wm.azmi

February 17, 2009

Tak Reti atau Buat-buat Tak Reti

Filed under: General,Human Right,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 2:33 pm

Sister In Islam (SIS) menonjol kembali dengan penganjuran suatu perjumpaan yang dinamakan Musawah bermula Jumaat lepas dan akan berakhir esok. Perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan dan mencadangkan perubahan dalam perundangan dan peruntukan dalam Syariah yang ada kaitan secara langsung dengan wanita. Perjumpaan tersebut mengundang aktivis hak asasi wanita dan pemikir liberis dalam isu Syariah.

Program ini seperti tidak disebarkan secara terbuka melalui massa tempatan, namun ianya merupakan program bertaraf antarabangsa kerana mengumpulkan banyak negara. Beberapa pertubuhan membantah dan mengecam tindakan penganjuran program ini seperti daripada PAS, PUMPP dan beberapa NGO yang lain. Terdapat juga bantahan daripada mahasiswa. Namun isu ini seperti tidak penting kerana tidak banyak pihak yang bersuara mengenainya. Bahkan pemimpin kerajaan juga tidak bersuara, melainkan penasihat kepada PM, Datuk Seri Sharizat Jalil yang hadir merasmikan perjumpaan tertutup tersebut.

Saya tidak bersetuju dengan program seperti ini. Apakah autoriti SIS sebagai penganjur kepada perbincangan mengenai peraturan dan peruntukan Syariah, yang menyentuh isu-isu agama? Namun, agak pelik kerana SIS tetap berjaya menganjurkan program menyentuh isu sensitif dan kerajaan seperti tidak peka mengenainya.

Program seperti ini sewajarnya dirujuk kepada pihak yang berautoriti dari golongan agamawan seperti jabatan kemajuan islam, pejabat mufti, majlis fatwa kebangsaan, majlis peguam islam dan lain-lain GNO Islam.

Apakah motif sebenar perjuangan SIS? Apakah mereka jujur dengan tindakan mereka memperjuangkan hak wanita menggunakan nama Islam? Apakah rujukan mereka dalam membincangkan isu-isu wanita? Apakah mereka sekadar berhujah menggunakan akal dan fakta dan meninggalkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai sumber perundangan Islam?

Terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju dengan apa sahaja sister in Islam buat.Saya pernah terbaca satu kenyataan yang ditulis dalam akhbar malaysia oleh Presidennya mengenai Islam.

Cakapnya memang bijak,pandanganya bernas bagi membela nasib wanita Islam. Sayangnya, kalau kewajiban diri tidak mampu nak buat, seperti menutup aurat, bagaimana nak membela ribuan wanita Islam yang lain. Caranya seolah mengajar ketam berjalan betul. Bila di tanya kenapa tidak menutup aurat, mudah jawapnya, itu soal peribadi saya. Kenapa tidak berkahwin, lelaki akan menyusahkan dia.

Saya malu bila mereka menggelar diri Sister In Islam.

Di peringkat antarabangsa mereka terkenal, dan itulah gambaran wanita Islam di Malaysia. Pandai cakap tentang Islam tetapi tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Keratan di atas adalah salah satu pandangan daripada forum, di sini. Bahasanya jelas dan mudah difahami kenapa dia tidak bersetuju dengan SIS.

Apakah SIS tidak faham dengan teguran-teguran yang diberikan oleh pihak-pihak yang menegur mereka? Atau mereka buat-buat yang faham?

Jika mereka menggerlarkan mereka sebagai Women Right Action, maka orang dengan mudah memahami asas perjuangan mereka untuk menuntut keadilan bagi pihak wanita. Namun apabila nama mereka Sister In Islam, dan mereka mencabar hukum Islam, mereka dengan sengaja mencemar Islam.

Namun kesungguhan mereka dalam memperjuangkan sesuatu secara komited dan berterusan menyebabkan mereka dapat meneruskan agenda mereka yang terpesong. Perkara in dikupas oleh Rausyanfikir yang terlibat dalam program musawah ini.

Kesimpulannya, mereka perlu dibimbing dan pendakwah perlu berusaha lebih gigih dan bersifat terbuka serta berstrategi.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: