wm.azmi

January 8, 2009

Imam Syafie Dengan Pendebat

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 9:01 am

Pada suatu hari, seorang lelaki menemui Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis dicipta daripada api dan kemudian diseksa pula dengan api?”

Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian dia mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan marah diperlakukan sedemikian.

Melihat keadaan itu, Imam Syafie bertanya, “Adakah kamu sakit?”

Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.”

Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti dengan tanah.”

Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie.

Begitulah juga dengan keadaan Iblis. Dia Allah menciptanya daripada api dan disiksa juga dengan api.

Sumber: Kisah Seribu Teladan

Advertisements

September 4, 2008

Enam Nasihat Ibrahim bin Adham

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 8:33 am

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang bertemu Ibrahim bin Adham.

“Wahai Abu Ishak (Ibrahim)! Saya seorang yang banyak berdosa dan zalim. Sudikah kiranya Tuan mengajar saya supaya menjadi zuhud, agar Allah menerangi jalan hidup saya dan melembutkan hati saya yang keras ini,” lelaki itu bertanya dan memohon bantuan.

“Kalau kau dapat memegang teguh enam ini, nescaya engkau akan selamat,” jawab Ibrahim.

(more…)

July 11, 2008

Umar Seorang Pemimpin Yang Adil

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 9:15 am

Pada suatu hari, Khalifah Umar al-Khathab mengumumkan pemberian kain baju dari kerajaan kepada seluruh kaum Muslimin. Pembahagian ditetapkan secara adil kepada semua rakyat, tidak kira sama ada ketua negara, pejabat negara, atau rakyat biasa, dan semua mendapat saiz yang sama.

Maka rakyat pun berduyun-duyun pergi mendapatkannya, tidak terkecuali Umar. Namun, dia seolah-olah mendapat kain yang besar kerana saiz badannya memang besar. Ada yang mengetahuinya kerana meraka menyaksikan sendiri pembahagian tersebut yang dilaksanakan secara terang-terangan.

(more…)

June 27, 2008

Sepuluh soalan untuk Ali bin Abi Talib

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 7:49 am

Pada suatu hari, sepuluh orang dari kaum Khawarij bertemu dengan Ali bin Abi Talib untuk bertanyakan beberapa soalan. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya bertujuan untuk menguji kehebatan Ali sama ada ia bertepatan dengan satu hadis Nabi iaitu: “Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah sebagai pintunya.”

Sebaik sahaja bertemu Ali, mereka dilayan dengan begitu baik. Salah seorang dari mereka kemudian membuka mulut dan berkata, “Wahai Ali, kami yang datang seramai sepuluh orang ini adalah dihantar oleh kaum kami untuk mengajukan pertanyaan kepadamu. Kami akan bertanya secara bergilir-gilir dan jawapan yang kamu berikan itu akan kami bawa pulang kepada kaum kami.”

“Baiklah, apakah soalannya?” Ali kemudian menjawab.

“Wahai Ali, yang manakah lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan apakah sebabnya?” tanya orang pertama.

(more…)

June 12, 2008

Hadiah terbaik dan terburuk

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 7:56 am

painting-sheep

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim.

Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”

(more…)

May 23, 2008

Kisah Ashabul Kahfi

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 8:14 am

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat lagi petunjuk. (al-Kahfi: 13 )

Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah. Peluh menitis membasahi dada dan tengkuk. Terikan matahari menambah lagi rasa haus. Mereka sungguh letih, mereka juga lapar. Tetapi mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat menghidu gerak langkah mereka. Mudarat terlalu besar jika mereka terus berada di kota atau bertahan lebih lama. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua. Oh Tuhan, Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Gua yang gelap menjadi pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka. Bukan!..bukan! Mereka bukan sahaja bermusuh tetapi ingin merejam dan membunuh mereka.

(more…)

May 13, 2008

Nasihat Ibrahim bin Adham

Filed under: Teladan — wan muhamad azmi mamat @ 9:31 pm

Suatu ketika Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal zuhud dan wara’nya, melewati pasar yang ramai. Dalam sekelip mata, dia dikerumuni oleh mereka yang ingin meminta nasihat daripadanya.

“Wahai Ibrahim! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahwa Dia akan mengabulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?” Salah seorang dari mereka bertanya.

(more…)

Blog at WordPress.com.