wm.azmi

November 26, 2008

Kun Fayakun

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 6:46 pm

“Bagaimana udara boleh masuk ke dalam paru-paru adik saya?”

“Ia boleh berlaku dalam dua keadaan, disebabkan sesuatu kejadian seperti jatuh dan secara spontan” Jawab pelajarĀ  perubatan yang memeriksa adik saya yang berada di atas katil.

Adik saya masuk ke hospital kuala lumpur pada malam selepas saya selesai terlibat dengan seminar NSF di UPM minggu lepas. Ayah menelefonku pada malam itu memberitahu tentang perihal adikku yang sakit dada. Pagi keesokkannya aku pergi ke HKL untuk melihatnya setelah mengemas semua barang-barang yang baru sampai di rumah kawan di kajang.

Saya agak kaget kerana Dr pelatih tersebut menyatakan ia boleh berlaku secara spontan. Katanya kes tersebut banyak terjadi kepada lelaki muda yang kurus dan tinggi. Apabila dia menggunakan perkataan spontan, maka saya tidak banyak bertanya, kerana memang tiada jawapan yang boleh diberikan olehnya.

Apa yang tidak pernah terlintas dan dijangka tiba-tiba terjadi, inilah dikatakan takdir. Apa sahaja yang Allah mahu jadikan, maka tiada apa yang dapat menghalang. Kun Fayakun. Semoga Allah memberi kekuatan untuk mengharungi situasi ini kepada adikku serta memberikan kesihatan yang lebih baik selepas ini.

Filem di bawah ini mengisahkan tentang keyakinan kita dalam mengharungi kehidupan seharian, dalam keadaan sedar atau tidak, kita sering mengabaikan dan terlalai terhadap keyakinan kepada kekuasaan yang Maha Berkuasa. Filem yang mengesankan ini wajar menjadikan air mata minitis sebagai pembersihan jiwa yang sering lalai.

November 12, 2008

Budaya atau gejala ?

Filed under: Bahasa — wan muhamad azmi mamat @ 10:38 am

Pada suatu hari saya mendengar suatu diskusi di radio IKIM.fm antara DJ radio dengan tetamunya yang merupakan salah seorang felo di IKIM. Tajuk yang dibincangkan amat menarik dan merupakan tempias daripada situasi semasa iaitu mesyuarat UMNO bahagian. Tajuk yang dinyatakan oleh DJ dan felo tersebut ialah ‘budaya politik wang’.

Mendengar sahaja tajuk berkenaan, saya terus melatah kerana tidak bersetuju dengan perkataan yang digunakan bagi membincangkan permasalahan yang melanda parti politik tersebut. Namun oleh kerana tajuknya amat menarik, saya meneruskan untuk mendengar dengan lebih lanjut.

(more…)

November 6, 2008

Pelaksanaan OSS Bantu Kerajaan Jimat RM32 Juta

Filed under: Open Source — wan muhamad azmi mamat @ 9:18 am

PUTRAJAYA, 5 Nov (Bernama) — Pelaksanaan inisiatif perisian sumber terbuka (OSS) oleh agensi dan jabatan kerajaan membolehkan kerajaan menjimatkan RM32 juta, termasuk penjimatan sebanyak RM10 juta dalam projek perintis dan pelaksanaan OSS di 15 agensi sejak 2004.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata penjimatan itu turut merangkumi RM22 juta yang meliputi penggunaan perisian “OPenOffice” ke atas 10,682 komputer dan pengunaan 174 produk Open Source Competency Center (OSCC).

Katanya peningkatan penggunaan OSS mampu meningkatkan perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT), sekaligus membangunkan industri ICT tempatan secara keseluruhan.

“Peningkatan ini mampu menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta membantu melonjakkan negara ke status negara maju dengan lebih cepat.

“Penggunaan OSS juga merupakan penyelesaian alternatif yang lebih kompetitif, saling beroperasi dan menjimatkan perbelanjaan pelaksanaan ICT,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2008 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Normah Md Yusof.

Mohd Sidek berkata adalah amat penting untuk jabatan dan agensi kerajaan mencari jalan untuk melakukan penjimatan dalam apa jua perbelanjaan, selaras dengan kedudukan ekonomi global yang kurang mantap pada ketika ini.

Beliau berkata penggunaan OSS tidak hanya terhad kepada jabatan dan agensi kerajaan, bahkan ia turut mampu meningkatkan perkhidmatan ICT institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA & IPTS) menerusi kolaborasi bersama sektor awam dan swasta.

BERNAMA

November 5, 2008

Egyptian life: On TV, in a veil

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 8:51 am

When I covered my hair, I didn’t lose my ability to read the news

Egyptian television presenter Ghada El Tawil was allowed back on air last week after a six-year absence, in which she won the legal right to wear an Islamic headscarf, known as hijab, on screen. She tells BBC News about her fight.

“I have waited six years for this moment – to present television wearing my hijab.”

Read more here.

November 4, 2008

Cas dikenakan biar bertepatan

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 11:17 am

Semalam Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar menyatakan bahawa kerajaan akan mengumumkan kadar tambang yang baru bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia awal tahun depan. Beliau menyatakan bahawa kadar kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan berikut peningkatan kos penyelenggaraan yang meningkat, namun menegaskan bahawa kadar baru yang akan diumumkan adalah berpatutan dan tidak membebankan.

Kadar tambang bas semasa dinaikkan lagi dengan dikenakan surcaj 30% sebelum menjelas musim perayaan aidilfitri bulan lepas. Peningkatan tersebut mungkin kerana faktor semasa ketika itu iaitu peningkatan harga bahan bakar dunia yang mencecah USD 135 setong. Namun kadar baru yang akan diumumkan pada tahun depan dikatakan tiada kaitan dengan kenaikan atau penurunan harga minyak dunia.

(more…)

Create a free website or blog at WordPress.com.