wm.azmi

March 8, 2010

Afnan Aufa

Filed under: General,Parenting — wan muhamad azmi mamat @ 2:09 pm

Alhamdulillah. Dah hampir sebulan umur mereka, permata dan marjan kami.

Semasa pertama kali menatap wajah mereka berdua, hatiku teramat gembira dan bersyukur, lebih-lebih lagi kedua-duanya memberikan senyuman juga kepadaku dan ibu mertuaku, setelah keluar daripada bilik bedah.

Wan Aufa (kiri) dan Wan Afnan pada hari ke-2

Namun kerisauan membalut jiwaku, kerana isteriku terlalu lama di bilik bedah, sedangkan permata dan marjan kami telah lama keluar. Setelah isteriku keluar dari bilik bedah, dengan erangan kecil menahan kesakitan, hatiku mula sayu melihat keadaannya.

Setelah 4 hari di hospital teluk intan, isteriku dan anak-anakku dapat pulang. Keesokan malam, kena tahan pula di wad hospital kampar kerana jaundis. Kesian melihat sikecil berulang kali dicucuk. 2 malam di situ, akhirnya boleh keluar.

Dah keluar dari hospital kampar, kena tahan sekali lagi di hospital teluk intan. 2 hari isteriku tidak dapat buang air besar. Doktor suspek ada ‘obstruction’ di usus. Ujian getir kedua buat isteriku, kerana perlu dibedah kali kedua. Aku bertambah-tambah pilu, kerana anak-anakku terpaksa berpisah dengan umminya, dengan berat hati kubenarkan jua disusui susu tepung.

Aku tahan gelojak setelah isteriku keluar daripada bilik bedah untuk kali kedua. Adik-beradik perempuan semuanya mencurahkan rasa pilu. Aku dah curahkan sebelum itu, untuk kukumpul kekuatan apabila berada disisinya. Walaupun sedikit penat melayan kedua-dua sikecil pada sebelah malam, aku sedar isteriku lebih perit melalui saat-saat ini.

Berat rasa hati ingin meninggalkan isteriku yang masih berada di wad, walaupun semakin beransur pulih. Disebabkan kerja aku dengan CTR masih baru, jadi aku terpaksa masuk kerja setelah bercuti 2 minggu. Alhamdulillah, isteriku keluar wad pada hari isnin petang ketika aku dalam perjalan ke terengganu.

Dan kini mereka semakin membesar, bersama-sama ummi-nya, dan abi-nya yang hanya pulang hujung minggu.

Wan Aufa (kiri) dan Wan Afnan pada hari ke-11

Ya Allah, Engkaulah yang menciptakan hidup dan mati, untuk menguji kami, siapakah di antara kami yang beramal saleh.

Ya Allah, bimbinglah kami ke jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah, tetapkanlah hati kami dengan perjuangan Islam.

3 Comments »

  1. tahniah azmi dan wahidah, semoga cepat kmbali sihat:),

    Comment by ita — March 9, 2010 @ 5:52 pm | Reply

    • Terima kasih. Kayla mesti dah besar ek. Korang pulak cepat2 la balik malaysia, hehe.

      Comment by wan muhamad azmi mamat — March 10, 2010 @ 8:14 am | Reply

  2. Tahniah…. Barakallah…

    Ada rezeki nanti kami zairah…

    Comment by Abu Muaz — April 8, 2010 @ 12:51 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: