wm.azmi

December 30, 2008

Konsistensi keganasan Yahudi

Filed under: Human Right — wan muhamad azmi mamat @ 11:51 am

Permulaan tahun baru hijrah kali ini amat mendukacitakan kerana diwarnai dengan lumuran darah rakyat Palestin yang menjadi mangsa bedilan peluru berpandu tentera Israel. Pemimpin Israel seperti mengetahui bahawa tarikh 1 Muharam menjadi detik yang penting bagi umat Islam berbanding 1 Januari, maka dengan itu mereka mahu merosakkan detik kegembiraan dan semangat baru sempena tahun baru hijrah.

Apabila melihat kepada berita yang dipaparkan di televisyen dengan tanyangan video, rasa sangat sayu dan pilu dengan tindakan yang amat kejam sehingga mengorbankan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak penduduk Palestin.  Saya amat tidak bersetuju dan mengutuk tindakan seumpama ini.

Israel sentiasa memberi alasan bahawa tindakan mereka adalah untuk menhentikan serangan daripada pejuang Palestin bagi memastikan rakyat Israel tidak berasa takut. Apakah tindakan ketenteraan daripada Israel tidak menyebabkan ketakutan kepada rakyat Palestin? Ternyata pemimpin Israel sengaja menyembunyikan kefahaman asas dalam hal perikemanusiaan ini dengan melakukan tindakan yang kejam dan bersifat penjenayah antarabangsa.

Dalam hal kemanusiaan, semua manusia berhak mendapat kebebasan dan keamanan, maka mereka berhak mempertahankan kedua-dua perkara tersebut. Jika Israel sering mengatakan mereka inginkan keamanan dan keselamatan, maka demikian juga rakyat palestin.

Keangkuhan Israel yang berterusan ini kerana sokongan yang kuat daripada sekutunya yang sering diwar-warkan sebagai polis dunia iaitu Amerika Syarikat. Konflik Palestin-Israel merupakan isu antarabangsa yang paling sukar menemukan titik penyelesaian kerana hampir kesemua badan dunia tidak berfungsi dengan sewajarnya. Liga Arab, OIC, NAM, NATO bahkan PBB langsung tidak mampu menyelesaikan masalah konflik tersebut yang telah berlarutan sejak pertengahan dekad lepas. Kuasa veto dalam PBB wajar dihapuskan dan digantikan sepenuhnya dengan suara majoriti.

Warta berita juga menyiarkan demonstrasi dan bantahan yang dianjurkan di pelbagai negara seperti Indonesia dan Australia. Namun tiada bantahan atau perarakan yang diadakan oleh rakyat Malaysia. Apakah sentimen kemanusiaan ini telah terhakis di kalangan rakyat Malaysia?

Pemimin Israel wajar diheret kepada mahkamah jenayah antarabangsa kerana melakukan jenayah perang kemanusiaan secara terangan-terangan. Semoga lebih ramai manusia dapat menilai keadilan dengan lebih telus demi keharmonian dunia sejagat.

Advertisements

December 21, 2008

Do .. while spirit

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 9:56 pm

Alhamdulillah, at last i got my code running successfully yesterday. I tried to solve this problem since end of last year, and i failed to solve it before i went to Newcastle. In Newcastle, i don’t do much since i’m lack computer resource.

dowhile2

After coming back, i still trying to solve it. From the beginning of MSc study, i’m always say to myself not to stop even i’m always don’t get the required result. Actaully it was began when i explred the new processor board, single board computer (SBC) as the research assistant. Using Linux platform which is new for me, it’s take time to learn and get familiar but i kept moving.

(more…)

Blog at WordPress.com.