wm.azmi

August 10, 2008

Jom jadi Jenin

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 10:56 am

jom jadi Jenin berani berimaginasi
jangan takut nak bermimpi janji ada usaha skali
bayangkan semua target bayangkan cita-cita
insyaAllah realiti, berpihak pada kita

Saya ingin menulis berkaitan perkara ini beberapa bulan yang lepas tapi telah menundanya kerana memikirkan kesesuaian muzik. Namun dari awal lagi ketika pertama kali saya mendengar lagu ini sememangnya penuh dengan mesej yang baik dalam menukar pemikiran negatif dan pasif masyarakat terutamanya kaum Melayu.

Ternyata penulis lirik lagu dalam kumpulan 5forty2 penuh dengan mesej yang baik, dengan gaya yang bersahaja menggunakan nada orang muda, bahasa pasar dan sedikit bercampur (rojak), namun ayat-ayatnya seringkali ‘direct to the point’ dalam beberapa perkara menyentuh perilaku masyarakat dan isu-isu semasa.

Dalam lagu Jom Jadi Jenin, saya melihat penulis lirik lagu ini melihat dan menganalisa watak Jenin secara ‘reverse thinking’, bahkan dalam lirik lagu ini juga menyarankan agar kita berfikir secara kritis. Pada masa kecil, kita biasa membaca dan mendengar kisah Jenin yang suka berangan sehingga jatuh dari pokok kelapa. Pada masa kecil, saya memahami cerita ini dengan mesej agar jangan kuat berangan.

Lirik lagu ini memberikan mesej bahawa berangan bukan suatu perkara yang salah atau tidak betul, sebaliknya perlu disusuli dengan tindakan. Penulis lirik menambah dengan membuat andaian sekiranya angan-angan Jenin menjadi kenyataan sekiranya dia masih hidup.

Pakar motivasi sering meletakkan angan-angan sebagai suatu langkah permulaan kepada usaha-usaha selanjutnya dalam mengejar cita-cita. Angan-angan boleh disifatkan sebagai titik permulaan dalam merangka perancangan dengan berfikir. Langkah yang lebih konkrit ialah dengan merekod, mencatat atau menulis perancangan tersebut di atas kertas agar lebih nampak rangka angan-angan atau impian tersebut.

dengar cerita orang dulu jadikan renungan
pasal sorang mamat kononnya kerja asyik berangan
baik duduk tengah makan atau petik buah kelapa
tak habis-habis plan, cita-cita jadi kaya
hasil petik kelapa dia nak beli banyak ayam
biar biak jadi ladang pastu takyah jadi khadam
boleh jadi tuan, cuma urus perniagaan
perniagaan pun berkembang kaya sebagai balasan
boleh kahwin puteri boleh dapat penghormatan
itulah destinasi dia punya kejayaan
watak tu memang punya perancangan yang cemerlang
tapi aneh kenapa dia dimatikan terang-terang
mesti ada sebab untuk kita semua fikir
bukak mata bukak minda berfikiran kritis sikit
Mat Jenin mati dibunuh bukan sebab berangan
penjajah tak mau tengok orang kita kehadapan

apa dosa Jenin dimati sedemikian
kita lihat angan-angan dia lihat masa depan
dia ada impian imaginasi penuh visi
bermula dgn mimpi dia karang strategi
perancangan dah jelas, cuma tinggal usaha
Jenin dikebumikan, tak nak kita ikut dia
terkubur angan2 konon buat tauladan
hidup la org kita,takut nak berwawasan
dan terus ketinggalan,kabur penuh alasan
pelan takde rancangan cuma hanya bualan
lihat sudut positif dalam cerita jenin
impian milik kita klu kenal erti rajin
imaginasikan hala tuju biar nampak jalan
biar jelas biar nyata mana kiri mana kanan
mesti ada sasaran baru kita boleh maju
kemana hendak pergi tu perlu kita tahu
kalau takda matlamat, kalau takda wawasan
itu aku bagi korang sendiri la bayangkan


jom jadi Jenin berani berimaginasi
jangan takut nak bermimpi janji ada usaha skali
bayangkan semua target bayangkan cita-cita
insyaAllah realiti, berpihak pada kita


kalau takda angan mana wujud perancangan
hanya perancangan menjayakan kenyataan
lihatlah yang berjaya diorang semua punya mimpi
mimpi bakar semangat azimat dalam diri

cuba kita bayangkan kalau Jenin terus hidup
bayangkan kalau semua perancangan dia ikut
insyaAllah berjaya capai semua yang dia cita

kan lebih baik dari…tak rancang apa-apa
renung balik hidup, cuba tanya balik diri
kejayaan hari ni, mesti dulu pernah impi

Oleh itu, jangan berasa rugi dengan berangan, tetapi awas jangan terlalu kuat berangan tanpa melakukan sebarang tindakan yang konkrit. Mesej yang lebih besar yang saya nampak dalam lagu ini ialah mengajak kita berfikir secara terbalik (yang positif) dan tidak mengikut arus (yang negatif).

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: