wm.azmi

September 25, 2008

Bahasa Ramadhan yang tercemar

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 4:20 am

Bulan puasa adalah istilah yang tidak tepat jika digunakan untuk menyatakan berkaitan bulan Ramadhan. Kerana ibadah puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadhan, tetapi boleh juga dilakukan pada masa-masa yang lain sebagai puasa sunat atau puasa nazar.

Namun ibadah puasa pada bulan Ramadhan merupakan suatu ibadah fardhu yang wajib dilakukan secara berterusan selama sebulan. Bulan Ramadhan bukan sahaja medan untuk menahan diri daripada makan dan minum, tetapi lebih kepada mendidik diri dalam pelbagai aspek kehidupan.

Bulan puasa merupakan suatu tempoh pengembaraan jiwa dengan memperbanyakkan ibadah seperti solat tarawikh, tilawah quran, zikir, bersedekah dan menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa. Bulan puasa juga merupakan suatu tempoh mengasah akhlak mulia dengan memperbanyakan bersabar, mengawal tutur kata, simpati dan saling membantu.

Dalam tempoh ini juga kita berpeluang untuk meningkatkan kefahaman dan ilmu dengan budaya saling memberi nasihat, tazkirah, bertadarus dan menghadiri kuliah. Latihan itensif selama sebulan ini merupakan tempoh yang sewajarnya memberi kesan kepada diri kita sekiranya kita melaluinya dengan program dan aktiviti yang baik ke arah perubahan yang positif.

Namun adakah bahasa Ramadhan yang kita lalui dipenuhi dengan program dan aktiviti seperti di atas?

Realitinya, masyarakat kita pada hari ini telah dicemari dengan pelbagai program dan aktiviti yang tidak melambangkan kepada penghayatan Ramadhan. Maka bahasa Ramadhan yang asal telah tenggelam dek pelbagai aktiviti tersebut yang telah sebati dengan masyarakat kita.

Antaranya, bermula bulan Ramadhan, pasti akan muncul jualan-jualan murah dan promosi-promosi yang menarik untuk masyarakat membeli-belah. Perkara ini bukan menjadi suatu kesalahan, tetapi ia dipromosi dengan sangat hebat dan secara meluas sehingga menenggelamkan aktiviti-aktiviti kerohanian dan kebajikan.

Bermula pada bulan Ramadhan juga, kita akan mula dihiasi dengan bunyi mercun yang kita tidak pernah ketahui asal usul tujuannya. Apa yang saya tahu, mercun dimainkan sempena tahun baru Cina kerana mengikut kepercayaan masyarakat Cina, bunyi mercun akan menghalau semangat jahat. Mungkin masyarakat Melayu kita telah dipengaruhi unsur tersebut?

Selain itu, tradisi menyalakan pelita juga dihidupkan terutamanya menjelang penghujung Ramadhan. Perkara ini juga tidak diketahui tujuan dan keperluannya, selain menerangkan halaman rumah terutama bagi rumah-rumah kampung. Namun sekiranya perkara ini dilakukan kerana meniru amalan masyarakat India yang menyalakan lilin sempena perayaan Deepavali, maka ia boleh menjejaskan akidah.

Pada bulan Ramadhan, al-Quran diturunkan sepertimana dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 185. Ia memberi pengajaran kepada kita agar kita kembali meneliti sumber petunjuk tersebut. Namun keharmonian bahasa Ramadhan yang sewajarnya diserikan dengan alunan Quran dan zikir pada kebanyakan masa semakin terhakis dengan irama lagu raya yang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Perkara ini tidak menjadi perhatian yang penting bagi kebanyakan masyarakat kita terutamanya menjelang penghujung Ramadhan.

RasulAllah dan para sahabat semakin bertungkus lumus menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan, sebaliknya kita semakin jauh dan mengurangkan amalan pada tempoh tersebut. Kebiasaaan seperti ini wajar kita ubah dalam masyarakat kita bagi merebut kebaikan dan memahami tuntutan sebenar kehadiran Ramadhan.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: