wm.azmi

August 11, 2009

Di Palang Ini

Filed under: Human Right,Poetry — wan muhamad azmi mamat @ 3:35 pm

Di kamar gelap aku melukis
Di kamar gelap gambar isteri
Di kamar gelap gambar misteri
Di kamar gelap menyendiri

Di samar gelap ayah dan ibu
Di samar gelap anak dirindu
Di samar gelap kesudahanku
Di samar gelap bersendiri

Tolonglah bilang apa salahku
Apakah bukti kesalahanku
Tolong jelaskan

Apakah dosaku
Apakah erti menghukumku
Hakim yang tiada
Bukti yang direka
Apakah ini keadilan bagiku

Di palang ini aku tersaksi
Tangisan anak dan doa isteri
Di palang ini aku dirampas
Sebuah maruah dan harga diri

Advertisements

August 4, 2009

Harga baru Ensiklopedia Kanak-kanak Muslim

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 4:27 pm

Bahan dengan nama ensiklopedia kebiasaannya mempersembahkan suatu maklumat secara terperinci tajuk-tajuk tertentu samada hanya memfokuskan kepada satu tema atau bidang sahaja atau mencakupi banyak aspek.

Walaupun kualiti kandungan dan persembahan suatu bahan menjadi keutamaan khasnya ensiklopedia, namun harganya mempengaruhi minat seseorang untuk mendapatkannya.

muafah-bookletEKMpg1

Harga asal Ensiklopedia Kanak-Kanak Muslim (EKM) ketika di awal keluaran ialah RM825. Namun, disebabkan kurangnya sambutan, maka syarikat telah menurunkan harga kepada RM495. Walaupun harga ini sudah dianggap rendah, namun masih kurang sambutan daripada pengguna.

Bagi meneruskan usaha supaya stok EKM dapat terus dijual, maka syarikat terus menurunkan harga kepada RM299.

Maklumat lanjut di sini.

Blog at WordPress.com.