wm.azmi

October 8, 2008

Mane ade ‘semulajadi’ !

Filed under: Bahasa — wan muhamad azmi mamat @ 5:07 am

Ketika berada di Newcastle, saya jarang menonton televisyen. Televisyen yag ditinggalkan oleh penyewa sebelumnya disorok kerana saya tidak mahu membayar lesen televisyen yang sangat mahal iaitu lebih daipada 100 pound setahun. Lagipun supervisor saya ada berpesan agar jangan menonton televisyen kerana ia merupakan ‘dajal’ yang besar.

Setelah berpindah ke Kuantan, saya membawa televisyen kepunyaan abag ipar yang tidak digunakan lagi. Disebabkan banyak rancangan menarik sepanjang bula Ramadhan dan Syawal, banyak pula masa dihabiskan dihadapan televisyen.

Tenyata masih banyak rancangan yang tidak menyenangkan pemandangan saya. Rancangan hiburan terlalu banyak. Rancangan berbentuk ilmiah diselitkan sebagai program tambahan dan ditayangkanbukan pada waktu puncak.

Namun banyak juga program menarik dan bermanfaat terutama melalui saluran tv9. Namun saya tidak berminta untuk membincangkan program atau rancangan televisyen pada kali ini. Tetapi ingin menyentuh aspek bahasa yang saya sedar melalui beberapa siri iklan yang disiarkan melalui televisyen.

Banyak iklan yang menggunakan perkataan ‘semulajadi’ seperti dalam iklan syampu dan beberapa iklan lain (maaf saya kurang ingat). Apa masalahnya mengunakan perkataan tersebut?

Perkataan tersebut merupakan perkataan yang biasa kita dengar, dan kerana sudah biasa mendengar dan menggunakannya, maka ramai di kalangan kita yang tidak menyedari akan kesalahan pada perkataan tersebut.

Perkataan ‘semulajadi’ amat sinonim dengan ‘alam semulajadi’. Ianya memberi maksud bahawa alam ini terjadi atau wujud sejak sedia ada atau wujud dengan sendirinya. Dalam erti kata lain ia merujuk kepada penciptaan alam ini tiada kaitan denga kekuasaan Tuhan.

Bagi penganut Islam, kita wajib dan mesti mempercayai bahawa setiap sesuatu atau kejadian adalah di atas aturan dan kehendak Allah SWT. Dialah yang mengatur segala-galanya.

Oleh itu alam ini adalah ciptaan Allah, bukan terjadi dengan sendirinya. Perkataan atau bahasa yang lebih sesuai dan tepat digunakan ialah alam ciptaan Tuhan.

Walaupun perkara ini nampak remeh dan kecil, namun sekiranya kita tidak berhati-hati ia boleh meroskakkan akidah kita terhadap kekuasaan Allah Yang Maha Mencipta.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: