wm.azmi

October 12, 2010

Politik Ungkit Jasa

Filed under: General,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 12:33 pm

Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran.

Amanah merupakan suatu sifat yang sangat dititikberatkan dalam Islam. Amanah merupakan salah satu sifat wajib bagi rasul. Betapa peri pentingnya amanah, apabila ianya disia-siakan, maka kesannya amat besar hingga boleh membawa kepada kehancuran, samada terhadap individu, keluarga, organisasi, bahkan kepada negara.

Amanah berasal daripada perkataan Arab, amana, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam konteks akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang dipercayai dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan amanahnya itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. (sumber)

(more…)

Advertisements

January 7, 2010

Di Bawah Tikar Ajaib

Filed under: General,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 9:15 pm

Ramai di kalangan rakan-rakan ku bercakap mengenai polemik penggunaan kalimah Allah yang tercetus apabila mahkamah tinggi kuala lumpur membenarkan majalah Herald menggunakan perkataan tersebut dalam terbitan mereka.

Dan aku terfikir akan kesan kekecohan isu ini sehingga menutup beberapa isu besar yang lain. Dan Zunar memudahkan maksud pemahaman aku itu melalui ilustrasi kartun berikut.

Walaupun pelbagai pihak yang memberi respon tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, namun masih belum kedengaran kenyataan rasmi daripada ulama samada JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan atau Pejabat Mufti.

Banyak isu yang bercelaru dalam masyarakat kerana ulama tidak memainkan peranan yang agresif dalam memberikan pandangan dan penjelasan. Contohnya, isu GST. Apa pandangan ulama mengenai perkara ini? Aku pun tidak pasti hukum berkaitan dengan cukai, sebab setakat ini tidak jumpa fatwa mengenai cukai (di Malasyia).

Wahai ulama, bersuara dan bertindaklah dengan amanah.

December 22, 2009

Wakil Rakyat Yang Tidak Bersama Rakyat

Filed under: Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 2:13 pm

Saidina Umar pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya: “Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini?” Shabat-sahabatnya menjawab: “Sudah tentu, wahai Amirul Mukminin…” Sebaliknya Umar menjawab: “Belum. Sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!”

(more…)

October 20, 2009

Fatwa Imam Nawawi Yang Menggemparkan

Filed under: Religious,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 11:43 am

Imam Nawawi selama hidupnya telah banyak menulis dan mengarang, mengajar dan menasihat. Kegiatannya dalam bidang ini meletakkan peribadinya lebih terkemuka dan lebih dikagumi; terkemuka kerana kebenarannya, dikagumi kerana kejujurannya.

Beliau dalam tugasnya sebagai seorang ‘ulamā’ tidak membataskan ajaran dan nasihat dalam lingkungan para pengikutnya atau terhad dalam ruangan majlis pengajarannya sahaja, tetapi meliputi keseluruhan masyrakat.

Sedang pandangan hidupnya pun tidak saja ditumpukan di sekitar pengajaran agama, tetapi ditinjaukan ke arah masyarakat. Sebab Islam baginya adalah menyeluruhi atau meliputi segala segi kehidupan. Islam menurut falsafahnya adalah seluruh hidup, tidak bercerai dan berpisah dari hidup.

(more…)

September 3, 2009

Kekuatan Menegakkan Kebenaran

Filed under: Religious,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 3:42 pm

“Kekuatan adalah cara yang paling selamat untuk menegakkan kebenaran. Alangkah baiknya jika kekuatan dan kebenaran berjalan seiringan.”

Demikian kata hikmah yang menyebut tentang kebenaran dan kekuatan. Kekuatan merupakan suatu keperluan yang utama dalam menegakkan kebenaran. Tanpa kekuatan, kebenaran akan mudah dikalahkan oleh kebatilan.

Hijrah RasulAllah dan para muhajirin dari bumi Makkah ke Madinah merupakan suatu contoh untuk meletakkan diri kepada keadaan yang lebih baik. Umat Islam sentiasa berada dalam tekanan ketika di Makkah dengan ancaman pemualaun, seksa dan bunuh. Di Madinah, keselamatan umat Islam lebih terjamin di bawah pemerintahan RasulAllah sebagai ketua Negara di samping menjaga hak-hak kaum-kaum bukan Islam yang lain.

Dengan adanya pusat pemerintahan, empayar Islam semakin berkembang ke seluruh jazirah Arab seterusnya berkembang di Utara Afrika, ke Asia Tengah dank Eropah.

Setelah kewafatan RasulAllah, timbul golongan yang tidak mahu membayar zakat dan golongan nabi palsu. Abu Bakar yang menjadi khalifah ketika itu telah bersungguh-sungguh menghapuskan golongan tersebut demi menjaga tuntutan syariat Islam. Beliau mengarahkan agar golongan riddah (keluar dari Islam) itu diperangi hingga mereka kembali kepada Islam atau di bunuh jika mereka enggan.

Penguatkuasaan syariat Islam perlu dijalankan oleh pemerintah yang berkuasa. Perkara ini dijelaskan oleh RasulAllah dalam urusan mencegah kemungkaran, yang bermula dengan kaedah menggunakan ‘tangan’ yang bermaksud kekuasaan.

(more…)

June 19, 2009

Wahai Pemimpin, Ingatlah Mati!

Filed under: General,Religious,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 5:31 pm

jenazahMajalah Solusi isu no. 8, Jun 2009 terbitan Telaga Biru menampilkan tajuk atau tema yang “menyentak” kebiasaan hidup yang jarang membincangkan perkara ini dalam urusan harian. Temanya ialah kematian.

Kematian adalah suatu yang hak, yang benar dan akan dirasai oleh semua makluk yang bernyawa.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian” (Aali Imran: 185 ).

Walaupun tajuk ini seperti anti-klimaks berbanding tajuk-tajuk lain dalam isu sebelum ini, ketua editor menegaskan bahawa mengingati mati sebenarnya akan “menghidupkan” jiwa kita untuk maju, bersatu dan lebih giat berusaha.

Saranan tersebut amat bertepatan dengan kata-kata hukama iaiatu, “Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati keesokan hari”.

(more…)

July 2, 2008

Antara pemimpin dan pengikut

Filed under: General,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 11:03 am

Sempena sidang dewan rakyat parlimen Malaysia ke-12, Mesyuarat kedua bagi penggal kedua, 23 Jun hingga 13 Julai 2008.

leadership

Ketika kewafatan baginda Rasulullah SAW, hanya beberapa orang ahli keluarga dan sahabat yang menguruskan jenazah baginda. Ramai di kalangan sahabat pada ketika itu membincangkan suatu perkara yang sangat penting iaitu memilih pengganti kepada Rasulullah SAW.

Kepimpinan merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia apatah lagi melibatkan urusan yang besar seperti menguruskan pentadbiran Negara dan hal ehwal umat Islam keseluruhannya. Peristiwa di atas merupakan suatu contoh jelas yang boleh kita ambil pengajaran dalam urusan memilih pemimpin iaitu dengan berbincang dan bermesyuarat.

Ketua merupakan suatu kemestian yang ada dalam sebuah organisasi atau jemaah. Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai perkara ini dalam satu hadis.

“Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seseorang mengetuai kamu.”

(more…)

May 6, 2008

Hormati aspirasi rakyat

Filed under: General,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 12:30 am

(Sempena Sidang Parlimen Malaysia ke-12, sesi pertama 29 April 2008 – 27 Mei 2008 )

Sambungan asas politik Islam yang ke-3, hormati aspirasi rakyat.

hakkomuniti

Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah. Rakyat perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik. Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat dan menghormati kehendak mereka. Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh rakyat. Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadikan perkara ini sebagai amalannya:

“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.” (Aali-Imran: 159)

Allah turut memuji orang-orang yang beriman kerana amalan baik mereka ini:

“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.” (as-Shura: 38 )

(more…)

May 5, 2008

Kerajaan menurut pandangan Islam

Filed under: General,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 12:27 am

(Sempena Sidang Parlimen Malaysia ke-12, sesi pertama 29 April 2008 – 27 Mei 2008 )

BangunanParlimenMalaysia

Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem sosial kerana Islam tidak mahu kepada suasana yang tidak stabil. Islam juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

“Apabila kamu tiba di sebuah negeri yang tiada pemimpin hendaklah kamu beredar meninggalkannya.”

Pada ketika yang lain baginda bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

“Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seseorang mengetuai kamu.”

Sesiapa yang mendakwa agama Islam tidak menyentuh aspek politik atau politik tidak termasuk dalam bidang Islam, dia sebenarnya telah menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya. Saya tidak mengatakan dia menzalimi Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah silap dan cacat celanya.

(more…)

Create a free website or blog at WordPress.com.