wm.azmi

May 6, 2008

Hormati aspirasi rakyat

Filed under: General,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 12:30 am

(Sempena Sidang Parlimen Malaysia ke-12, sesi pertama 29 April 2008 – 27 Mei 2008 )

Sambungan asas politik Islam yang ke-3, hormati aspirasi rakyat.

hakkomuniti

Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah. Rakyat perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik. Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat dan menghormati kehendak mereka. Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh rakyat. Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadikan perkara ini sebagai amalannya:

“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.” (Aali-Imran: 159)

Allah turut memuji orang-orang yang beriman kerana amalan baik mereka ini:

“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.” (as-Shura: 38 )

Amalan ini tercatat dalam sunnah Rasulullah saw dan amalan para khalifah ar-rasyidin selepas baginda. Apabila berlaku sesuatu perkara mereka akan menghimpunkan para cendikiawan di kalangan umat Islam. Mereka akan bermesyuarat dan akur dengan pendapat yang betul. Malah mereka akan melantik atau menggalakkan mereka untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Abu Bakar ra pernah berkata: Jika kamu lihat saya di pihak yang benar bantulah saya dan jika kamu lihat saya di pihak yang salah perbetulkanlah saya.”

Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesiapa yang melihat ada kepincangan pada diri saya perbetulkanlah saya.”

Sistem Islam tidak mementingkan struktur atau istilah selagimana dasar-dasar utama yang perlu bagi mewujudkan politik yang baik ini wujud; Selagimana ia dilaksanakan secara seimbang tidak hanya mementingkan satu-satu sudut sahaja.

Namun sudah tentu keseimbangan ini tidak dapat dipertahankan tanpa wujudnya penghayatan sebenar kepada kesucian ajaran Islam ini. Apabila dasar-dasar ini mampu dipertahankan ia akan membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat.

Dalam dunia moden hari ini perkara tersebut disebut sebagai “kesedaran nasional” atau “kematangan politik” atau “pendidikan patriotik” atau sebagainya. Namun sebenarnya kesemua istilah ini merujuk kepada satu maksud sahaja iaitu keyakinan kepada keberkesanan sistem yang ada dan merasakan sistem ini perlu dipertahankan. Sebabnya, teks sahaja tidak akan mampu membangkitkan sebuah bangsa. Tidak ubah seperti undang-undang kerana undang-undang tidak akan berguna jika tidak dilaksanakan oleh hakim yang adil dan bersih.

Kita pada hari ini meminjam sisetm parlimen daripada Eropah yang kini menjadi landasan kepada kerajaan kita. Kita gubal perlembagaan kita berasaskan sistem ini. Kita pernah pinda perlembagaan kita kerana mahu menurut sistem ini. Kita telah lalui pelbagai pengalaman dalam melaksanakan sistem ini. Sejauhmana sistem ini selari dengan Islam? Sejauhmana pula hasil yang kita perolehi sepanjang tempoh ini?

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: