wm.azmi

November 6, 2008

Pelaksanaan OSS Bantu Kerajaan Jimat RM32 Juta

Filed under: Open Source — wan muhamad azmi mamat @ 9:18 am

PUTRAJAYA, 5 Nov (Bernama) — Pelaksanaan inisiatif perisian sumber terbuka (OSS) oleh agensi dan jabatan kerajaan membolehkan kerajaan menjimatkan RM32 juta, termasuk penjimatan sebanyak RM10 juta dalam projek perintis dan pelaksanaan OSS di 15 agensi sejak 2004.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata penjimatan itu turut merangkumi RM22 juta yang meliputi penggunaan perisian “OPenOffice” ke atas 10,682 komputer dan pengunaan 174 produk Open Source Competency Center (OSCC).

Katanya peningkatan penggunaan OSS mampu meningkatkan perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT), sekaligus membangunkan industri ICT tempatan secara keseluruhan.

“Peningkatan ini mampu menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta membantu melonjakkan negara ke status negara maju dengan lebih cepat.

“Penggunaan OSS juga merupakan penyelesaian alternatif yang lebih kompetitif, saling beroperasi dan menjimatkan perbelanjaan pelaksanaan ICT,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2008 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Normah Md Yusof.

Mohd Sidek berkata adalah amat penting untuk jabatan dan agensi kerajaan mencari jalan untuk melakukan penjimatan dalam apa jua perbelanjaan, selaras dengan kedudukan ekonomi global yang kurang mantap pada ketika ini.

Beliau berkata penggunaan OSS tidak hanya terhad kepada jabatan dan agensi kerajaan, bahkan ia turut mampu meningkatkan perkhidmatan ICT institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA & IPTS) menerusi kolaborasi bersama sektor awam dan swasta.

BERNAMA

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: