wm.azmi

May 17, 2008

Penyakit bangsa

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 4:23 pm

Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular ke setiap sudut hayat mereka.

Dalam sudut politik bangsa ini pernah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan berpecah.

Dalam sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan dan syarikat asing menguasai sumber kekayaan mereka.

Dalam sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak Tuhan yang boleh menggugat akidah mereka danmenghancurkan nilai-nilai baik dalam diri masyarakat mereka.

Dalam sudut sosial pula, wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi daripada generasi terdahulu. Sifat terikut-ikut dengan budaya Barat juga menular dalam kehidupan harian mereka ibarat bias ular yang meracuni darah danmencemar kesucian hidup mereka.

Begitu juga dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu mengembalikan hak daripada orang zalim. Mereka mengamalkan undang-undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang telah digubal oleh Tuhan yang mencipta manusia, Raja segala-galanya dan Pemilik jiwa manusia.

Begitu juga wujud kepincangan dalam dasar pelajaran dan polisi pendidikan hingga menghalang generasi baru; bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan masa depan daripada menerima bimbingan yang betul.

Dalam sudut kejiwaan, bangsa ini ditimpa sifat-sifat lemah semangat, malas, pengecut, rendah diri, bacul, tamak dan pentingkan diri sendiri yang menyebabkan mereka tidak rela untuk berkorban. Mereka hanya berdiam diri tanpa mampu memberikan sebarang pengorbanan.

Akhirnya bangsa ini terpinggir daripada semangat kepahlawanan mereka kepada hanya mahu berseronok dan berhibur.

Apakah yang boleh diharapkan daripada sebuah bangsa yang memiliki segala faktor kelemahan ini malah mereka berada di tahap maksimum; berpuak, mengamalkan riba, dikuasi syarikat asing, anti-agama, kepincangan sistem pendidikan dan perundangan, tidak bersemangat, tamak, bacul, pengecut, kagum dengan musuh sendiri hingga bersedia mengikut apa sahaja yang dilakukan musuh terutama amalan tidak sihat.

Mana-mana satu daripada penyakit ini sudah cukup untuk membunuh sebuah bangsa. Apatah lagi jika semua penyakit ini ada pada mereka. Jika tidak kerana kekebalan, keutuhan dan kekuatan yang dimiliki oleh bangsa Timur yang diheret oleh musuh dan semenjak sekian lama cuba disuntik dengan kuman wabak hingga kuman-kuman ini membiak, jika tidak kerana kekebalan ini sudah tentu bangsa ini tidak lagi wujud. Namun Allah dan orang-orang yang beriman tidak merelakannya.

Apakah kita masih mahu berterusan bergelumang dengan penyakit-penyakit ini? Marilah kita berusaha mengubati penyakit-penyakit ini agar jiwa bangsa manusia kembali bermaruah. Marilah kita merujuk dan mengambil semua system yang telah diberikan oleh Pencipta segala-galanya yang disampaikan menerusi utusanNya, dengan kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

“Saya wariskan kepada kamu dua hal. Selama kamu berpegang teguh dengan kedua hal tersebut, maka tidak akan sesat. Kedua hal tersebut ialah Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Rasul Allah saw.”

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: