wm.azmi

March 21, 2009

Siapakah yang lebih benar perkataannya?

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 1:35 pm

Manusia merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan kejadian yang cantik dan menarik. Bahkan manusia diberikan kehebatan akal dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Lihatlah betapa cantik dan menarik rupa manusia berbanding makhluk yang lain.

Manusia di kurniakan sepasang tangan dan kaki untuk bergerak dan bekerja, sepasang mata untuk melihat, sepasang telinga untuk mendengar dan mulut untuk bertutur kata. Ramai yang memberi pandangan, mata dan telinga diberikan sepasang (dua) tetapi mulut hanya satu, agar kita lebih banyak melihat,menganalisa dan mendengar serta kurang bercakap terutamanya perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Ingatkah kita kepada pesanan Luqman al Hakim kepada anaknya yang dirakamkan dalam al-Quran agar melunakkan suara ketika bercakap, iaitu berbicara dengan baik dan santun.

Allah menempelak sebahagian manusia yang menggunakan percakapan mereka untuk menyesatkan manusia.

Luqman:62

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya olok-olokkan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” (Luqman, 31 : 6 )

Kita perlu menggunakan nikmat yang dikurniakan dengan cara yang betul sebagai tanda bersyukur. Dengan itu, semoga nikmat daripada Allah akan ditambah lagi dan diberkati. Mulut kita perlu digunakan untuk menuturkan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan. Selain itu, kata-kata yang benar juga perlu digunakan untuk menyeru kepada Allah.

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)”. (Fussilat, 41 : 33 )

Kata-kata juga perlu digunakan untuk mencegah kemungkaran seperti yang termaktub dalam sebuah hadis, “Baranngsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidah (kata-kata), jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati (benci), dan itulah selemah-lemah iman”.

Ketika berbincang atau berdebat dalam sesuatu perkara, kita dianjurkan supaya berbicang dan berdebat menggunakan hikmah dan secara ‘ahsan’ iaitu secara baik. RasulAllah apabila ditanyakan sesuatu kepada baginda, baginda pernah menjawab persoalan yang dikemukakan menurut kemampuan dan situasi seseorang, seperti dalam persoalan perkara yang paling afdhal (utama) dilakukan, iaitu antaranya solat awal waktu, taat kepada ibu bapa dan berjihad di jalan Allah.

Hari ini, kita melihat semakin ramai manusia menggunakan percakapan untuk menipu, memutar belit, menghina dan memutarbelit. Kata-kata mereka keluar daripadamulut mereka dengan lancar, seolah-olah mereka tidak berfikir terlebih dahulu kesan daripada percakapan mereka. Mereka seolah-olah tidak memikirkan balasan yang akan dikenakan kepada mereka dengan penipuan yang mereka lakukan.

Ramai di kalangan manusia yang sentiasa berlawan dengan mengatakan bahawa mereka adalah benar. Mereka sering mendakwa kata-kata mereka adalah betul dan mereka tidak mungkin menipu manusia.

Antara contoh yang dirakamkan dalam al-Quran ialah dalam surah al-Baqarah ayat 10 – 12, di mana terdapat golongan yang mempunyai penyakit hati dan mereka tetap menyatakan mereka berbuat kebaikan sedangkan mereka melakukan kerosakan di muka bumi.

Kita perlu berhati-hati dengan golongan seperti ini agar tidak terpengaruh atau tertipu dengan helah mereka. Sedarlah bahawa kebenaran itu hanya daripada Allah seperti firmanNya:

“Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu.” (Al-Baqarah, 2 : 147 )

Perkara ini ditegaskan oleh Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 87:

an-Nisa':87

“Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada hari Kiamat yang tidak diragukan terjadinya. Siapakah yang lebih benar perkataannya dari Allah?” (an-Nisa’, 4 : 88 )

Allah juga menegaskan tentang perkara ini dalam surah yang sama pada ayat 122. Selain itu, Allah juga menegaskan bahawa system daripada Allah adalah yang terbaik seperti dalam firman, “Sibghah (celupan) Allah, siapa yang lebih sibghahnya daripada Allah?…” al-Baqarah, 2 : 138.

Oleh itu, manusia perlu merujuk kepada al-Quran yang merupakan sumber Kalam Allah, yang mengandungi suruhan dan larangan, yang memberikan penjelasan kepada manusia dan pelajaran bagi orang yang bertaqwa. Bertutur kata menurut garis panduan yang terdapat di dalamnya, melaksanakan syariat seperti yang termaktub di dalamnya, dan menyebarkan rahmat ke seluruh alam dengan cahaya kebenarannya.

Apakah manusia takut untuk kembali merujuk kepada al-Quran? Allah banyak menegaskan akan kebenaran al-Quran, antaranya:

“Segala puji bagi Allah yang menurukan Kitab (al-Quran) kepada hambaNya dan Dia tidak menjadikannya bengkok”. (al-Kafh, 18 : 1 )

Segala yang terkandung dalam al-Quran adalah benar, tiada satupun yang bercanggah. Apa yang terkandung dalam al-Quran telah dibuktikan kebenarannya melalui kajian sains, dan tiada suatupun yang bercanggah dengan penemuan itu. Adalah malang bagi merekayang tidak mahu kembali kepada sumber rujuka yang hebat ini!

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: