wm.azmi

September 1, 2008

Awas wahai orang yang berpuasa

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 9:05 am

Puasa = lapar ?

“Ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga.” (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah)

Bagi mengelakkan diri kita menjadi orang yang rugi seperti yang dinyatakan dalam hadith di atas, maka eloklah kita meneliti beberpa perkara di bawah.

Rahsia dan syarat puasa batin

Pertama

Memejamkan mata dan menahan pandangan daripada segala macam sesuatu yang tercela dan dibenci atau kepada sesuatu yang menyebabkan kelalaian hati serta melupakannya dari berzikir atau ingat kepada Allah Taala.

Kedua

Menjaga lidah daripada perkara yang tidak bermanfaat, berdusta, mengumpat, mengadu domba, perkataan kotor, caci maki, permusuhan dan riak (menunjuk-nunjuk kebaikan).

Ketiga

Menahan pendengaran daripada mendengar segala yang dibenci, kerana segala yang haram diucapkan, maka haram didengar. Oleh sebab itu Allah Taala menyamakan antara mendengar yang sedemikian itu dengan makan sesuatu yang haram, seabagaimana frimanNya;

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram.” (Al-Maidah: 42)

Keempat

Menahan anggota badan yang lain-lain daripada segala perbuatan dosa, baik tangan atau kaki dan daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada hal-hal yang syubhat (samara-samar, tidak jelas haram atau halalnya) di waktu berbuka, sebab tidak ada gunanya berpuasa yang cuma menahan kemasukan makanan yang halal tetapi sewaktu berbuka memasukkan makanan yang haram atau yang diperolehi dengan jalan yang haram. Perumpaan orang yang berpuasa sebegini adalah sama dengan orang yang membangunkan sebuah istana yang indah dan besar, tetapi ia juga menghancurkan kota.

Oleh sebab itu RasulAllah SAW pernah bersabda;

“Ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga.” (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah)

Ada ulama yang berpendapat bahawa orang yang bernasib sedemikian ini ialah orang yang berbuka dengan makanan yang haram. Ada pula yang mengatakan bahawa orang itu ialah yang menahan diri dari makanan yang halal, lalu berbuka dengan makan daging manusia sebab ia mengumpat orang dan ini adalah diharamkan. Tetapi ada pula yang berpendapat bahawa maksudnya itu ialah orang yang tidak menjaga anggota-anggota tubuhnya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang berdosa.

Kelima

Janganlah terlampau banyak makan di waktu sesudah berbuka, sekalipun makanan itu halal dan diperolehi dengan jalan yang halal, sehingga padat perut. Sesungguhnya tiada ada suatu bekas yang paling dibenci oleh Allah Taala selain daripada perut yang penuh berisi makanan sekalipun halal.

Cubalah renungkan, apakah manfaat yang dapat diambil oleh seseorang yang berpuasa, padahal puasa adalah benteng daripada musuh Allah Taala dan juga untuk mematahkan syahwat, sekiranya orang tadi tiba-tiba sahaja seolah-olah menggantikan apa-apa yang tidak dapat diambil di wakttu siangnya. Apa gunanya puasa kalau di waktu berbuka, ia melakukan sedemikian.

Bahkan kadang-kadang ditambah pula dengan berbagai macam makanan, dan yang tidak pernah dimakan. Sehingga telah menjadi suatu adat-istiadat yang buruk iaitu bahawa seseorang itu suka menghidangkan makanan yang beraneka ragam untuk persediaan bulan Ramadhan. Maka untuk sebulan puasa itu dimakannya makanan-makanan yang tidak dimakannya dalam bulan-bulan yang lain.

Dari itu jelaslah bahawa maksud puasa itu ialah pengosongan perut, mematahkan syahwat agar jiwa itu lebih bertakwa daripada yang sedia ada.

Oleh sebab itu kalau perut itu hanya ditahan diwaktu siang hari kemudian dilampiaskan nafsu makannya itu pada malam hari, sehingga syahwatnya melonjak sekuat-kuatnya, keinginan menyala-nyala sehebat-hebatnya, malahan tidak dapat diam kalau hanya dibiarkan menurut kebiasaannya, jikalau demikian halnya berpuasa, maka roh dan rahsia puasa adalah bertentangan dengan dari apa yang dikehendaki.

Dengan cara seperti ini, bukannya puasa menahan nafsu dan syahwat bahkan memberi kekuatan tambahan kepada syahwat, melipatgandakan keinginan yang semuanya itu tentuah tidak akan disia-siakan oleh syaitan. Ini akan digunakannya sebagai jalan untuk mengembalikan orang itu kepada keburukan dan kejahatan.

Oleh yang demikian, untuk melemahkan syaitan, hendaklah makanan dikurangkan, sebab barangsiapa yang antara mata hati dan dadanya itu dijadikan sebagai tempat yang dipenuhi makanan, maka jelaslah bahawa ia tertutup daripada alam malakut.

Keenam

Hendaklah setelah berbuka, hatinya masih berharap yakni antara ketakutan kepada Allah Taala dan harapan penuh agar diterima amalan yang dilakukan seharian. Sebabnya ialah kerana ia sendiri tidak dapat mengetahui apakah diterima puasanya itu dan kalau demikian, tentulah ia tergolong dikalangan orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah Taala, atau apakah ditolak dan kalau demikian tentulah ia tergolong dikalangan orang-orang yang terkutuk dan dibenci. Hendaklah perasaan sedemikian itu tetap ada pada setiap orang apabila selesai melakukan ibadah.

Rujukan: Bimbingan Mukmin (ringkasan Ihya’ Ulumuddin, karangan Imam al-Ghazali) oleh al-Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasqi, diterjemah oleh H. Moh Abdai Rathomy, Jilid 1

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: