wm.azmi

May 18, 2009

Gembirakanlah mereka

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 5:18 pm

Salah satu nama al-Quran ialah al-Busyra yang bermaksud khabar gembira. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menceritakan tentang khabar gembira kepada orang yang beriman, orang yang taat, orang yang berbuat kebaikan (muhsin) dan mereka yang mengingkari taghut.

Antara bentuk khabaran yang mengembirakan mereka seperti ampunan dan pahala, kedudukan yang tinggi, kurnia yang besar dan ganjaran syurga.

Kata dasar busyra ialah ‘basyara’, dan perkataan ‘basyir’ sering digunakan dalam al-Quran. Kaedah penyampaian al-Quran amat menarik sekali kerana perkataan ‘basyir’ selain bermaksud khabar gembira yang sebenarnya bagi orang yang beriman, tetapi juga sebagai sindiran kepada mereka yang kufur kepada Allah.

Ayat di bawah merupakan suatu contoh sindiran yang menggunakan perkataan ‘basyir’.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak (alas an yang benar) dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, sampaikanlah kepada mereka khabar gembira iaitu azab yang pedih”. (Aali-Imran, 3: 21 )


Terdapat beberapa golongan manusia yang disindir oleh Allah Taala dengan khabar gembira ini. Antara golongan tersebut ialah orang kafir yang tidak mahu beriman apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, bahkan mereka mendustakannya.

“Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? Dan apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak (mahu) bersujud, bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya). Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka). Maka sampaikanlah kepada mereka (ancaman) azab yang pedih.” (al-Insyiqaq, 84: 20 – 24 )

Selain itu, golongan yang dijanjikan dengan azab yang pedih ialah golongan munafik. Golongan munafik merupakan ancaman yang besar kepada umat Islam kerana mereka menjadi musuh dalam selimut. Oleh yang demikian, Allah telah memperincikan perihal mereka dengan banyak sekali dalam al-Quran seperti dalam surah al-Baqarah, surah at-Taubah dan surah al-Munafiqun.

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih.” (an-Nisa’, 4: 138 )

Seterusnya ialah golongan yang sombong terhadap ayat-ayat Allah. Dalam perbincangan sebelum ini, golongan yang disindir oleh Allah dengan khabar gembira (akan mendapat azab) juga tidak mahu beriman dengan ayat-ayat Allah, tetapi mereka adalah daripada golongan orang-orang kafir.

Namun dalam surah al-Jatsiyah, golongan yang sombong terhadap ayat-ayat Allah tidak dinyatakan secara khusus samada orang kafir atau orang munafik. Maka semua orang perlu berhati-hati dan berwaspada untuk menghindarkan diri daripada tergolong dalam kumpulan ini.

“(iaitu) orang yang mendengar ayat-ayat Allah ketika dibacakan kepadanya, namun dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka peringatkanlah dia dengan azab yang pedih.” (al-Jatsiyah, 45: 8 )

Ayat ini merupakan keterangan lanjut kepada ayat sebelumnya iaitu ayat ke-7, di mana ayat ke-8 menjelaskan ciri orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa.

Selain itu, antara golongan manusia yang disindir oleh Allah dengan perkataan ‘basyir’ ialah golongan penimbun harta. Ayat ini sering disiarkan oleh radio khasnya ketika membicarakan perihal zakat. Dan saya sering mendengar ayat ini ketika mendengar siaran radio Johor.fm dan Best 104.

“… Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka berilah khabar gembira kepada mereka , (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih.” (at-Taubah, 9 : 34 )

Daripada perbincangan di atas, maka kita hendaklah sentiasa mengawasi diri agar tidak tergolong dalam kumpulan yang mendapat sindiran Allah yang dijanjikan azab yang pedih.

Sesungguhnya al-Quran diturunkan bukan sahaja sebagai peringatan kepada yang lalai, penjelasan terhadap perkara yang samar, hujah yang nyata kepada yang menolak kebenaran tetapi juga mengandungi ancaman kepada mereka yang ingkar.

“Dan sungguh, telah Kami mudahkan al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?” (al-Qamar, 54: 17 )

2 Comments »

  1. Saudara

    WM Azmi

    Sejak Mac 2008 sehingga kini, semua tulisan dalam blog adalah berunsur mengutuk,mengkritik dan tohmahan belaka sama ada dari parti pemerintah atau pembangkan, inilah kali pertama saya membaca tulisan blog yang sungguh bermakna dan beriman. Tahniah ke atasan tulisan saudara.

    Salam
    G
    Belfast

    Comment by gopal — May 18, 2009 @ 10:20 pm | Reply

    • terima kasih di atas komen saudara. saya sekadar berkongsi pendapat dengan mengambil al-quran sebagai rujukan utama, di samping buku-buku yang dikarang oleh pengarang yang baik akhlaknya. semoga saya dan pembaca diberikan kebaikan dengan perkongsian ini.

      Comment by wan muhamad azmi mamat — May 20, 2009 @ 5:37 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: