wm.azmi

January 12, 2009

Boikot berkesan jika berterusan

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 9:14 pm

Ramai di kalangan pemimpin Malaysia yang mula serius membincangkan tindakan untuk menunjukkan protes dan kebencian terhadap Israel dengan memboikot produk-produk yang menyumbang kepada regim ganas itu. Antara pemimpin hebat yang dari dulu lagi sentiasa memberi idea boikot ini ialah Tun Dr Mahathir. Beliau sedari dulu menyatakan bahawa tindakan boikot akan memberi kesan yang besar jika dilakukan dengan bersatu hati.

Secara rawak saya  menyaksikan bahawa perkara ini tidak berapa dipedulikan oleh golongan belia bahkan mereka sebenarnya terlibat dalam membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Perkara ini berlaku kerana ramai di kalangan masyarakat dunia terpengaruh dengan iklan yang menonjolkan kemewahan, keselesaan, kelazatandan trendy.

Sesetengah kempen boikot kurang berkesan kerana tidak mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak. Selain itu, banyak kempen boikot tidak berkesan kerana tempoh yang terlalu pendek. Jika barangan sasaran boikot terlalu banyak, kempen boikot juga kurang berkesan kerana tiada fokus.

Atas kesedaran ramai pihak di Malaysia pada masa kini di atas kekejaman Israel menyerang rakyat Palestin di Gaza kali ini, marilah kita sama-sama serius dalam kempen boikot produk-produk yang menyalurkan kewangan mereka kepada Israel.

7 produk di bawah merupakan antara produk yang daripada syarikat yang banyak menyumbang kepada Israel.

7produk

boikotprodukisrael

Semoga dengan usaha kecil yang berterusan ini akan memberi kesan buruk kepada syarikat-syarikat yang membantu Israel, lantas mengurangkan bekalan peluru tentera Israel.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: