wm.azmi

May 1, 2008

Nama dan Gelaran

Filed under: Bahasa,General — wan muhamad azmi mamat @ 3:30 pm

Nama mempunyai suatu pengaruh yang signifikan dalam kehidupan kita. Daripada nama kita dapat mengetahui ras seseorang serta status agamanya. Orang-orang tua masih percaya nama akan mempengaruhi sifat dan sikap seseorang. Sebab itulah, kadang-kadang kita mendengar cerita orang-orang dahulu nama mereka ditukar daripada nama asal yang diberikan semasa kecil, mungkin kerana tidak sesuai atau ada sesuatu yang tidak kena.

Dewasa ini, nama seseorang lebih bersifat populariti terutamanya dikalangan belia dan remaja. Mereka mungkin segan atau malu jika rakan-rakan mereka memanggil mereka dengan nama asal seperti yusuf, sulaiman atau daud. Bahkan mereka mungkin meminta rakan-rakan mereka memanggil mereka dengan nama panggilan yang lebih glamour seperti Roy, Joe, Kerk dan lain-lain.

Ramai juga yang memanggil rakan mereka dengan sebahagian sahaja daripada nama mereka seperti Nash (Nasharudin), Bad (Badli), Daus (Firdaus) dan lain-lain. Ada juga yang ‘menukar’ nama mereka kepada ala-ala orang putih seperti Burn (Bakar), Kathy (Khatijah), Remy (Rahimi) dan lain-lain.

Saya tidak dapat menjelaskan perkara ini dari segi hukum, namun saya lebih suka membincangkannya dari sudut adat dan bahasa. Secara peribadi tidak salah jika kita menggunakan nama yang disenangi tetapi tidak mencemar adat dan bahasa.

Gelaran yang buruk

Namun ada juga sebahagian daripada masyarakat kita menggunakan gelaran yang tidak sesuai dan kurang sopan. Nama yang tidak diketahui maksudnya seperti Jibam, Peon dan sebagainya tidak wajar digunakan. Apatah lagi menggelarkan seseorang dengan gelaran yang buruk seperti ‘gebeng’ (merujuk kepada bukaan telinga yang sedikit terbuka melebar), ‘jongang’ (merujuk kepada gigi yang sedikit terkedepan) dan lain-lain.

Gelaran-gelaran tersebut sepatutnya tidak disebut apabila berbicara kerana ia akan menimbulkan kemarahan dan kebencian, dan seterusnya boleh membawa kepada berdendam dan bermusuhan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olok), dan janganlah pula perempuan-perempuan (mengolok-olok) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada perempuan (yang memgolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) sesudah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat: 11)

Kisah budak derhaka dan Saidina Umar

Pada suatu ketika, dizaman pemerintahan Saidina Umar ra, telah dtg seorang bapa bersama anak lelakinya berjumpa dgn Saidina Umar ra. Bapa tersebut telah meminta Saidina Umar ra untuk menegur kelakuan derhaka anaknya. Akan tetapi sebelum saidina Umar sempat berbicara, budak itu telah berkata : “Wakai Amirul Mukminin (pemerintah mukmin), sebelum tuan berkata apa, boleh tuan ceritakan apakah kewajipan seorang bapa kepada anaknya. Ini adalah kerana bapa sendiri telah memberi saya nama yg tidak elok (kelawar) dan tidak mengajar saya kitabullah. Bukan itu saja, malahan juga bapa saya juga telah mengkahwini perempuan (yakni emaknya sendiri) yg tidak diketahui asal usulnya, Mendengar kata-kata budak tersebut, Saidina Umar pun berkata kepada si bapa “Wahai si fulan si fulan, sesungguhnya kamu telah derhaka kepada anak kamu sebelum anak kamu menderhaka kepada kamu”.

Gelaran yang baik

Para sahabat sentiasa mengharapkan agar Rasulullah memberikan mereka suatu gelaran. Sahabat akan menyukai gelaran yang diberikan oleh baginda, tanpa sebarang prejudis. Dan gelaran yang Rasulullah bagi kepada para sahabat adalah yang baik dan bagus.

Tidak ramai yang mengenali nama sebenar Abu Hurairah lantaran nama gelarannya sering digunakan. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman. Beliau diberi gelaran Abu Hurairah kerana sangat meminati kucing. Rasulullah menggelarkan beliau dengan Abu Hurairah apabila melihat ada anak kucing dalam lengan jubahnya ketika berjumpa pada suatu hari.

Abu Bakar juga mendapat gelaran yang sangat mulia daripada Rasulullah saw. Gelaran tersebut diberikan lantaran betapa kepercayaan Abu Bakar kepada setiap kata-kata dan tindakan baginda yang tidak pernah ragu-ragu. Ketika orang ramai mengatakan bahawa Rasulullah saw berkata dusta dan gila apabila menceritakan peristiwa Isra’ dan Mikraj, Abu Bakar as-Siddiq merupakan orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan.

Gelaran berdasarkan tempat

Imam Bukhari merupakan perawi hadis yang terkenal dan mengarang sususan hadis yang diberi nama Sahih Bukhari. Nama asal beliau ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. Nama beliau diletakkan Bukhari kerana tempat lahirnya ialah di Bukhara.

Salman al-Farisi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah. Beliau telah mencadangkan menggali parit sekeliling kota Madinah bagi menghalang kemaraan tentera musuh ketika perang Khandak atau juga dikenali sebagai perang Ahzab. Strategi tersebut merupakan taktik yang biasa digunakan oleh tentera di tempat asalnya iaitu Farsi.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita mengikis tutur kata kita daripada menkeji dan mencela. Member nasihat dengan menggunakan tutur kata yang baik disertakan dengan senyuman, ditambah pula dengan niat yang ikhlas pasti menyenangkan si pndengar.

Kerana pulut santan binasa

Kerana mulut badan binasa

5 Comments »

  1. SAYA SETUJU! NAMA ADALAH SUATU DOA YANG AKAN DISEBUT2 SETIAP HARI!

    Comment by aminchehassan — May 2, 2008 @ 8:21 am | Reply

  2. Amin al-Kelantani xpe.. ambil nama tempat.😉

    Comment by wan muhamad azmi mamat — May 2, 2008 @ 11:19 am | Reply

  3. Nanti kalau dah ada anak saya nak namakan dia Rosmah Mansor lah. hihi.

    Comment by NurFashaSandha — June 17, 2010 @ 7:47 pm | Reply

    • Kalau perempuan, boleh la letak rosmah, mansor xleh letak, itu nama bapaknya rosmah la

      Comment by wan muhamad azmi mamat — June 21, 2010 @ 5:39 pm | Reply

  4. […] Sumber […]

    Pingback by Nama Gelaran, Baik Atau Buruk? : Cahaya Islam — April 11, 2012 @ 10:35 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: