wm.azmi

November 12, 2008

Budaya atau gejala ?

Filed under: Bahasa — wan muhamad azmi mamat @ 10:38 am

Pada suatu hari saya mendengar suatu diskusi di radio IKIM.fm antara DJ radio dengan tetamunya yang merupakan salah seorang felo di IKIM. Tajuk yang dibincangkan amat menarik dan merupakan tempias daripada situasi semasa iaitu mesyuarat UMNO bahagian. Tajuk yang dinyatakan oleh DJ dan felo tersebut ialah ‘budaya politik wang’.

Mendengar sahaja tajuk berkenaan, saya terus melatah kerana tidak bersetuju dengan perkataan yang digunakan bagi membincangkan permasalahan yang melanda parti politik tersebut. Namun oleh kerana tajuknya amat menarik, saya meneruskan untuk mendengar dengan lebih lanjut.

Perkataan budaya kurang sesuai malah tidak kena jika diletakkan kepada perkara yang negatif. Perkataan budaya wajar digunakan untuk sesuatu yang positif. Menurut kamus dewan, budaya merujuk kepada keadaan yang maju atau bertamadun.

Sepatutnya masalah politik wang dikategorikan sebagai suatu gejala, bukannya budaya. Masyarakat kita juga sering menggunakan perkataan ‘budaya kuning’ yang merujuk kepada perilaku sonsang dan kebejatan sosial daripada Barat. Ini merupakan suatu kesalahan penggunaan bahasa. Namun masyarakat kita pandai pula menggunakan perkataan gejala bagi aktiviti melepak yang menular di kalangan remaja dan belia dewasa ini.

Penggunaan perkataan yang kurang sesuai atau salah akan mempengaruhi maksud sesuatu. Apabila politik wang dikatakan sebagai budaya, ianya seolah-olah dilihat sebagai suatu yang tidak bersifat negatif. Namun pada pemahaman saya, gejala politik wang adalah sama ertinya dengan rasuah.

Orang berbudi

Kita berbahasa

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: