wm.azmi

June 1, 2008

Penciptaan yang menakjubkan

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 9:27 am

Pada suatu hari, saya membaca ayat al-Quran yang berbunyi;

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (al-Ghafir: 57 )

Saya tahu bahawa Allah SWT telah menciptakanmanusia dengan cara yang menakjubkan dan pelabagai sistem di dalam tubuh manusia dapat bekerja dengan begitu harmoni antara satu sama lain. Hakikatnya, tubuh manusia hanyalah satu rangkaian kecil daripada alam semesta dan pengetahuan lengkap mengenai alam semesta ini adalah di luar jangkauan kita.

Ayat al-Quran di atas bagaimanapun menyedarkan saya bahawa penciptaan langit dan bumi adalah jauh lebih hebat daripada penciptaan manusia.

Saya segera menumpukan perhatian saya lagi terhadap petanda-petanda nyata daripada Allah SWT di dalam alam semesta ini. Saya ingin menyebut beberapa petanda di dalam perbincangan ini.

Petanda-petanda ini adalah bukti kebesaran Allah SWT yang berlaku di hadapan mata kita pada setiap siang dan malam. Akan tetapi, kita melihat petanda-petanda ini dengan bersahaja dan cuai sekalipun mempunyai petunjuk dan memberikan ilham yang banyak kepada kita di dalam petanda-petanda ini.

Sebagai contoh, perhatikan terjemahan kepada firman Allah SWT dalam ayat-ayat berikut:

“(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di atas mereka (dengan tidak bertiang?) Bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang berdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti). Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai. Serta pohon-pohon kurma yang tinggi mengjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya, (semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati. Demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula). (Qaf: 6 – 11 )

Siapakah lagi yang mampu mencipta sistem sebagaimana sistem yang diciptakan Allah?

“Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi agar ia (bumi) tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan segala macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. (Luqman: 10 )

Ciptaan Allah dapat disaksikan, tiada kecacatan.

“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.” (al-Mulk: 3 – 4)

Di sana banyak tanda-tanda yang jelas bagi kita di dalam alam semesta yang luas ini.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, laludengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) –nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala macam jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (al-Baqarah: 164)

bintangwarna

Lebih jelas lagi disebut dalam surah al-An’am:

“Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk istirehat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (al-An’am: 96 – 97)

Ya, sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih rumit dan lebih menakjubkan berbanding penciptaan manusia. Allah SWT menjelaskan hakikat ini untuk menyatakan kepada kita bahawa Dia yang menciptakan alam semesta yang begitu rumit pasti mampu menghidupkan semula manusia daripada tulang belulang yang telah hancur dan serpihan daging.

“Dan mereka berkata: “Apakah apabila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?” Katakanlah: “Jadilah kamu sekalian batu atau besi, atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut fikiranmu,” Maka mereka akan bertanya: “Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?” Katakanlah: “Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama.” Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepada mereka kepadamu dan berkata, “Bilakah itu (akan terjadi)?” Katakanlah: “Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat”.” (al-Isra’: 49 – 51)

Akhirnya dalam surah al-Ahqaf Allah SWT berfirman:

“Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak berasa payah kerana menciptakannya, berkuasa menghidupkan yang mati? Ya (bahkan) sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Ahqaf: 33 )

Oleh itu, kita mengagumi penciptaan langit dan bumi dan meyakini dengan sungguh-sungguh akan kebangkitan semula manusia sekali gus kita akan dihisab pada hari pembalasan. Saya berpendapat, cara terbaik mengakhiri artikel ini ialah dengan memiti firman Allah ta’ala:

“Maka bagi Allah-lah segala puji, Tuhan langit dan Tuhan bumi, Tuhan semesta alam. Dan bagiNya lah keagungan di langit dan di bumi, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Jathiyah: 36 – 37)

Petikan daripada buku Peringatan buat Orang Berakal, Imtiaz Ahmad, terjemahan Abu Muhammad ‘Afifi, 2007

Penulis mengambil sebahagian daripada tajuk ‘Penciptaan yang menakjubkan’ dalam buku tersebut sebagai ringkasan untuk tujuan perkonsgian dalam blog ini.

5 Comments »

  1. Alhamdulillah atas artikel saudara . Di harap ramai lagi insan2 mendapat kesedaran tentang kebesaran Ilahi dan celik matahati kita dan iman kita agar taat dan tunduk seperti tunduknya matahari, bulan dan bumi pada Allah. kalau ciptaan2 yang besar2 itu tidak tunduk pada Allah walau pun sedikit pasti musnah lah kita dan kehidupan ini. tapi kita… amat menyedihkan masih tidak mampu untuk tunduk setunduk-tunduknya. kita masih lalai dan leka dalam kehidupan ini. Ampunkan lah kami Ya Allah di atas kelalaian kami ini. Ampunkan lah kami semua………Selawat dan salam atas Rasulullah SAW dan keluaraga. terima kasih atas artikel saudara.

    Comment by Yazid — July 25, 2008 @ 1:56 am | Reply

  2. Terima kasih kepada yazid kerana membaca dan memberi dorongan. perkongsian dalam blog ini bertujuan untuk peringatan bersama khasnya kepada diri saya sendiri. semoga memberi manfaat.

    Comment by wan muhamad azmi mamat — July 25, 2008 @ 9:47 am | Reply

  3. Assalamualikum. Terima kasih, uraiannya semakin mendoron saya lebih dekat kepada-Nya. Amiin

    Comment by anayrus — December 12, 2008 @ 12:29 pm | Reply

  4. SUBHANAALLAH.. MAHA SUCI TUHAN YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM. KAU AMPUNKAN DOSA AKU DAN HAMBAMU YANG LAIN, YANG TERKADANG ALPA DENGAN NIKMAT YANG KAU CURAHKAN.. KAU PERMUDAHKAN PERHITUNGAN UNTUK KAMI

    Comment by IELA FANTAGIRO — October 29, 2009 @ 5:28 pm | Reply

  5. Ya mmg hebat ciptaan ALLAH.Saya sekarang sedang membuat satu nota utk anak2 dan bakal cucu cicit saya tentang kejadian umat manusia(salasilah umat manusia) yakni daripada penciptaan Nabi Adam as.dalam research saya,saya jumpa jwp2 kepada persoalan semasa saya kecil2 dulu seperti dari mana dtgnya org kulit putih,kulit hitam,India dan China serta bangsa2 lain.Disamping itu saya juga mendapat jawapan kepada kenapa org yahudi membenci org palestine dan dari mana dtgnya kaum yahudi itu.Alhamdulilah semakin saya mencari semakin dekat saya dgn Allah.

    Comment by sribayu — June 16, 2011 @ 8:36 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a reply to Yazid Cancel reply

Blog at WordPress.com.