wm.azmi

May 5, 2008

Kerajaan menurut pandangan Islam

Filed under: General,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 12:27 am

(Sempena Sidang Parlimen Malaysia ke-12, sesi pertama 29 April 2008 – 27 Mei 2008 )

BangunanParlimenMalaysia

Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem sosial kerana Islam tidak mahu kepada suasana yang tidak stabil. Islam juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

“Apabila kamu tiba di sebuah negeri yang tiada pemimpin hendaklah kamu beredar meninggalkannya.”

Pada ketika yang lain baginda bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

“Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seseorang mengetuai kamu.”

Sesiapa yang mendakwa agama Islam tidak menyentuh aspek politik atau politik tidak termasuk dalam bidang Islam, dia sebenarnya telah menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya. Saya tidak mengatakan dia menzalimi Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah silap dan cacat celanya.

Alangkah indah kata-kata Imam al-Ghazali r.a.: Sedarlah bahawa syariat itu adalah dasar dan kuasa itu adalah penjaganya. Perkara yang tiada dasar akan roboh dan perkara yang tiada penjaga akan lenyap.”

Pembinaan negara mestilah dibentuk atas asas dakwah supaya negara mempunyai wawasan tersendiri, bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran kerajaan yang beku dan kaku tanpa sebarang roh. Demikian juga dakwah mestilah diletakkan di bawah penjaga yang akan menjaga, menyebar, menyampai dan memantapkannya.

Kesilapan kebanyakan masyarakat pada hari ini ialah kita lupa akan dasar ini. Akibatnya kita memisahkan agama dan politik secara praktikal walaupun kita tidak sanggup untuk memisahkannya secara teori.

Kita masih muatkan dalam perlembagaan kita bahawa agama rasmi negara adalah agama Islam. Namun teks perlembagaan ini tidak menghalang tokoh-tokoh politik atau pemimpin parti politik untuk menimbulkan tanggapan buruk kepada nilai-nilai Islam. Tindakan mereka juga tidak dapat memperlihatkan wawasan Islam atau keindahan Islam dalam diri dan budaya masyarakat. Keyakinan, ucapan serta tindakan mereka sentiasa memisahkan antara ajaran agama dan tuntutan politik. Inilah kelemah utama dan punca segala masalah.

Asas-asas politik Islam

Kerajaan dalam Islam tertegak berlandaskan asas-asas yang telah diketahui dan diakui umum. Kerajaan adalah elemen utama kepada sistem politik Islam. Kerajaan ini mestilah berlandaskan kepada asas-asas iaitu tanggungjawab pemerintah, perpaduan umat dan menghormati aspirasi rakyat. Tanpa mengira walau apapun istilah atau struktur yang digunakan.

Tanggungjawab pemerintah

Pemerintah adalah orang yang bertanggungjawab di hadapan Allah dan rakyat. Pemerintah adalah orang suruhan dan khadam kepada rakyat. Rasulullah sendiri pernah bersabda:

“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang pimpinan kamu.”

Ketika Abu Bakar r.a. ditabalkan sebagai khalifah dan naik ke mimbar, belliau berucap: “Wahai sekalian manusia, dahulu saya bekerja untuk keluarga saya dan saya mencari makan minum mereka, tetapi sekarang saya bekerja untuk kamu maka tetapkanlah bahagian saya daripada perbendaharaan kamu.”

Melalui ucapan ini beliau telah mengemukakan tafsiran yang terbaik dan adil berhubung teori kontrak sosial. Malah beliau adalah orang pertama yang meletak batu asasnya. Kontrak ini ialah perjanjian antara rakyat dan pemerintah bertujuan memelihara kepentingan umum. Jika pemerintah melakukannya dengan baik dia akan mendapat ganjarannya dan jika tidak dia akan menerima akibatnya.

Perpaduan umat

Umat Islam adalah umat yang satu kerana persaudaraan menyatukan hati-hati manusia atas nama Islam adalah salah satu asas iman. Iman ini tidak lengkap tanpa persaudaraan dan persaudaraan tidak akan dicapai tanpa kewujudan iman.

Namun ini tidak bermakna tiada ruang kebebasan bersuara atau member nasihat daripada pihak bawahan kepada pihak atasan atau daripada pihak atasan kepada pihak bawwahan. Inilah yang dikenali dalam budaya Islam sebagai member nasihat dan amar makruf nahi mungkar. Rasulullah SAW bersabda:

“Agama itu nasiaht. Para sahabat bertanya: Untuk siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Untuk Allah, rasulNya, kitabNya dan untuk para pemerintah dan rakyat.”

Baginda juga bersabda:

“Jika engkau lihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang zalim: Wahai orang zalim. Maka ucapkanlah selamat tinggal kepada mereka.”

(bersambung bagi asas ke-3)

pemimpin yang adil

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: