wm.azmi

June 7, 2008

Dua jalan

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 2:43 pm

Sambungan tajuk hakikat insan

Manusia diberikan pilihan untuk memilih samada untuk beriman atau kafir kepada Allah, Tuhan Yang Maha Kaya. Allah telah memperlihatakan tanda-tanda kebesaranNya dan mengutus rasul-rasul untuk menyampaikan dakwah dan menjelaskan kea rah mentauhidkan Allah Yang Esa kepada semua manusia.

Namun rasul hanyalah pemberi peringatan, dan mereka tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa untuk beriman kepada Allah.

“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan.” (al-Ghasiyah, 88: 21)

“Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah member petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (al-Qashash, 28: 56)

Sesungguhnya hanya ada dua jalan yang Allah nyatakan sebagai pilihan kepada makhlukNya di dunia ini.

“Dan Kami telah menunjukkannya dua jalan.” (al-Balad: 10 )

Jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan

Dan dua jenis laluan tersebut Allah telah nyatakan dengan jelas dalam ayat lain seperti berikut;

“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan.” (ash-Shams: 8 )

Ya, amat jelas sekali. Tiada sebarang kekeliruan terhadapat kenyataan Allah tersebut tentang dua jalan yang menjadi pilihan bagi manusia. Manusia boleh memilih jalan fujur atau jalan taqwa. Tetapi mengapa Allah menyatakan jalan fujur terlebih dahulu sebelum jalan taqwa? Saya belum pernah menemukan jawapan kepada soalan yang saya lontarkan sendiri ini. Mungkin kerana kebanyakan manusia lebih cenderung kepada jalan fujur?

Dalam ayat seterusnya, Allah memberitahu kepada kita tentang kedua-dua jalan tersebut. Jalan taqwa adalah dengan membersihkan jiwa yang seterusnya membawa kepada kejayaan.

“Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa).” (ash-Shams: 9)

Banyak ciri-ciri golongan yang berjaya yang dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran. Antara ciri utama dan sangat penting ialah tentang solat. Solat merupakan tiang seri kepada syariat dan ibadah serta antara perkara pertama yang ditanya setelah mati.

“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman. (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” (al-mukminun: 1-2)

Banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menyucikan jiwa. Antaranya dengan menghadiri majlis ilmu, berdampingan dengan orang-orang alim, melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan, bermuhasabah dan lain-lain.

Jalan kedua ialah jalan fujur. Mereka yang mengikuti jalan ini penuh dengan aktiviti yang mengotori jiwa.

“Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” (ash-Shams: 10 )

Perbuatan mengotori jiwa mungkin tidak mampu difahami oleh orang Barat yang telah menganggap perilaku yang salah sebagai suatu norma yang diterima oleh masyarakat mereka dan dijadikan isu kebebasan peribadi untuk membuat pilihan. Mereka mahu keseronokan sementara seperti arak dan judi. Dan sekarang mereka menyedari keburukan dan penyakit sosial dan jiwa yang timbul akibat maksiat itu.

Jalan kepada mengotori jiwa adalah sangat mudah ‘diperolehi’ dan ada di mana-mana. Cukup dengan sebuah ‘kotak ajaib yang mudah dibuka tetapi sukar ditutup’. Di kaca televisyen sahaja kita dihidangkan dengan pelbagai rancangan yang melalaikan, tidak mencernakan minda serta boleh merosakkan akhlak.

Pertanggungjawaban

Namun kita perlu menyedari bahawa setiap tindakan pasti akan membawa kepada suatu kesan. Ini adalah lumrah kehidupan di dunia fana ini.

Sebagai contoh, seorang pekerja mungkin diberikan isentif jika berkhidmat dengan cemerlang. Orang yang melakukan kesalahan jenayah akan dihukum mengikut peraturan. Jika baik perbuatan kita maka ganjaran baik yang bakal diperolehi. Jika sebaliknya, maka hukuman bakal menanti.

Bagi mereka yang tidak mengimani akan hari kebangkitan, mereka mungkin tidak memikirkan kesan kepada setiap tindakan yang dilakukan, apatah lagi mengambil kira hukum halal haram. Tetapi bagi orang yang beriman, setiap perkara pasti akan diteliti tentang sumber memperolehi, cara menggunakannya dan setiap yang berkaitan dengannya.

“Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban) ?” (al-Qiyamah: 36)

Setiap perkara yang kita lakukan tidak terlepas daripada pengetahuan Allah swt yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui, Dia juga Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.” (al-Isra’: 36)

“(Yaitu) bahawa seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tidak memperoleh selain apa yang telah disuahakannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna.” (an-Najm: 38 -41)

Manusia telah sedia maklum akan destinasi akhir kehidupan manusia selepas kematiannya. Dua kawasan yang berbeza akan menjadi tempat tinggal yang kekal iaitu syurga dan neraka.

Semua manusia ingin berada di syurga yang penuh kenikmatan. Namun adakah kesungguhan cita-cita ingin berada di syurga setara dengan tindakan dan perilaku untuk meletakkan diri di sana? Setiap yang masuk syurga adalah atas rahmat Allah, namun kita perlu menunjukkan kesungguhan dalam meraih perhatian Allah agar dikurniakan rahmat tersebut.

Syurga

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (as-Sajdah: 19)

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. …” (al-Baqarah: 25)

Neraka

“Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir) maka tempat mereka adalah neraka. …” (as-Sajdah :20 )

“Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) – dan pasti kamu tidak dapat membuat(nya), peliharalah dirimuu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (al-Baqarah: 24)

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: