wm.azmi

June 4, 2008

60 tahun kegagalan hak asasi manusia

Filed under: Human Right — wan muhamad azmi mamat @ 11:51 am

Sempena pelancaran Laporan Tahunan 2008 mereka, Amnesty International (Malaysia) menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia gagal dalam melindungi aspirasi yang dinyatakan dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) memandangkan Malaysiaialah anggota kepada Jawatankuasa Hak Asasi bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).

Pencabulan hak asasi manusia, ketidakadilan dan bebas daripada hukuman (impunity) masih berleluasa di Malaysia dengan keadaan di mana kerajaan gagal untuk melindungi hak asasi rakyat.

Sungguhpun Malaysia sudah 50 tahun merdeka, Malaysia masih lagi dibelenggu dengan undang-undang kuno yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Kanun Darurat, Akta Dadah Merbahaya, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Amnesty dalam kenyataannya juga menyatakan bahawa sebenarnya Malaysia terdapat Perlembagaan yang memberikan hak sama rata termasuk hak untuk hidup, bebas daripada diskriminasi, bebas bergerak, bebas bersuara, bebas berhimpun dan berpersatuan dan bebas beragama.

Tetapi, sejak 50 tahun yang lalu, Malaysia masih lagi menahan orang ramai tanpa dibiara, dinafifkan hak untuk bersuara secara bebas, menindas para imigran, tidak bertolak-ansur dalam tuntutan gaji minima, menggagalkan sesebuah perhimpunan secara ganas, tidak membenarkan mahasiswa menyertai aktiviti-aktiviti politik, merobohkan tempat beribadat dan memindahkan orang-orang asal sewenang-wenangnya.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh badan itu pada tahun 2007, Amnesty melaporkan bahawa rakyat telah hilan keyakina terhadap kerajaan dalam menegakkan keadilan. Perhimpunan-perhimpunan massa seperti BERSIH, Hindraf, dan lainnya menerima sambutan yang begitu hebat.

Justeru, Amnesty menggesa agar Malaysia mestilah mengambil komitmen baru terhadap hak asasi manusia dan reformasi memandangkan ia sudah pun menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 50 dengan berkuatkuasanya UDHR selama 60 tahun,

Amnesty International juga mendesak agar akta-akta yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dimansuhkan serta mematuhi piawai antarabangsa dalam hak asasi manusia.

Sumber: KLpos

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: