wm.azmi

October 14, 2008

Ta-Qaf-Wau-Ya

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 4:22 am

Pagi semalam saya kebetulan menonton rancangan Muqadimah di tv9 yang dikelolakan oleh ustaz Badli Shah Alaudin. Memandangkan tajuk yang beliau bincangkan amat menarik, saya ingin berkongsi di alam maya ini.

Tajuk yang dibincangkan ialah berkenaan denga TAQWA. Perkara ini seringkali kita dengar melalui kuliah atau ceramah yang dihadiri. Terdapat beberapa definasi dan analogi yang diberikan oleh para sahabat dan salafus shaleh berkenaan dengan taqwa.

Pernah suatu ketika saidina Umar bertanta kepada seorang sahabat yang lain (maaf, lupa namanya) berkenaan taqwa. Lalu sahabat tersebut bertanya kembali kembali kepada saidina Umar.

“Apakah yang kamu lakukan jika kamu melalui padang yang dipenuhi dengan duri?”.

Umar menjawab, “Aku akan berhati-hati agar tidak terkena duri tersebut”.

Sahabat tersebut menambah, “Itulah taqwa”.

Ustaz Badli Shah memetik pandangan yang dibawakan oleh Imam al-Kushairi berkenaan dengan ciri-ciri atau sikap yang mesti ada sebagai identiti bagi orang yang bertaqwa. Menurut Iman al-Kusahiri orang yang bertaqwa perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat sifat. Empat sifat tersebut disimpulakan daripada perkataan taqwa itu sendiri.

Pertama ialah TAWADHU’ yang dimabil daripada huruf Ta. Ustaz memberikan beberapa contoh orang yang bersikap tawadhu dengan tidak menyombong diri dan tidak takabur. Luqman juga pernah berpesan kepada anaknya yang dirakamkan dalam al-Quran agar tidak memalingkan muka terhdap manusia dan jangan berjalan dengan sombong di atas muka bumi.

Yang kedua ialah sikap QANAAH. Qanaah bermaksud berasa cukup dengan setiap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Selain itu orang yang bertaqwa juga pasti akan sentiasa bersyukur dengan nikmat tersebut. Sikap tamak dan kufur nikmat adalah sikap yang berlawanan dengan sifat qanaah da bersyukur.

Sifat yang ketiga ialah WARA’. Daripada pengalaman dan pemerhatian periadi saya, ramai di kalangan masyarakat kita memahami sikap wara’ sebagai seorang yang alim dan kuat beribadah. Ustaz BadliShah memberikan penjelasan yang lebih mudah dan meluas berkenaan sifat wara’ iaitu sentiasa waspada atau berhati-hati. Orang yang wara’ bukan sahaja sentiasa menjaga diri dengan melakukan perkara-perkara yang wajib bahkan sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada perkara yang haram dan makruh.

Sifat yang keempat ialah YAKIN. Yakin di sini bermaksud kita perlu sentiasa yakin dengan peraturan yang Allah tetapkan tanpa keraguan walaupun sedikit.

Harap memberi teguran jika terdapat kesilapan.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: