wm.azmi

August 7, 2008

Yang dirindui dan dinanti

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 8:52 pm

Sang pencinta sering merindui dan mengingati kekasihnya. Ibarat Qays yang sentiasa teringat kepada Laila sehingga sering menyebut nama Laila. Ibarat Zulaikha yang sering teringat akan ketampanan Yusof,sering berusaha untuk berada dekat dan disamping Yusof.

Bagi perantau yang berada jauh dari kampung halaman, mereka pasti merindui tempat tumpah darah. Kesenangan dan kelebihan tempat lain tidak dapat mengikis kerinduan pada desa dan negeri tercinta. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Suami yang terpaksa bekerja di luar kawasan atau terlibat dengan kursus atau seminar dalam tempoh yang lama pasti merindui isteri dan anak-anak. Walaupun berjauhan dan berpisah sementara itu mampu mendidik tentang rindu dan kasih sayang, tetapi keinginan untuk sentiasa dekat itu juga kerana kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Ayah dan ibu juga sering teringat akan anak-anak mereka yang berjauhan kerana menuntut ilmu atau bekerja. Mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka berada di depan mata jika terlalu lama tiada bersama, atau paling tidak mendengar suara.

Kerinduan seperti siatuasi-siatusi yang disebutkan tadi adalah suatu perkara biasa. Namun ada satu golongan yang sering merindui dan menanti-nanti akan kehadiran dan ketibaan suatu masa. Mereka menanti-nanti suatu bulan yang bukan menjanjikan kebaikan, rahmat, keampunan serta ganjaran yang berganda.

Mereka bukan menanti hujung bulan untuk memperolehi gaji, atau musim perayaan untuk meraikan kegembiraan atau cuti umum untuk berehat. Tetapi mereka menantikan bulan yang mewajibkan diri untuk menahan fizikal dengan lapar dan dahaga serta mengawal emosi dan nafsu dengan bersabar dan bersyukur. Mereka menantikan Ramadhan yang sering mereka rindui.

RasulAllah, para sahabat dan tabien sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran. Mereka amat mengalu-alukan ketibaan Ramadhan dengan perasaan yang sangat gembira dan penuh pengharapan. Mereka tidak sabar untuk berada pada bulan yang penuh berkah ini untuk mencari keredhaan Allah.

Bagi menyambut ketibaan bulan yang mulia ini, mereka mempersiapkan diri agar bersedia untuk menghadapi dan memuliakan Ramadhan. Tidak ada bulan yang RasulAllah banyak berpuasa dalamnya melainkan pada bulan Syaaban selain Ramadhan. Ternyata tindakan RasulAllah tersebut merupakan suatu strategi yang terbaik dalam menyiapkan diri untuk memberikan fokus yang sebaiknya apabila berada pada bulan Ramadhan.

Bagaimana pula dengan aku? Apakah aku merindui dan menantikan kehadiran Ramadhan? Oh apa yang aku lakukan sebagai persiapan untuk menghadapi Ramadhan ini? Bukanlah fizikal yang menjadi sumber masalah, tetapi hati ini. Bersediakah aku menahan godaan nafsu dan mendidik diri untuk berubah? Cukupkah sekadar membaca dan mengetahui perkara-perkara haram, makruh dan yang membatalkan puasa sahaja?

Mereka yang menantikan kehadiran Ramadhan telah mempersiapkan diri untuk merebut peluang yang telah diiklan sekian lama. Keberkatan malam al-qadr yang dijanjikan ganjaran sangat lumayan, sehingga seribu bulan tempohnya. Namun bagi mereka yang ikhlas, malam tersebut bukan sebagai tujuan utama sebaliknya sebagai motivasi tambahan sebagai pemangkin untuk lebih fokus terutamanya di hujung Ramadhan.

Bagaimana pula dengan diri aku? Bisakah aku bertahan sehingga hujung Ramadhan dengan melakukan amal kebajikan? Sungguh ramai yang telah hilang fokus di saat ganjaran semakin hebat kerana tarikan dunia yang nampak lebih besar di mata, juga kerana telah menjadi sebati dengan resam masyarakat di sekelilingku.

Ramdahan juga dianggap madrasah tarbiyyah atau sekolah didikan. Padanya, bukan sahaja nafsu yang dididik dan dikawal, tetapi hampir keseluruhan cabang kehidupan. Sabar merupakan sifat utama dalam bulan Ramadhan ini sebagai agen pendidik yang mampu mendidik diri. Menginsafi akan kelebihan yang ada pada diri dan kekurangan pada mereka yang sering berlapar, maka kita diajar untuk bersyukur.

Dalam masa yang sama, kita perlu berjimat, tidak membazir dan berasa cukup dengan apa yang kita perolehi. Namun ramai juga yang masih terikut dengan kebiasaan nafsu selera makan pada bulan ramadhan untuk menikmati kepelbagaian juadah yang terhidang di depan mata. Mungkin tindakan untuk membeli juadah berbuka dari pasar ramdahan perlu dikurang bagi mengelakkan keterlaluan ketika berbelanja.

Selanjutnya, mereka yang benar-benar memahami hakikat nikmat yang dikurniakan oleh Allah adalah mencukupi dan perlu dikongsi bersama dengan orang yang memerlukan, amat mudah juga bagi mereka untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada fakir dan miskin. Pembersihan harta dapat disempurnakan dengan mengeluarkan zakat, suatu proses aturan ekonomi yang menjamin keharmonian ekonomi umat Islam jika ia dilaksanakan dengan jujur dan amanah seperti zaman khalifah Umar Abdul Aziz.

Lapar dan dahaga tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mampu memberi fokus atau menghasilakan sesuatu yang terbaik. Lihatlah sejarah ketika perang Badar yang sangat masyhur. Peperangan yang berlaku pada 17 Ramadhan merupakan kemenangan yang sangat bermakna kepada tentera muslimin dengan jumlah yang kecil iaitu 313 orang berbanding tentera kuffar sekitar 1000 orang.

Amat rugi bagi mereka yang telah melepasi Ramadhan tetapi masih sama seperti sebelumnya seolah-olah kehadiran Ramadhan tidak memberi sebarang erti dan kesan kepada diri. Namun membang kesan baik tidak akan hadir jika tidak sebarang usaha untuk merubah diri tidak dilakukan.

Oleh itu, sebelum Ramadhan menjelang tiba, amat wajar, bijak dan tidak rugi untuk mempersiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya untuk melatih diri pada bulan Ramadhan nanti. Semoga kehadiran Syawal membawa kegembiraan yang lebih beerti dengan kamanisan ibadah dan peribadi yang lebih unggul.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: