wm.azmi

June 19, 2009

Wahai Pemimpin, Ingatlah Mati!

Filed under: General,Religious,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 5:31 pm

jenazahMajalah Solusi isu no. 8, Jun 2009 terbitan Telaga Biru menampilkan tajuk atau tema yang “menyentak” kebiasaan hidup yang jarang membincangkan perkara ini dalam urusan harian. Temanya ialah kematian.

Kematian adalah suatu yang hak, yang benar dan akan dirasai oleh semua makluk yang bernyawa.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian” (Aali Imran: 185 ).

Walaupun tajuk ini seperti anti-klimaks berbanding tajuk-tajuk lain dalam isu sebelum ini, ketua editor menegaskan bahawa mengingati mati sebenarnya akan “menghidupkan” jiwa kita untuk maju, bersatu dan lebih giat berusaha.

Saranan tersebut amat bertepatan dengan kata-kata hukama iaiatu, “Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati keesokan hari”.

Tajuk pada kolum Kata Dua amat menarik perhatian saya. Dengan tajuknya, “Wahai Pemimpin, Ingatlah Mati!” mendesak saya untuk berkongsi dib log ini.

Penulis pada permulaan tulisan beliau menegaskan akan disiplin atau etika kepimpinan yang perlu dijaga.

Soal “pergeseran” di kalangan ahli-ahli politik adalah perkara biasa. Namun ia seharusnya terkawal di tahap persaingan sihat dalam amalan demokrasi. Bagi ahli politik yang beragama Islam pula, pergeseran itu tidak boleh sama sekali melanggar prinsip akidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Seterusnya beliau menambah mengenai peranan sebagai pemimpin.

Berpolitiklah kerana Allah demi berbakti kepada manusia. Ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakat untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah. Dan mereka juga mesti mengurus, mentadbir serta memakmurkan Negara berpandukan syariat dan akhlah Islamiah. Tegasnya, jadilah hamba Allah sebelum menjadi khalifah!

Sungguh cantik saranan dan nasihat penulis yang ditujukan khusus kepada pemimpin. Dan pemimpin itu sebenarnya adalah kita semua seperti yang disabdakan oleh baginda.

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan terhadap pertanggungjawabannya”.

Seterusnya penulis mengaitkan antara mengingati kematian dalam urusan kehidupan kita khasnya sebagai pemimpin.

Bahagia atau tidak kita di akahirat sana, sangat bergantung pada sejauh mana kita melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya di dunia sini. Ingatlah, kita akan mati. Dengan mengingati mati barulah lahir ahli politik yang benar-benar ikhlas.

Ahli politik yang ingat mati akan mempunyai kesedaran bahawa “KPI”nya bukan sahaja dinilai oleh rakyat dan atasannya tetapi juga oleh Allah s.w.t. bagi ahli politik seperti ini, kerja-kerja politik adalah urusan ibadah yang tidak hanya melibatkan soal hidup sebelum mati tetapi berkait terus dengan hidup selepas mati.

Adakah dikalangan ahli politik hari ini yang menjadikan amalan mengingati mati sebagai kaedah untuk meluruskan niat dalam kerja hariannya? Berapa ramaikah ahli politik yang menyedari bahawa kekuasaan yang mereka miliki akan lenyap apabila tibanya saat kematian?

Dalam satu ruangan yang lain pada majalah Solusi isu Jun 2009, antara tajuk yang dibincangkan ialah Cinta Dunia, Benci Akhirat, Gelap Masa Depan. Penyakit cintakan dunia adalah satu satu simptom penyakit waham yang dikhabarkan oleh RasulAllah selain takutkan mati.

Hanya apabila pemimpin mengingati mati, urusan hidup (termasuk politiknya) akan dibuat dengan rasa takut kepada Allah.

Penulis memberikan contoh sikap Umar al-Khattab dalam urusan dengan rakyat dan Allah.

“Aku kurang tidur pada siang hari kerana takut urusan rakyatku tidak selesai. Aku kurang tidur di malam hari kerana takut urusanku dengan Allah tidak selesai …”

Penulis menyimpulkan bahawa mengingati mati akan mendorong kita melakukan kebaikan pada tahap maksimum kerana sedar kerja kita bukan sahaja dinilai oleh manusia tetapi juga oleh Allah.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: