wm.azmi

October 20, 2009

Fatwa Imam Nawawi Yang Menggemparkan

Filed under: Religious,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 11:43 am

Imam Nawawi selama hidupnya telah banyak menulis dan mengarang, mengajar dan menasihat. Kegiatannya dalam bidang ini meletakkan peribadinya lebih terkemuka dan lebih dikagumi; terkemuka kerana kebenarannya, dikagumi kerana kejujurannya.

Beliau dalam tugasnya sebagai seorang ‘ulamā’ tidak membataskan ajaran dan nasihat dalam lingkungan para pengikutnya atau terhad dalam ruangan majlis pengajarannya sahaja, tetapi meliputi keseluruhan masyrakat.

Sedang pandangan hidupnya pun tidak saja ditumpukan di sekitar pengajaran agama, tetapi ditinjaukan ke arah masyarakat. Sebab Islam baginya adalah menyeluruhi atau meliputi segala segi kehidupan. Islam menurut falsafahnya adalah seluruh hidup, tidak bercerai dan berpisah dari hidup.

(more…)

Advertisements

September 4, 2009

Beberapa Soalan dan Jawapan Berkaitan Puasa

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 3:01 pm

SOALAN ( S )  BERKAITAN PUASA DENGAN JAWAPAN ( J ) RINGKAS

 

NIAT

S :Adakah batal puasa seseorang yang membatalkan niat berpuasa ketika waktu siang Ramadhan?

J ;Menurut mazhab Shafei tidak batal puasa orang yang membatalkan niat berpuasa selama mana ia tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

 

FIDYAH UNTUK SI MATI

S Orang yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadhan kemudian mati pada 2 Syawal pada tahun yang sama, adakah wajib dikeluarkan fidyah untuknya?

J :Tidak wajib dikeluarkan fidyah untuknya kerana ia meninggal dunia dalam tempoh yang tidak membolehkan ia qhada puasa yang ditinggalkan.

 

TANGGUH QADHA PUASA

S : Apakah hokum seseorang yang tidak mengqadha puasa yang  ia tinggalkan sehingga berlalu tiga kali Ramadhan ?

J :Ia wajib mengqadha bilangan hari yang ia tinggalkan dan wajib ia mengeluarkan fidyah secupak untuk satu hari bagi satu tahun yang ia tinggalkan. Dalam kes di atas ia wajib mengeluarkan tiga cupak bagi setiap hari kerana telah berlalu tiga kali Ramadhan.

  (more…)

September 3, 2009

Kekuatan Menegakkan Kebenaran

Filed under: Religious,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 3:42 pm

“Kekuatan adalah cara yang paling selamat untuk menegakkan kebenaran. Alangkah baiknya jika kekuatan dan kebenaran berjalan seiringan.”

Demikian kata hikmah yang menyebut tentang kebenaran dan kekuatan. Kekuatan merupakan suatu keperluan yang utama dalam menegakkan kebenaran. Tanpa kekuatan, kebenaran akan mudah dikalahkan oleh kebatilan.

Hijrah RasulAllah dan para muhajirin dari bumi Makkah ke Madinah merupakan suatu contoh untuk meletakkan diri kepada keadaan yang lebih baik. Umat Islam sentiasa berada dalam tekanan ketika di Makkah dengan ancaman pemualaun, seksa dan bunuh. Di Madinah, keselamatan umat Islam lebih terjamin di bawah pemerintahan RasulAllah sebagai ketua Negara di samping menjaga hak-hak kaum-kaum bukan Islam yang lain.

Dengan adanya pusat pemerintahan, empayar Islam semakin berkembang ke seluruh jazirah Arab seterusnya berkembang di Utara Afrika, ke Asia Tengah dank Eropah.

Setelah kewafatan RasulAllah, timbul golongan yang tidak mahu membayar zakat dan golongan nabi palsu. Abu Bakar yang menjadi khalifah ketika itu telah bersungguh-sungguh menghapuskan golongan tersebut demi menjaga tuntutan syariat Islam. Beliau mengarahkan agar golongan riddah (keluar dari Islam) itu diperangi hingga mereka kembali kepada Islam atau di bunuh jika mereka enggan.

