wm.azmi

October 29, 2008

RM 5 Billion duit KWSP untuk Value Cap?

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 3:43 am

Krisis kewangan global yang meruncing bermula kira-kira awal bulan September lepas. Berita mengenai bankrupsi syarikat saham terbesar di US, Lehman Brothers sangat mengejutkan ramai pihak terutamanya Barat.

Pakej menyelemat bursa Wall Street dengan menyuntik dana yang berjumlah beratus billion ke dalam aliran saham di sana nampaknya tidak mampu meyakinkan para pelabur untuk melabur di sana. Sebaliknya kesan tersebut terus merebak ke Eropah yang menjejaskan beberapa lagi syarikat gergasi di sana.

Jepun turut mengambil langkah proaktif dengan menyuntik dana kepada syarikat-syarikat yang kelihatan terjejas dengan krisis ekonomi global ini. Namun siapa menyangka di sebalik kejatuhan matawang Dollar US dan Pound Sterling, nilai matawang Jepun Yen meningkat dengan agak tinggi.


Krisis ekonomi global ini adalah petanda kejatuhan empayar kapitalis yang sering berbangga dan berlagak dengan kemewahan dan kekeyaan yang dicipta sebelum ini. Apabila nilai aset khayalan yang sebenarnya merupakan hutang yang digunakan oleh pengguna kad kredit dan peminjam tidak membawa pulangan, maka kesannya amat teruk hingga membawa bankrupsi.

Dalam kegawatan dan ketidakstabilan ekonomi semasa dunia, Malaysia dilihat seperti tidak bersungguh-sunggu merangka pelan sebagai persediaan menghadapi krisis ini. Adalah suatu yang tidak proaktif apabila orang besar daripada PNB yang menyatakan bahawa Malaysia masih kukuh dan tidak terjejas dengan krisis ekonomi ini. Lebih memeranjatkan apabila beliau menyebutkan denga nada selamba, ” Kita tunggu dan lihat”.

Menteri Kewangan dan pakar-pakar ekonomi yang muncul di kaca televisyen sering menebutka bahawa Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yag kukuh termasuk ketika menghadapi krisis ini. Saya tidak mempunyai pengetahuan yang baik dan bukan pakar dalam urusan ekonomi, tetapi keadaan saya hanya melihat kepada perbelanjaan dan nilai barang dan perkhidmatan semasa sebagai pengukur kepada kekuatan dan taraf hidup serta inflasi di Malaysia.

Apakah kenyataan daripada menteri mahupun pakar ekonomi bertujuan menyakinkan pelabur? Atau kenyataan tersebut hanya sebagai pemanis mulut untuk mengelirukan rakyat tentang keadaan semasa ekonomi di negara kita.

Krisis ekonomi global ini ternyata telah memberi kesan kepada negara kita apabila kerajaa telah menggunakan sebanyak RM 5 Billion untuk menyelamatkan syarikat Value Cap. Usaha menyelamat syarikat tersebut dikatakan bagi menyeimbangkan nilai pasaran saham yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Apakah menteri dan pakar ekonomi masih mahu menafikan akan kesan krisis ekonomi turut melanda negara kita? Apakah mereka masih mahu mengatakan bahawa kita hanya perlu tunggu da lihat?

Apa yang menedihkan ialah, duit RM 5 Billion tersebut diambil daripada KWSP yang merupakan simpanan rakyat. Walaupun duit tersebut diuruskan oleh kerjaan melaui KWSP, namun kerajaan tidak wajar menggunakan duit tersebut untuk sebarang tujuan yang tidak membawa kepada keuntungan kepada rakyat. Duit tersebut sewajar digunakan untuk pelaburan yang membolehkan aktiviti ekonomi domestik dirancakkan.

Kerajaan wajar menyediakan pelan bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan supaya tidak terngadah bila terkena nanti.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: