sebagai khalifah di bumi untuk mengatur alam dan seluruh isinya.

(more…)

May 17, 2008

Penyakit bangsa

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 4:23 pm

Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular ke setiap sudut hayat mereka.

Dalam sudut politik bangsa ini pernah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan berpecah.

Dalam sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan dan syarikat asing menguasai sumber kekayaan mereka.

Dalam sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak Tuhan yang boleh menggugat akidah mereka danmenghancurkan nilai-nilai baik dalam diri masyarakat mereka.

(more…)

May 15, 2008

Nakbah Palestin

Filed under: Palestine — wan muhamad azmi mamat @ 6:00 am

Istilah ‘Nakbah’ mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala ‘Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

(more…)

May 13, 2008

Nasihat Ibrahim bin Adham

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 9:31 pm

Suatu ketika Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal zuhud dan wara’nya, melewati pasar yang ramai. Dalam sekelip mata, dia dikerumuni oleh mereka yang ingin meminta nasihat daripadanya.

“Wahai Ibrahim! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahwa Dia akan mengabulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?” Salah seorang dari mereka bertanya.

(more…)

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.