Penguatkuasaan syariat Islam perlu dijalankan oleh pemerintah yang berkuasa. Perkara ini dijelaskan oleh RasulAllah dalam urusan mencegah kemungkaran, yang bermula dengan kaedah menggunakan ‘tangan’ yang bermaksud kekuasaan.

(more…)

June 19, 2009

Wahai Pemimpin, Ingatlah Mati!

Filed under: General,Religious,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 5:31 pm

jenazahMajalah Solusi isu no. 8, Jun 2009 terbitan Telaga Biru menampilkan tajuk atau tema yang “menyentak” kebiasaan hidup yang jarang membincangkan perkara ini dalam urusan harian. Temanya ialah kematian.

Kematian adalah suatu yang hak, yang benar dan akan dirasai oleh semua makluk yang bernyawa.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian” (Aali Imran: 185 ).

Walaupun tajuk ini seperti anti-klimaks berbanding tajuk-tajuk lain dalam isu sebelum ini, ketua editor menegaskan bahawa mengingati mati sebenarnya akan “menghidupkan” jiwa kita untuk maju, bersatu dan lebih giat berusaha.

Saranan tersebut amat bertepatan dengan kata-kata hukama iaiatu, “Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati keesokan hari”.

(more…)

May 18, 2009

Gembirakanlah mereka

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 5:18 pm

Salah satu nama al-Quran ialah al-Busyra yang bermaksud khabar gembira. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menceritakan tentang khabar gembira kepada orang yang beriman, orang yang taat, orang yang berbuat kebaikan (muhsin) dan mereka yang mengingkari taghut.

Antara bentuk khabaran yang mengembirakan mereka seperti ampunan dan pahala, kedudukan yang tinggi, kurnia yang besar dan ganjaran syurga.

Kata dasar busyra ialah ‘basyara’, dan perkataan ‘basyir’ sering digunakan dalam al-Quran. Kaedah penyampaian al-Quran amat menarik sekali kerana perkataan ‘basyir’ selain bermaksud khabar gembira yang sebenarnya bagi orang yang beriman, tetapi juga sebagai sindiran kepada mereka yang kufur kepada Allah.

Ayat di bawah merupakan suatu contoh sindiran yang menggunakan perkataan ‘basyir’.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak (alas an yang benar) dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, sampaikanlah kepada mereka khabar gembira iaitu azab yang pedih”. (Aali-Imran, 3: 21 )

(more…)

March 21, 2009

Siapakah yang lebih benar perkataannya?

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 1:35 pm

Manusia merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan kejadian yang cantik dan menarik. Bahkan manusia diberikan kehebatan akal dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Lihatlah betapa cantik dan menarik rupa manusia berbanding makhluk yang lain.

Manusia di kurniakan sepasang tangan dan kaki untuk bergerak dan bekerja, sepasang mata untuk melihat, sepasang telinga untuk mendengar dan mulut untuk bertutur kata. Ramai yang memberi pandangan, mata dan telinga diberikan sepasang (dua) tetapi mulut hanya satu, agar kita lebih banyak melihat,menganalisa dan mendengar serta kurang bercakap terutamanya perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

(more…)

February 17, 2009

Tak Reti atau Buat-buat Tak Reti

Filed under: General,Human Right,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 2:33 pm

Sister In Islam (SIS) menonjol kembali dengan penganjuran suatu perjumpaan yang dinamakan Musawah bermula Jumaat lepas dan akan berakhir esok. Perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan dan mencadangkan perubahan dalam perundangan dan peruntukan dalam Syariah yang ada kaitan secara langsung dengan wanita. Perjumpaan tersebut mengundang aktivis hak asasi wanita dan pemikir liberis dalam isu Syariah.

