wm.azmi

November 4, 2008

Cas dikenakan biar bertepatan

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 11:17 am

Semalam Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar menyatakan bahawa kerajaan akan mengumumkan kadar tambang yang baru bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia awal tahun depan. Beliau menyatakan bahawa kadar kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan berikut peningkatan kos penyelenggaraan yang meningkat, namun menegaskan bahawa kadar baru yang akan diumumkan adalah berpatutan dan tidak membebankan.

Kadar tambang bas semasa dinaikkan lagi dengan dikenakan surcaj 30% sebelum menjelas musim perayaan aidilfitri bulan lepas. Peningkatan tersebut mungkin kerana faktor semasa ketika itu iaitu peningkatan harga bahan bakar dunia yang mencecah USD 135 setong. Namun kadar baru yang akan diumumkan pada tahun depan dikatakan tiada kaitan dengan kenaikan atau penurunan harga minyak dunia.

Kali terakhir tambang bas dinaikkan ialah pada tahun 2005. Sememangnya kadar penyelenggaraan pasti akan meningkat. Namun saya amat kesal kerana ketika kadar tambang perkhidmatan awam terus meningkat, tahap keselesaan, kecekapan dan kualiti perkhidmatan masih kurang tidak memuaskan.

Rangkaian perkhidmatan awam di bandar-bandar besar mungkin lebih sistematik, dinamik dan praktikal bagi pergerakan penduduk bandar. Namun taburan dan agihan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar kecil atau pinggir bandar amat sedikit. Bahkan kekerapan laluan bas juga amat sedikit.

Bagi perjalanan jarak jauh, kekerapan perkhidmatan keretapi yang lebih murah sangat kecil sekitar 2 atau 3 kali sehari, sedangkan ramai pengguna yang mahukan perkhidmatan keretapi ditingkatkan. Bas ekspress dengan 4 tempat duduk masih banyak digunakan bagi perjalanan yang melebihi 5 jam. Ia kurang selesa, sempt serta meletihkan dan wajar menggunakan bas dengan 3 tempat duduk.

Rakyat perlu sedar bahawa apa jua cas perkhidmatan pasti akan meningkat dengan peredaran masa. Namun pengusaha perlu berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bertepatan dan sesuai dengan nilai cas yang dikenakan, bukan semata-mata memberi sebab kepada keadaan semasa tanpa sebarang perubahan positif.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: