wm.azmi

July 31, 2008

Akademi IT Menerusi Kerjasama Dengan Microsoft

Filed under: Open Source — wan muhamad azmi mamat @ 12:26 pm

Semua IPTA Akan Mempunyai Akademi IT Menerusi Kerjasama Dengan Microsoft, Kata Khaled

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini akan mempunyai Akademi Teknologi Maklumat (IT) mulai tahun depan bagi melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing dan kompetitif dalam bidang itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata Akademi IT perlu ditubuhkan kerana ilmu asas dalam kurikulum IPTA berkenaan IT hari ini tidak mencukupi jika dibandingkan dengan perubahan IT yang terlalu mendadak dalam pasaran dunia.

Untuk itu, katanya kerajaan berharap semua IPTA dapat memberi sokongan dan komitmen dalam Program Pertauliahan Profesional (3P) agar pendedahan awal tentang Akademi IT dapat disampaikan dengan lebih tepat dan terperinci.

“Program 3P ini adalah satu inisiatif khas antara kementerian dan syarikat Microsoft Malaysia untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif dalam bidang itu,” katanya kepada pemberita selapas merasmikan Hari Kerjaya ‘Snap-A-Job 2008’ 3P di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Kumpulan Sektor Awam Microsoft Malaysia Farad Alhusaini berkata 3P merupakan proses fasa pertama dalam pembentukkan Akademi IT sebelum ia dilaksanakan secara rasmi pada tahun hadapan.

Beliau berkata projek perintis juga dilakukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Putra Malaysia sejak dua bulan lepas untuk proses penilaian dan penerapan.

“Akademi ini akan menjadikan IT sebagai salah satu subjek teras untuk setiap semester bagi pelajar peringkat diploma dan juga ijazah,” katanya.

Katanya akademi ini memberi penekanan kepada penemuan-penemuan terkini dalam IT dan menyediakan pelajar agar mereka mampu bersaing dengan setiap pembaharuan dalam bidang IT.

“Pihak Microsoft akan memberi segala maklumat terkini dalam perubahan IT dari seluruh dunia kepada universiti,” katanya.

Beliau berkata tenaga pengajar Akademi IT pula akan diberi kursus oleh pihak Microsoft dari semasa ke semasa setiap kali terdapat perubahan dalam teknologi berkaitan.

BERNAMA

Akademi IT merupakan suatu idea yang baik, namun saya kurang pasti adakah ianya sesuai dengan keperluan pasaran semasa di Malaysia. Saya mempersoalkan perkara ini kerana telah terlalu banyak kursus seperti teknologi maklumat, multimedia dan sains komputer ditawarkan oleh IPTA dan IPTS. Namun graduan yang telah menamatkan kursus tersebut tidak mendapat peluang kerjaya yang setara dengan kursus yang diambil oleh mereka kerana pasaran yang sedikit.

Namun perkara berkaitan dengan peluang dan pasaran ini wajar juga ditujukan kepada graduan bidang tersebut yang terlalu mencari peluang yang sedia ada, tetapi tidak berusaha membuka atau memperkembangkan potensi dengan menubuhkan syarikat sendiri.

Perkara kedua yang saya kurang senangi dengan berita di atas ialah kerjasama dengan syarikat Microsoft. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam urusan perniagaan, mereka yang bijak menawarkan pakej dan membida projek akan memperolehi peluang. Perkara pertama yang terlintas difikiran saya apabila menyebut Microsoft ialah tentang kos.

Apakah kerajaan berfikiran streotaip dengan menjadi pengguna setia Microsoft atau tidak mahu menyusahkan agensi kerajaan untuk melakukan kajian tentang peluang baru yang lebih efesian dan murah dalam pasaran dewasa ini? Kita mempunyai hak untuk menilai dan memilih sesuatu yang lebih baik, lebih efektif, lebih bermanfaat dan lebih menguntungkan.

Kerajaan wajar melatih tenaga akademik untuk beralih kepada perisian yang berteraskan sumber terbuka yang berkembang dengan pesat semenjak dua dekad yang lalu. Saya melihat pelajar dan mahasiswa di negara lain seperti Jepun, India dan US telah lama didedahkan dengan sumber terbuka yang bukan sahaja murah malah (kebanyakannya) percuma. Apakah kita mahu menunggu sehingga sumber ini dikomersialkan baru terhegeh-hegeh ingin mencubanya?

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: