wm.azmi

August 29, 2008

Dari sudut manakah anda melihat kemerdekaan?

Filed under: Bahasa,General — wan muhamad azmi mamat @ 10:03 am

Menurut Dewan Eja (kamus dewan atas talian), merdeka memberi maksud bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri dan tidak bergantung pada yang lain.

Manakala menurut Wikipedia pula, merdeka (independence) ialah berkaitan dengan kedaultan sesebuah bangsa dan negara dengan pemerintahan yang tiada campur tangan pihak luar.

Secara kasar kebanyakan orang menafsirkan kemerdekaan sebagai bebas daripada belenggu penjajahan yang bersifat fizikal. Penjajahan yang berbentuk fizikal yang dikenali sebagai imperialisme merupakan suatu rentetan hidup yang sangat menghinakan suatu bangsa.

(more…)

August 28, 2008

Perlukah Akta DNA di Malaysia?

Filed under: General,Human Right — wan muhamad azmi mamat @ 6:47 pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar telah membentangkan Rang Undang-Undang DNA di parlimen pada 26 Ogos 2008. Beliau menyebut tujuan rang undang-undang tersebut ialah antara lain, bertujuan untuk membolehkan penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia, mengambil dan menyimpan sampel DNA, menganalisis sampel DNA dan menggunakannya untuk tujuan kemanusiaan.

Selanjutnya beliau juga menyatakan bahawa Rang Undang-Undang DNA 2008 atau Akta Identifikasi DNA itu akan memberi kuasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya, untuk mendapatkan, memperoleh sampel-sampel DNA daripada mana-mana suspek yang mempunyai kaitan langsung dengan sesuatu kes jenayah yang disiasat selain untuk dijadikan bahan rujukan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu kes di masa akan datang.

(more…)

August 22, 2008

Syaaban kini, Ramadhan menanti

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 10:01 am

Kita telah melepasi pertengahan Syaaban, tidak lama lagi Ramadhan akan tiba. Bagi yang menyedari dan peka dengan peredaran masa pasti mempunyai pelbagai reaksi dengan kehadiran bulan puasa.

Ada segelintir yang mula mengeluh samada dengan sengaja atau bersahaja kerana perlu menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa. Ada juga sedikit golongan yang gembira dan telah bersiap untuk menghadapinya. Mungkin ramai yang tidak mengambil peduli dan hanya berjalan bersama  putaran masa, seperti tiada perkara penting dengan ketibaan bulan ini.

(more…)

August 17, 2008

First medal from Beijing

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 2:26 pm

Congratulation for Chong Wei, you bring the proud for Malaysian by winning the silver medal for men’s single. Although i’m a bit upset of the final game, when i saw you played a bit slower and lost to Lin Dan who always playing agrresively by 12-21, 8-21. But i knew that you have done a lots reaching this far on a tough journey in a big game.

Silver is more than enough, and it is a first medal at all. Congratulation Chong Wei!

August 15, 2008

Hormati ibu bapa

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 6:05 pm

Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.

Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham.

Yang lebih teruk, ada yang tidak segan silu menyaman ibu bapa mereka jika menyentuh hal peribadi mereka. Inilah kelemahan sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah mampu mendidik dan membentuk peribadi yang mulia.

(more…)

August 10, 2008

Jom jadi Jenin

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 10:56 am

jom jadi Jenin berani berimaginasi
jangan takut nak bermimpi janji ada usaha skali
bayangkan semua target bayangkan cita-cita
insyaAllah realiti, berpihak pada kita

Saya ingin menulis berkaitan perkara ini beberapa bulan yang lepas tapi telah menundanya kerana memikirkan kesesuaian muzik. Namun dari awal lagi ketika pertama kali saya mendengar lagu ini sememangnya penuh dengan mesej yang baik dalam menukar pemikiran negatif dan pasif masyarakat terutamanya kaum Melayu.

Ternyata penulis lirik lagu dalam kumpulan 5forty2 penuh dengan mesej yang baik, dengan gaya yang bersahaja menggunakan nada orang muda, bahasa pasar dan sedikit bercampur (rojak), namun ayat-ayatnya seringkali ‘direct to the point’ dalam beberapa perkara menyentuh perilaku masyarakat dan isu-isu semasa.

(more…)

August 7, 2008

Yang dirindui dan dinanti

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 8:52 pm

Sang pencinta sering merindui dan mengingati kekasihnya. Ibarat Qays yang sentiasa teringat kepada Laila sehingga sering menyebut nama Laila. Ibarat Zulaikha yang sering teringat akan ketampanan Yusof,sering berusaha untuk berada dekat dan disamping Yusof.

Bagi perantau yang berada jauh dari kampung halaman, mereka pasti merindui tempat tumpah darah. Kesenangan dan kelebihan tempat lain tidak dapat mengikis kerinduan pada desa dan negeri tercinta. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

(more…)

Create a free website or blog at WordPress.com.