Program ini seperti tidak disebarkan secara terbuka melalui massa tempatan, namun ianya merupakan program bertaraf antarabangsa kerana mengumpulkan banyak negara. Beberapa pertubuhan membantah dan mengecam tindakan penganjuran program ini seperti daripada PAS, PUMPP dan beberapa NGO yang lain. Terdapat juga bantahan daripada mahasiswa. Namun isu ini seperti tidak penting kerana tidak banyak pihak yang bersuara mengenainya. Bahkan pemimpin kerajaan juga tidak bersuara, melainkan penasihat kepada PM, Datuk Seri Sharizat Jalil yang hadir merasmikan perjumpaan tertutup tersebut.

(more…)

January 14, 2009

Siapakah yang lebih zalim

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 2:26 pm

Al-Quran merupakan mukjizat unggul yang kekal terpelihara mempunyai sifat-sifat yang sangat mengkagumkan. Di dalamnya ada dimuatkanpelbagai kisah daripada kaum terdahulu sebagai teladan. Di dalamnya ada ancaman azab kepada mereka yang ingkar perintah Allah dan khabar gembira bagi yang beriman dan mengerjakan amalan kebajikan.

Bahasa Al-Quran menggunakan bahasa Arab yang tinggi balaghahnya, sangat indah dan penuh misteri. Al-Quran juga menjelaskan beberapa golongan manusia di dunia ini seperti yang termuat dalam permulaan surah Al-Baqarah. Allah memberitahu ciri-ciri orang beriman pada ayat 2 hingga ayat 5. Seterusnya ciri-ciri orang kafir pada ayat 6 dan 7, dan ciri-ciri orang munafik pada ayat 8 hingga ayat 18.

Penulisan kali ini ingin melihat suatu penjelasan dan ancaman kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah atau berpaling daripadanya. Ternyata banyak sekali peringatan dan ancaman yang Allah rakamkan dalam Al-Quran kepada mereka yang mengadakan kebohongan terhadap ayat-ayat Allah.

(more…)

January 1, 2009

Cintai Allah Cintai Islam

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 6:14 pm

Kami beriman … Cintai Allah

Cintai Islam … Mari Beramal

November 26, 2008

Kun Fayakun

Filed under: General,Religious — wan muhamad azmi mamat @ 6:46 pm

“Bagaimana udara boleh masuk ke dalam paru-paru adik saya?”

“Ia boleh berlaku dalam dua keadaan, disebabkan sesuatu kejadian seperti jatuh dan secara spontan” Jawab pelajar  perubatan yang memeriksa adik saya yang berada di atas katil.

Adik saya masuk ke hospital kuala lumpur pada malam selepas saya selesai terlibat dengan seminar NSF di UPM minggu lepas. Ayah menelefonku pada malam itu memberitahu tentang perihal adikku yang sakit dada. Pagi keesokkannya aku pergi ke HKL untuk melihatnya setelah mengemas semua barang-barang yang baru sampai di rumah kawan di kajang.

Saya agak kaget kerana Dr pelatih tersebut menyatakan ia boleh berlaku secara spontan. Katanya kes tersebut banyak terjadi kepada lelaki muda yang kurus dan tinggi. Apabila dia menggunakan perkataan spontan, maka saya tidak banyak bertanya, kerana memang tiada jawapan yang boleh diberikan olehnya.

Apa yang tidak pernah terlintas dan dijangka tiba-tiba terjadi, inilah dikatakan takdir. Apa sahaja yang Allah mahu jadikan, maka tiada apa yang dapat menghalang. Kun Fayakun. Semoga Allah memberi kekuatan untuk mengharungi situasi ini kepada adikku serta memberikan kesihatan yang lebih baik selepas ini.

Filem di bawah ini mengisahkan tentang keyakinan kita dalam mengharungi kehidupan seharian, dalam keadaan sedar atau tidak, kita sering mengabaikan dan terlalai terhadap keyakinan kepada kekuasaan yang Maha Berkuasa. Filem yang mengesankan ini wajar menjadikan air mata minitis sebagai pembersihan jiwa yang sering lalai.

Next Page »

Blog at WordPress.com.