wm.azmi

August 22, 2008

Syaaban kini, Ramadhan menanti

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 10:01 am

Kita telah melepasi pertengahan Syaaban, tidak lama lagi Ramadhan akan tiba. Bagi yang menyedari dan peka dengan peredaran masa pasti mempunyai pelbagai reaksi dengan kehadiran bulan puasa.

Ada segelintir yang mula mengeluh samada dengan sengaja atau bersahaja kerana perlu menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa. Ada juga sedikit golongan yang gembira dan telah bersiap untuk menghadapinya. Mungkin ramai yang tidak mengambil peduli dan hanya berjalan bersama  putaran masa, seperti tiada perkara penting dengan ketibaan bulan ini.

Seorang pelajar pasti akan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Persiapan tersebut samada dalam bentuk ulangkaji, latih tubi atau berbincang bersama guru, pensyarah atau rakan-rakan. Di samping itu, perkara-perkara yang tidak bermanfaat atau kurang penting ditinggalkan agar masa untuk ulangkaji dapat digunakan dengan lebih banyak.

Penghujung bulan ini, rakyat Malaysia akan meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke-51. Pihak berwajib telah membuat persiapan untuk meraikan hari bersejarah ini. Persiapan tersebut samada dengan kempen mengibarkan bendera atau program-program sosial yang berbentuk patriotik. Persiapan untuk menyambut satu hari tersebut dilakukan lebih awal malah diraikan dalam tempoh yang lama.

Saya sengaja memberikan dua contoh di atas dalam konteks membuat persiapan bagi menghadapi sesuatu. Namun kita sering tidak mengambil peduli dengan kehadiran bulan Ramadhan yang dijanjikan dengan keberkatan.

Bahkan, jika kita koreksi kelakukan kita seharian, kita juga sering tidak membuat persiapan yang rapi ketika pergi membuat laporan kepada yang Esa. Kita tidak mengambil berat akan waktu solat, pakaian ketika solat hatta ketika berwudhu. Padahal kita sering mengenakan pakaian yang cantik, kemas dan terbaik apabila ingin berjumpa orang kenamaan di sekeliling kita.

Sikap yang merugikan ini sering kita lakukan sedangkan kita telah mengetahui akan kebaikan dan kelebihan pada amalan ibadah terutamanya solat dan puasa. Maka kita wajar menukar kebiasaan yang merugikan ini dengan melatih diri untuk bersikap lebih peka dan peduli serta melakukan setiap perkara dengan penuh kesungguhan dan memberi fokus yang terbaik.

Selain membuat persediaan dan persiapan untuk menghadapi Ramadhan dengan amalan dan aktiviti yang akan memberi kekuatan rohani kepada kita, amat wajar juga kita membiasakan diri dengan menjauhkan kebiasaan yang tidak bermanfaat.

Sebelum Ramadhan tiba, sebagai contoh kita mungkin boleh mengurangkan berbelanja dalam perkara yang tidak perlu . Tidaklah kita terikut-ikut dengan kehendak nafsu ketika membeli juadah berbuka nanti.  Selain itu, mungkin juga wajar kita mengurangkan masa menonton televisyen yang kebanyakan programnya berunsur hiburan yang tidak memberi manfaat. Contoh ini hanyalah kecil dan tidak nampak siginifikannya, namun jika anda cuba untuk tidak menonton televisyen selama seminggu, pasti anda akan merasakan kelainan (yang positif). Sebaliknya gunakan masa tersebut dengan membaca bahan-bahan yang lebih bermanfaat seperi berita semasa umat islam, kisah sahabat, buku-buku ilmiah atau tilawah Quran.

Bagi yang merokok, bulan puasa adalah masa terbaik untuk melatih diri untuk mula berhenti merokok. Oleh itu, sebelum Ramadhan tiba, latih diri untuk tidak membeli rokok dan kurangkan kekerapan merokok. Sememangnya sukar untuk berhenti secara mengejut, namun jika tiada usaha ke arah menghentikannya, cita-cita untuk berhenti hanyalah retorik.

Dalam setiap perkara yang kita lakukan, semua berbalik dan bergantung kepada diri kita untuk membuat keputusan dan melaksanakannya. Perbuatan kita mungkin memberi kesan kepada orang lain disekeliling kita, namun kesan tersebut lebih besar kepada diri sendiri. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dalam mempersiapakan diri menghadapi Ramadahn, semoga peruabahan yang positif terhasil dengan usaha yang berterusan ini.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: